Skim BizJamin Bumi

Kriteria Kelayakan

  • Syarikat yang berdaftar di Malaysia, dikawal dan dimiliki oleh Bumiputera Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pemegang saham.
  • Menepati definisi PKS oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) (untuk maklumat lanjut, sila klik sini).

Had Pinjaman Maksimum

Pinjaman sehingga RM10.0 juta

Kemudahan Kredit Yang Dilindungi

  • Pinjaman Berjangka
  • Overdraf
  • Surat Kredit
  • Resit Amanah
  • Bil-Bil yang Dibeli
  • Jaminan Bank
  • Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR)
  • Sijil Penerimaan Jurubank
  • Jaminan Penghantaran
  • Sewa Beli
  • Pajakan
  • Kemudahan kredit lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa

Kadar Faedah

Kadar faedah tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pinjaman Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.
*Institusi kewangan bebas menentukan kadar faedah sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang daripadanya.

Institusi Kewangan Peserta

Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Komersial yang mengambil bahagian

Lindungan Jaminan

Lindungan jaminan adalah antara 30% hingga 90% tertakluk kepada yang berikut:-

  • Bahagian yang tidak bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM3.0 juta)
  • Bahagian yang bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian yang bercagar)

Yuran Jaminan

  • Bahagian yang tidak bercagar – 0.75% hingga 4.00% setahun
  • Bahagian yang bercagar – 0.50% hingga 3.20% setahun

PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh yuran jaminan dan GST
  • Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG bersama-sama dengan yuran tahunan jaminan dan GST

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan dan GST akan dikira secara purata untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
  • Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/ ulang tahun LG sehingga bulan pembatalan atau pindaan oleh CGC.