Siaran Media

2023

2022

2021

2020

2019

2018

2017

2016

2015

2014

[print-me title="Cetak" target="#news1"]

Kerjasama CGC, Sunway University Pemangkin Kapasiti PMKS

[print-me title="Cetak" target="#news2"]

CGC Melantik Kellee Kam Chee Khiong Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

[print-me title="Cetak" target="#news3"]

CGC Iktiraf Rakan Kongsi Kewangan dan Pelanggan PKS di Anugerah FI/DFI & PKS 2022 yang ke-28

[print-me title="Cetak" target="#news4"]

Program Keusahawanan Belia CGC100 Lulus Kohort Pertama

[print-me title="Cetak" target="#news5"]

CGC Iktiraf Rakan Kongsi Kewangan dan Pelanggan PKS di Anugerah FI/DFI & PKS 2021 yang ke-27

[print-me title="Cetak" target="#news6"]

CGC Jalin Kerjasama Dengan AKPK Untuk Meningkatkan Literasi Kewangan PMKS

[print-me title="Cetak" target="#news7"]

CGC Lantik Suhaimi Ali Sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

[print-me title="Cetak" target="#news8"]

CGC Melantik Anthony Lim Choon Eng Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif

[print-me title="Cetak" target="#news9"]

CGC Menawarkan Pembiayaan Bantuan Banjir BizBina-i kepada PMKS

[print-me title="Cetak" target="#news10"]

CGC Raih Dua Anugerah Pembangunan Mampan daripada ADFIAP

[print-me title="Cetak" target="#news11"]

Axiata Digital memeterai MoU dengan CGC untuk Jaminan Bank Digital yang berpotensi

[print-me title="Cetak" target="#news12"]

CGC MEMPERUNTUKkAN JAMINAN SEBANYAK RM10 BILION

[print-me title="Cetak" target="#news13"]

CGC Melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 untuk Membantu Kontraktor-Kontraktor Bumiputera

KELANA JAYA, 19 Ogos 2020 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 pada hari ini. Sejak 2009, CGC telah diberikan mandat oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurus-selia skim TPUB-i bagi membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera.

TPUB-i adalah skim pembiayaan khas untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang telah mendapat kontrak atau projek dari Kerajaan, Agensi Milik Kerajaan, Syarikat Multi-Nasional atau Syarikat Swasta terpilih. Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia dan yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya, yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi melaksanakan projek yang telah diluluskan. TPUB-i menyediakan Pembiayaan Berjangka-i yang berjumlah sehingga RM5 juta untuk tempoh masa sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan serendah 5% setahun (Tertakluk pada terma dan syarat kelulusan skim TPUB-i 2.0).

Sehingga kini, TPUB-i telah membantu hampir 2,000 kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan sebanyak RM1.6 bilion. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan.

Bagi mengikuti perubahan dalam sektor ekonomi dan pembiayaan, CGC telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan penambahbaikan kepada skim TPUB-i yang dinamakan TPUB-i 2.0.

Secara umumnya, terdapat 30 ciri-ciri yang telah dipertingkatkan untuk skim TPUB-i yang mana tujuh (7) daripadanya adalah ciri-ciri utama baru skim tersebut.

Ciri-ciri baru TPUB-i 2.0 ini akan mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu dan kualiti skim ini untuk menjadi lebih mesra pasaran dan dapat memberi lebih banyak pilihan pembiayaan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera. Jika dahulu, kontraktor-kontraktor hanya boleh memohon pembiayaan berjangka, kini dengan penambahbaikan skim, mereka dapat memilih pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan projek, sektor ekonomi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Pelancaran TPUB-i 2.0 ini selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada  29 Mei 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula pada 10 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada Hari Kebangsaan Negara kita yang akan datang pada 31 Ogos 2020.

PKPP berteraskan tujuh (7) Strategi dan TPUB-i 2.0 memainkan peranan penting di dalam Strategi PKPP yang ke-4 iaitu Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi.”

Untuk bantuan dan maklumat lanjut mengenai TPUB-i 2.0, PKS boleh melayari www.imsme.com.my, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di 03-7880 0088 atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara.


From left to right: -
Pn Zainora – Pengarah, CIDB Wilayah, Datuk Azman Yusoff – Presiden, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Dato’ Ong Eng Bin – Pengarah, CGC, En. Mohd Farid Dato’ Abd Rahman – Yg.Dipertua, Pertubuhan Keusahawanan Telekomunikasi Bumiputera Malaysia, Datuk Mohd Zamree – PCEO, CGC, Datuk David Chua Kok Tee – Pengarah, CGC, Dato’ Hj. Syed Moheeb Syed Kamarulzaman – Pengarah, CGC, En Tukiman Radion – Presiden, Persatuan Kontraktor Kelas F, En Faisal Ismail – Pengarah, CGC, Pn Azrilah Abd Aziz – Pengarah, Bahagian Pembangunan Francais & Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), En Saiful Hisham – Pengurus Kewangan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Jabatan Komunikasi Korporat kami yang tertera seperti di bawah:

Mohana Arumugam
Naib Presiden
Komunikasi Korporat
Tel: +6017-237-6366
[email protected]

Patricia Liew
Pengurus
Perhubungan Awam & Media
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-286-9085
[email protected]
[print-me title="Cetak" target="#news14"]

CGC Melantik Dato' Mohammed Hussein Sebagai Pengurusi Baharu

[print-me title="Cetak" target="#news15"]

CGC Salur Sumbangan untuk Tabung Bantuan COVID-19

[print-me title="Cetak" target="#news16"]

CGC Tidak Pernah Lantik Pihak Ketiga Untuk Bantu Urusan Pembiayaan Pada PKS

[print-me title="Cetak" target="#news17"]

CGC Menyertai Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

[print-me title="Cetak" target="#news18"]

CGC Lantik Dua Pengarah Baru

[print-me title="Cetak" target="#news19"]

CGC Menghargai Jasa Wira Negara

[print-me title="Cetak" target="#news20"]

CGC Taja Ragbi Malam Ambang Merdeka 10s 2019

[print-me title="Cetak" target="#news21"]

Kementerian Kewangan Meluluskan Pelanjutan Tempoh 3 Tahun untuk Skim Pembiayaan Kontrak TPUB-i CGC Bernilai RM300 Juta yang Memanfaatkan Usahawan Bumiputera

[print-me title="Cetak" target="#news22"]

Adnan Zaylani dilantik Ahli Lembaga Pengarah CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan Encik Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa 18 Oktober 2018 susulan perletakan jawatan Puan Jessica Chew Cheng Lian sebagai Pengarah Bukan Eksekutif CGC berkuatkuasa 15 Oktober 2018. Puan Jessica Chew, Timbalan Gabenor BNM telah menganggotai Lembaga Pengarah CGC sejak 16 Ogos 2017.

Sebagai Penolong Gabenor BNM, Encik Adnan Zaylani bertanggungjawab terhadap Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Perbankan Islam dan Takaful, Pembangunan Insurans, Kewangan Pembangunan dan Rangkuman Kewangan serta Undang-Undang. Sebelum ini, beliau bertanggungjawab untuk menyelia Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing dan Pengurusan dan Operasi Mata Wang. Beliau dilatih dalam bidang Ekonomi dan mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam pasaran kewangan dan telah menyumbang kepada pelbagai polisi dan inisiatif pembangunan. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Strategik dan Jawatankuasa Pengurusan Rezab BNM.

Encik Adnan Zaylani adalah Pengerusi Lembaga Pengarah BNM Sukuk Kijang Berhad, Ahli Lembaga Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, Ahli Jawatankuasa Lembaga Eksekutif Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa, Ahli Jawatankuasa Eksekutif dan Ahli Jawatankuasa Audit INCEIF.

Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Awam daripada Blavatnik School of Government, University of Oxford serta Ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada London School of Economics and Political Science.

[print-me title="Cetak" target="#news23"]

CGC Anjur Kejohanan Ragbi Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61

SERDANG, 30 Ogos – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menaja kejohanan ragbi dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), serta Kelab Ragbi Home of Warriors (HOW) diambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-61.

Kejohanan ragbi ini yang dikenali sebagai ‘CGC Merdeka Midnight Rugby Meet’ adalah sebahagian daripada Karnival Merdeka KKMM dan ianya istimewa kerana buat kali pertama CGC menaja program tanggungjawab korporat berasakan kesukanan.

“CGC berbangga dan berbesar hati untuk menaja kejohanan ragbi ini yang bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-61. Sukan mampu mengeratkan ikatan silaturahim sesama kita, membina semangat berpasukan dan menggalakkan kehidupan yang sihat. Terdapat persamaan dalam nilai-nilai teras yang diamalkan di CGC dan sukan. Sukan menggalakkan semangat berpasukan, komitmen, membina integriti, dan menyerlahkan bakat. Unsur-unsur ini mewakili nilai-nilai pegangan CGC dalam membangunkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” kata President/CEO, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Majlis turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Eddin Syazlee Shith. Selain itu, lebih 500 orang termasuk pihak Pengurusan CGC dan keluarga, alumni dari 10 sekolah berprestij, pelajar UPM dan orang awam hadir dan memberi sokongan di kejohanan ragbi tersebut.

10 pasukan kejohanan ragbi itu adalah ALSPEN Stingers RC (Alumni SMS Tun Syed Shahabudin, Pulau Pinang), Edwardian Legends (Alumni SM King Edward VII, Perak), KKB Vets (Alumni SM Kuala Kubu Baru), MCOBA Vets (Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar), OPA (Alumni Royal Military College, KL), SAJOHA Vets (Alumni Sekolah Sains Johor), SDAR Vets (Alumni Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan), SMSSOB (Alumni SM Sains Selangor), STJ HOW (Alumni SM Sains Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan) dan VI Legends (Alumni Victoria Institution, Kuala Lumpur).

Presiden HOW dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Megat Mohammad Faisal Khir Johari berkata kelab tersebut amat berbesar hati dengan tajaan CGC sebagai penaja utama kejohanan ragbi veteran itu.

Menurut Pertubuhan Ragbi Dunia, Malaysia kini berada pada kedudukan yang ke-48 di peringkat antarabangsa. Ragbi adalah sukan popular di kalangan sekolah-sekolah terkemuka di Malaysia dan kebanyakan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mula menubuhkan kelab ragbi.

“Alumni ragbi memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan ragbi di negara ini. HOW dan alumni yang lain, terutamanya bekas pemain ragbi, membantu pasukan sekolah masing-masing dengan memberikan bantuan Kewangan dan menganjurkan sesi latihan agar mereka ini dapat menyertai kejohanan ragbi tempatan dan antarabangsa yang lebih tinggi.

Majoriti alumni kami adalah profesional dan usahawan dan usahasama bersama CGC ini amat berbaloi kerana CGC komited untuk membangunkan PKS (perusahaan kecil dan sederhana),” ujar Megat.

Terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti gerai jualan produk PKS, pertunjukan badut, lakaran wajah, dan permainan belon gergasi untuk para penyokong ragbi.

Kemuncak acara pada petang ini adalah sambutan Hari Kemerdekaan ke-61. Di CGC, sambutan Hari Kemerdekaan menjadi satu platform untuk menonjolkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

-tamat-
[print-me title="Cetak" target="#news24"]

Merdeka di CGC

Jalur Gemilang Gergasi Tanda Penghormatan CGC kepada Negara

KELANA JAYA, 23 Ogos – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan bangganya telah mengibarkan Jalur Gemilang gergasi untuk tahun ke-empat (4) berturut-turut sebagai tanda patriotisme, cinta dan penghormatan terhadap tanahair Malaysia.

Berukuran 91 kaki x 36 kaki, simbol kedaulatan negara ini boleh dilihat oleh para pengguna jalan raya apabila mereka memandu melewati bangunan ibupejabat 16 tingkat CGC di Pusat Perniagaan Kelana. Ia juga dapat dilihat oleh pengguna LRT dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur. Dikibarkan pada 4 Ogos lalu, Jalur Gemilang ini akan menghiasi bangunan CGC sehingga akhir bulan September.

Di samping itu, CGC turut mengibarkan bendera 14 buah negeri di Malaysia, mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara.

“Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan sehingga Hari Malaysia, rakyat meraikan kemajuan negara serta memperaharui ikrar untuk kekal bersatupadu. Penting untuk kita terus mendidik generasi muda agar mereka akan sentiasa menghargai perpaduan dan kebebasan yang dinikmati pada hari ini. Sebagai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, kepelbagaian ini adalah kekuatan kita. Kita harus saling menghormati, eratkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama kita,” kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Kebanggaan CGC dalam mempamerkan Jalur Gemilang dapat dilihat dengan jelas apabila kakitangan dari pelbagai jabatan bekerjasama untuk memasang bendera kebangsaan. Kakitangan CGC juga telah menghasilkan sebuah video pemasangan Jalur Gemilang yang boleh diakses melalui rangkaian media social CGC dan You Tube (https://youtu.be/rZb3rLpQ760).

“Sejajar dengan tema sambutan Hari Merdeka yang ke-61 iaitu Sayangi Malaysiaku, pengibaran Jalur Gemilang adalah salah satu cara CGC menunjukkan rasa kesyukurannya kepada negara. CGC mempunyai lebih 500 kakitangan dari latar belakang, bangsa, agama dan budaya yang berbeza. Sebagai rakyat Malaysia, kami bersatu dan bangga dengan pencapaian negara,” kata Zamree.

Sambutan Hari Merdeka tahun ini lebih istimewa dan bermakna untuk CGC. Buat julung kalinya dalam 46 tahun penubuhan, CGC akan menaja satu kejohanan ragbi pada ambang 31 Ogos. Kejohanan ini adalah kerjasama di antara CGC, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Home of Warriors Rugby Club (HOW). Kejohanan ragbi ini adalah untuk pemain veteran dari 10 alumni dan akan berlangsung di Padang Bola Sepak D, Kolej 14, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kejohanan ragbi ini akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api pada pukul 12 malam.

- tamat -
[print-me title="Cetak" target="#news25"]

CGC ‘BizMatch’ Antarabangsa Membantu PKS Malaysia Menembusi Pasaran Indonesia

Padanan Perniagaan Khas untuk tiga (3) PKS Malaysia

KELANA JAYA, 25 Julai – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menganjurkan program padanan perniagaan antarabangsa yang pertama di Jakarta melibatkan Perusahaaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari Malaysia dan pembeli dari Indonesia.

‘BizMatch’ ialah sebuah platform dibawah Program Pembangunan CGC bagi membantu PKS Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Indonesia mempunyai pasaran perbelanjaan pengguna terbesar di ASEAN dengan populasi melebihi 266 juta.

Tiga PKS Malaysia - Hoong Qian Trading Sdn Bhd, Mutiara Jingga Marketing dan Wish Dairies (M) Sdn Bhd telah berjaya menaiktaraf perniagaan mereka dengan 15 pembeli Indonesia melalui sesi ‘BizMatch’ CGC pada Selasa (24 Julai).

Antara kandungan program BizMatch ialah pameran produk dan perkhidmatan oleh PKS serta ceramah oleh institusi-institusi yang terlibat iaitu Dekopin, Jamkrindo dan SuperAnt.

"Pemadanan perniagaan CGC ini direka khas untuk PKS Malaysia yang berminat mengukuhkan dan meluaskan perniagaan menjangkaui Malaysia. Kami turut membimbing PKS ini mengenai cara-cara untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan mereka di Indonesia," kata Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Leong Weng Choong.

Beliau turut berkata CGC bermatlamat untuk membantu lebih banyak PKS Malaysia untuk meneroka pasaran di rantau ini dan global sejajar dengan agenda Pembangunan PKS negara.

"Ini adalah inisiatif antarabangsa pertama kami dan CGC akan menganjurkan program seumpama ini bagi memacu akses pasaran PKS ke luar negara. Kami percaya usaha ini akan membantu menonjolkan PKS dari segi produk dan perkhidmatan mereka. CGC menjangkakan program ini akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 PKS menjelang 2020,” tambah Leong.

Sementara itu, para PKS yang terlibat menghargai peluang yang diberikan dan yakin dapat mengukuhkan kedudukan di pasaran Indonesia.

"Ini adalah kali pertama kami menembusi pasaran di luar Malaysia dan BizMatch Antarabangsa CGC telah merealisasikan akses perniagaan kami ke pasaran Indonesia, "kata Muhammad Faiz Shahibul Firhad dari Mutiara Jingga Marketing, pengilang produk makanan dan kosmetik.

Chen Sow Wan, pengarah syarikat kasut wanita Hoong Qian Trading berkata: "Ini adalah pengalaman yang baik untuk bertemu dengan rakan niaga di Indonesia. CGC International BizMatch adalah platform hebat untuk meluaskan perniagaan kami.”

"Terima kasih CGC untuk peluang perniagaan ini di Indonesia. Kami berhasrat untuk membawa hubungan perniagaan dengan pembeli Indonesia ke peringkat seterusnya, "kata Raymond Liew, pengilang ais krim dari Sarawak, Wish Dairies (M) Sdn Bhd.

SuperAnt Indonesia (Super Advanced Network Technologies) adalah rakan kongsi digital rasmi CGC bagi program ini.

-tamat-
[print-me title="Cetak" target="#news26"]

Jessica Chew Cheng Lian dilantik ahli lembaga pengarah CGC

PETALING JAYA, Ogos 16 –  Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Puan Jessica Chew Cheng Lian sebagai pengarah bukan eksekutifnya, berkuatkuasa hari ini.

Jessica Chew membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan.Kini, beliau merupakan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan bertanggungjawab bagi dasar pembangunan di sektor perbankan dan insurans dengan tumpuan pada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, pembangunan kewangan dan pembangunan bakat. Beliau juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran dan pengawalan serta pengawasan perniagaan perkhidmatan kewangan. Pengalaman beliau turut termasuk pengauditan syarikat insurans, pembentukan dasar berhemat dan perilaku pasaran bagi bank dan syarikat insurans, serta pengawasan makrokewangan.

Jessica Chew kini memegang jawatan penasihat Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pengerusi Badan Akreditasi Kewangan (Malaysia) mewakili BNM.

Jessica Chew memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan daripada University of Melbourne, Australia. Beliau juga merupakan Ahli Bersekutu CPA Australia.
[print-me title="Cetak" target="#news27"]

CGC Menerima Anugerah Karlsruhe untuk Tahun ke-3

 

KUALA LUMPUR, Julai 14 –  Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dianugerahi Sijil Merit dalam Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe, bagi tiga (3) tahun berturut-turut, baru-baru ini.

Penganugerahan Sijil Merit ini merupakan tanda pengiktirafan yang diberikan kepada CGC dalam membolehkan akses kepada pembiayaan untuk kontraktor Bumiputera yang terlibat di dalam pembangunan fasa kedua projek Aliran Transit Massa (MRT), di bawah Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i). Tabung ini juga menawarkan akses pembiayaan untuk pelbagai projek infrastruktur kebangsaan lain yang berprestij tinggi seperti pembinaan LRT, MRT, Lebuhraya Pan Borneo  serta Kompleks Pengerang Petroleum Johor Bersepadu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak menerima Sijil Merit tersebut bagi pihak CGC daripada Lord Mayor Dr. Frank Mentrup di Majlis Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe yang diadakan bersempena dengan Persidangan Kewangan Mampan Global yang berlangusung di Karlsruhe, Jerman.

Menurut Mohd Zamree, kemenangan Sijil Merit ini membuktikan komitmen dan pimpinan syarikat dalam mengendalikan urusan harian berteraskan pengamalan kesinambungan di dalam semua lapisan operasi syarikat.

“Kami berasa amat gembira untuk menerima Sijil Merit ini kerana ianya merupakan satu testimoni terhadap sokongan padu yang kami terima sepanjang tahun daripada para pelanggan, ditambah pula dengan usaha gigih kami yang seiring dengan Strategi 5 Tahun CGC dalam usaha mencapai aspirasi CGC untuk menjadi “Nama Utama untuk PKS menjelang 2020.”

Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe memberi penghormatan kepada institusi-institusi  kewangan dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang siginifikan dalam bidang kewangan mampan.

Karlsruhe merupakan sebuah kota hub sains dan teknologi di Jerman di mana penghuninya mengamalkan prinsip pemikiran yang terbuka. Kota ini turut menjadi tapak Makhamah Persekutuan Wilayah.

CGC memenangi Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe buat julung kalinya pada bulan Jun 2015, di bawah kategori “Inovasi Servis Kewangan Terbaik” untuk produk ‘BizMula-i’.

Pada tahun yang berikutnya, CGC memenangi sijil Merit “Inovasi Terbaik”, di bawah kategori Produk dan Perkhidmatan Kewangan Mampan untuk produk ‘BizWanita-i’ pada Majlis Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe 2016.

TPUB-i dilancarkan pada tahun 2009, untuk memberi akses bantuan kewangan yang mudah kepada PKS Bumiputera, sehingga RM 3 juta untuk pemohon yang baru dan RM 5 juta bagi pemohon yang lama. Sejak penubuhannya, sebanyak RM1.06 juta dana telah diluluskan dan dana ini telah membantu lebih daripada 1440 kontraktor Bumiputera.
[print-me title="Cetak" target="#news28"]

CGC Membuka Peluang kepada Graduan yang Menganggur melalui Program Latihan Graduan

Kuala Lumpur, 26 Februari - Sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Program Latihan Graduan (GTP) untuk membuka peluang kepada graduan yang menganggur bagi menimba pengalaman serta latihan kemahiran kerja.

GTP telah direka khusus untuk menyediakan pembelajaran berterusan bagi para graduan dengan spektrum jualan dan kemahiran pemasaran yang luas dalam memenuhi matlamat perniagaan CGC pada masa akan datang dan juga untuk memudahkan peralihan para graduan daripada persekitaran akademik kepada industri perkhidmatan kewangan.

Antara kelayakan yang diperlukan untuk diserap masuk ke dalam program ini ialah calon-calon mestilah graduan yang menganggur pada masa permohonan dan tanpa pengalaman bekerja. Calon-calon juga mesti memegang Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana disiplin dengan skor CGPA minimum 3.0 daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Satu lagi kriteria yang perlu dipenuhi adalah ahli keluarga para graduan mesti berlatar belakangkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Berdasarkan lebih 600 permohonan yang diterima, hanya 10 graduan telah dipilih untuk menyertai program ini.

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Datuk Johari Abdul Ghani memuji usaha CGC dalam menyediakan latihan praktikal dan kemahiran kerja untuk graduan yang menganggur. Beliau berkata inisiatif yang bermakna seperti ini harus dicontohi oleh lebih banyak syarikat di negara ini.

"Sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-11, terdapat enam (6) teras strategik untuk dicapai dalam tempoh lima (5) tahun yang akan datang. Salah satu teras tersebut adalah untuk mempercepatkan pembangunan modal insan bagi mencapai status negara maju. Oleh itu, kita memerlukan tenaga kerja profesional yang berkemahiran tinggi serta berpengetahuan luas dalam memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang berdaya saing di peringkat global," kata Datuk Johari Abdul Ghani.

"Program Latihan Graduan merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh CGC bagi melengkapkan usaha kerajaan untuk menyediakan latihan serta peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur," kata Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak.

"Melalui program ini, CGC akan menawarkan para graduan dengan pengalaman bekerja yang amat berguna, terutamanya dalam bidang jualan dan pemasaran. Saya berharap para graduan mengambil peluang ini sebagai satu pengalaman yang amat berharga dengan menimba sebanyak kemahiran yang boleh untuk melengkapkan diri mereka bagi peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan," tambah Zamree.

Modul GTP terdiri daripada dua fasa. Pada bulan pertama, para pelatih akan dibimbing untuk membina pemahaman mereka berdasarkan pengetahuan asas perniagaan, pasaran dan produk CGC. Seterusnya, para pelatih juga akan dibantu oleh mentor dari cawangan CGC yang ditugaskan untuk memberi latihan kepada mereka mengenai aktiviti jualan dan pemasaran. Secara tidak langsung, para pelatih akan didedahkan kepada latihan kemahiran insaniah seperti komunikasi dan perkhidmatan pelanggan.

Majlis pelancaran GTP telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, YB Datuk Johari Abdul Ghani. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi CGC, Dato 'Agil Natt, Ahli Lembaga Pengarah CGC, dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, En. Mohd Zamree Mohd Ishak serta pegawai dari Bank Negara Malaysia.
[print-me title="Cetak" target="#news29"]

Perayaan Tahun Baru Cina disambut meriah bersama Warga Rumah Kanak-Kanak Yatim dan Miskin & Warga Tua Anning melalui Program Amal anjuran CGC

IPOH, 28 Januari - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) membawa keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan warga emas di Rumah Kanak-Kanak Yatim dan Miskin & Warga Tua Anning di Ipoh, Perak bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang baru-baru ini.

Program Amal ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CGC untuk menyalurkan sumbangan dari segi sokongan kewangan dan keperluan harian kepada anak-anak yatim dan warga emas bagi membolehkan mereka merasai sambutan perayaan tahun baru dengan meriah seperti masyarakat yang lain. Program ini juga merupakan sebahagian daripada sebuah siri inisiatif yang diambil oleh CGC semasa musim perayaan-perayaan utama untuk mendekati dan membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib yang meliputi semua kaum.

"Melalui Program Amal yang diadakan, kami berhasrat untuk memupuk kesedaran tentang tanggungjawab dan perlunya untuk menjaga warga emas dan kanak-kanak ini dengan penuh kasih sayang, serta memberi sokongan dari segi moral dan kewangan. Ini akan memberi harapan kepada mereka kearah masa depan yang lebih cerah dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan," kata Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak.

"Selaras dengan objektif utama Program Amal CGC, kami yakin bahawa kerjasama kami bersama Rumah Kanak-Kanak Yatim dan Miskin & Warga Tua Anning yang amat terkenal dalam membantu golongan yang memerlukan, dapat membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak dan warga emas semasa menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi," tambah Zamree.

Sumbangan dari CGC bernilai RM15,000 telah disampaikan oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Mohd Zamree Mohd Ishak kepada Penasihat Rumah Warga Tua Anning, Encik Ho You Meng. Sumbangan yang disalurkan adalah untuk membantu dari segi keperluan dan operasi serta aktiviti harian rumah tersebut. Kanak-kanak dan warga emas juga menerima 'ang-pow' dan sumbangan keperluan asas bagi kegunaan harian.

"Kami berharap sumbangan yang diberikan oleh CGC akan menggalakkan Rumah Amal ini untuk terus berkhidmat bagi membantu anak-anak dan warga emas yang kurang bernasib baik," ujar Zamree.

"Setiap sumbangan yang kami terima akan dapat membantu memenuhi impian dan hasrat kanak-kanak dan warga emas disini untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina seperti masyarakat yang lain," kata Ho.

"Kami amat menghargai usaha yang telah diambil CGC dalam menganjurkan program Tahun Baru Cina ini bersama kanak-kanak dan warga emas di rumah kami," tambah Ho.

Kanak-kanak yang berumur dari empat (4) hingga 18 tahun dan warga emas turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dianjurkan. Mereka kemudiannya dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan diikuti dengan sesi minum petang bersama-sama dengan tetamu yang hadir.

Program Amal anjuran CGC bersempena Tahun Baru Cina ini menyaksikan penyertaan kira-kira 20 kakitangan CGC yang terdiri daripada ahli pengurusan kanan dan kakitangan dari Ibu Pejabat CGC di Kelana Jaya dan juga cawangannya Ipoh. Turut hadir di program ini ialah ahli-ahli dari Dewan Perniagaan dan Industri Cina Negeri Perak.

"Inisiatif ini merupakan satu usaha berterusan oleh CGC dalam menunaikan tanggungjawab sebagai warga korporat yang prihatin, dan pada masa yang sama memupuk hubungan yang lebih erat diantara kakitangan CGC dan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik," kata Zamree.

CGC juga telah menghulurkan pelbagai bantuan dan sokongan yang merangkumi pelbagai aspek bagi membantu golongan masyarakat di negara ini. Dalam tempoh dua (2) tahun, CGC telah menyumbang kira-kira RM250,000.00 melalui program CSR sebagai sebahagian daripada usahanya dalam menghulurkan bantuan dan mendekati pelbagai rentas golongan masyarakat.
[print-me title="Cetak" target="#news30"]

CGC melancarkan Skim Bantuan Khas bagi membantu para pelanggannya yang terjejas akibat bencana alam

KUALA LUMPUR, 30 Disember - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Skim Bantuan Khas (SBK-i), satu kemudahan pembiayaan langsung dengan tujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada para pelanggan sedia ada yang ditimpa bencana alam.

SBK-i adalah usaha proaktif CGC untuk membantu para pelanggannya memulih dan meneruskan semula perniagaan mereka sejurus selepas ditimpa bencana alam seperti banjir, tsunami, gempa bumi dan wabak penyakit. Kemudahan pembiayaan SBK-i akan disediakan bagi mereka yang berada di bandar atau daerah yang telah diwartakan sebagai kawasan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri atau disifatkan sebagai kawasan bencana oleh CGC.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, SBK-i adalah salah satu inisiatif CGC untuk membantu pelanggannya dalam mengatasi cabaran kewangan sekiranya berlaku bencana alam. "Dalam keadaan beginilah kami berharap dapat membantu pelanggan kami mengharungi dugaan supaya mereka dapat meneruskan perniagaan mereka dengan sokongan pembiayaan yang kami sediakan. Memandangkan kini merupakan musim tengkujuh, kami berharap para pelanggan kami dapat bersiap sedia untuk mengharungi sebarang kemungkinan," kata Zamree.

Pembiayaan yang disediakan di bawah kemudahan SBK-i adalah bertujuan untuk modal kerja dan / atau perolehan aset, iaitu pelanggan CGC boleh membeli aset untuk kegunaan komersil, menggantikan atau membaik pulih kerosakan aset akibat bencana serta untuk pengurusan aliran tunai supaya mereka dapat menjalankan perniagaan seperti biasa selepas bencana alam.

SBK-i yang berasaskan konsep Komoditi Murabahah dan prinsip Syariah ini menyediakan pembiayaan dari RM20,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga lima (5) tahun termasuk tempoh moratorium bagi enam (6) bulan pertama untuk pembayaran balik kadar berkeuntungan sahaja. Semua ansuran selepas tempoh moratorium perlu dibayar sepenuhnya. Kadar pembiayaan yang dikenakan di bawah SBK-i adalah 5.80% setahun.

Kemudahan pembiayaan langsung ini ditawarkan kepada semua pelanggan CGC yang sedia ada dan perlu memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah SBK-i. Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, para pelanggan CGC boleh menghubungi cawangan CGC yang berdekatan. CGC beroperasi melalui 16 rangkaian cawangan di seluruh negara. Mereka juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC melalui talian 03-7880-0088 atau emel [email protected] atau layari laman sesawang di www.cgc.com.my.

Sebelum ini, CGC telah menguruskan beberapa skim khas yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu Perniagaan Kecil dan Serderhana (PKS) yang terjejas dengan bencana alam atau wabak. Pada tahun 2003, CGC telah menguruskan Skim Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa (KJBI) yang dilancarkan untuk membantu PKS yang terlibat dengan wabak Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) serta KJBI-2 pada tahun 2007 dan Kemudahan Bantuan Khas pada tahun 2015 untuk PKS yang terjejas oleh banjir.

Sejak penubuhannya pada tahun 1972, CGC telah menjamin lebih 430,000 pembiayaan kepada 315,000 PKS yang bernilai lebih RM56 bilion. Bagi tahun 2015, sasaran CGC adalah untuk menyediakan 8,000 pembiayaan yang bernilai RM3.2 bilion kepada PKS.
[print-me title="Cetak" target="#news31"]

Program 'Kembali ke Sekolah' CGC bersama Komuniti Orang Asli

BATANG KALI, 21 Disember - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) membawa kegembiraan dan senyuman kepada 130 kanak-kanak dari warga komuniti masyarakat Orang Asli di Perkampungan Hulu Tamu di Program Kembali ke Sekolah yang diadakan baru-baru ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CGC untuk membantu keluarga Orang Asli dengan anak-anak yang masih bersekolah dengan memberi sumbangan barangan keperluan persekolahan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dari Daerah Hulu Selangor.

Kesemua 130 kanak-kanak yang menerima sumbangan melalui program ini terdiri daripada mereka yang masih bersekolah di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka menerima pakaian seragam sekolah, beg dan alat-alat tulis serba baru sebelum sesi persekolahan dibuka semula pada tahun hadapan. Selain penyampaian sumbangan, kanak-kanak ini juga turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan serta disajikan dengan makan tengah hari yang lazat bersama keluarga mereka.

"Kami amat terharu melihat kegembiraan yang terpacar di wajah anak-anak ini di Program Kembali ke Sekolah CGC pada hari ini. Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu lebih ramai lapisan masyarakat melalui siri inisiatif CSR kami yang dianjurkan sepanjang tahun", kata Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak.

"Kami berharap sumbangan yang diberikan pada hari ini akan memberi motivasi dan perangsang kepada kanak-kanak ini bahawa pentingnya pendidikan dan prestasi yang baik dalam pelajaran untuk menjamin masa depan yang lebih baik bagi diri mereka," tambah Zamree.

Sebelum penyampaian sumbangan barangan keperluan persekolahan, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan mewarna , 'musical chair' dan perlawanan bola sepak telah diadakan bagi kanak-kanak tersebut, dimana turut disertai oleh pihak pengurusan kanan CGC dan para sukarelawan dari Kelab Rekreasi CGC ( KRCGC ).

Pada awal tahun ini, CGC telah menghulurkan pelbagai bantuan dan sokongan dalam usaha membantu pelbagai pihak. Bersempena Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Malaysia, CGC telah menganjurkan program CSR bagi menyokong pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara. Pada bulan Ogos 2015, CGC telah menyumbangkan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Ranau dan pada bulan Oktober 2015, ia telah menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Berempena sambutan Deepaavali baru-baru ini, satu program CSR telah diadakan di rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak yang didera di Seremban.

Sejak dua (2) tahun lepas, CGC telah menyumbang kira-kira RM250,000.00 melalui program tanggungjawab sosial korporat sebagai sebahagian daripada inisiatifnya dalam menyampaikan sumbangan kepada masyarakat.
[print-me title="Cetak" target="#news32"]

CGC lantik Nadzirah Abdul Rashid sebagai Pengarah bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 7 Disember - CGC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nadzirah Abdul Rashid sebagai Pengarah bukan Eksekutif CGC baru-baru ini.

Nadzirah membawa bersama pengalaman profesional selama 25 tahun dalam bidang pasaran sekuriti dan industri perbankan. Beliau memulakan kerjaya di Bank Negara Malaysia sebagai pemeriksa bank dan kemudiannya mengetuai jabatan kewangan bagi sebuah institusi kewangan. Beliau menyertai Kumpulan Bursa Malaysia pada tahun 1999 dan telah menjawat pelbagai jawatan dalam bahagian Kewangan dan Pentadbiran di pelbagai syarikat dalam kumpulan tersebut. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Bursa Malaysia Berhad dari tahun 2006 sehingga awal 2014.

Terkini, Nadzirah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif di CIMB Investment Bank Bhd. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bahagian CPA Australia, Bahagian Malaysia. Beliau merupakan Felo CPA Australia dan Ahli Institut Akauntan Malaysia.

Nadzirah memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari University of South Australia, Australia.
[print-me title="Cetak" target="#news33"]

CGC tawarkan bantuan teknikal kepada Business Development Fund (BDF) Rwanda

KUALA LUMPUR, 3 Disember - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Business Development Fund (BDF) Rwanda telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi menjalinkan kerjasama dalam pembangunan rangka kerja jaminan kredit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Rwanda.

Dengan termeterainya memorandum persefahaman ini , CGC akan menawarkan bantuan dan bimbingan kepada BDF dalam membangunkan reka bentuk dan mengkaji semula rangka kerja jaminan kredit untuk menyokong pembangunan PKS di Rwanda. CGC juga akan menyediakan bantuan dari segi teknikal dalam pembangunan skim jaminan kredit, garis panduan dasar serta perkara-perkara lain berhubung dengan operasi.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata kerjasama yang dijalinkan antara CGC dan BDF akan membolehkan CGC berkongsi pengalaman dan kepakarannya selama 43 tahun dalam pembiayaan PKS dan pembangunan PKS di negara ini.

Menurut Zamree, kerjasama ini juga akan membolehkan CGC untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama BDF melalui latihan, penyelidikan, penerbitan dan lawatan kerja.

CGC telah menganjurkan beberapa lawatan kerja bagi institusi kewangan pembangunan dari Asia, Timur Tengah dan Afrika. Pada tahun 2015, CGC menjadi tuan rumah bagi lawatan sambil belajar daripada Alliance for Financial Inclusion (AFI) yang mempunyai 41 perwakilan dari 33 buah negara dan juga menjadi tuan rumah bagi delegasi dari Bangladesh, Mesir, Jepun dan Korea.

"Kebanyakan negara membangun yang tidak mempunyai institusi jaminan kredit menjadikan CGC sebagai contoh berdasarkan kejayaan yang dicapai CGC dalam memperkenalkan mekanisme jaminan di negara masing-masing", kata Zamree. "Ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada CGC, malah kepada Malaysia berdasarkan keupayaan dalam menerajui pembangunan PKS di negara ini".

CGC bukan sahaja menerajui pembangunan PKS di Malaysia malah di peringkat antarabangsa, membantu negara-negara seperti Papua New Guinea, Mongolia, Timor-Leste dan negara-negara lain di Timur Tengah dan Afrika. Pada tahun 2013, CGC telah menandatangani MOU bersama Papua New Guinea dan Mongolia untuk membantu menubuhkan institusi jaminan kredit dalam meningkatkan pembiayaan PKS di negara masing-masing. Pada bulan Mei 2015, CGC telah menandatangani MOU bersama Banco Central de Timor-Leste (BCTL) untuk tujuan yang sama.

"Rwanda dan Malaysia berkongsi hubungan persahabatan yang amat rapat. Pada hari ini, kita telah mengorak satu lagi langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan ini. Perjanjian persefahaman ini menandakan satu kejayaan dalam memeterai kerjasama bukan sahaja di antara BDF dan CGC, tetapi juga diantara negara kami", kata Ketua Pegawai Eksekutif BDF Rwanda, Innocent Bulindi.

Baru-baru ini, Kerajaan Rwanda telah memperkuatkan mandat yang diberikan kepada BDF untuk menyokong PKS. Dalam hal ini, BDF sedang menjalani transformasi untuk mengukuhkan kapasitinya terutama dalam membangunkan kemahiran dan kepakaran dalam menjana mandat yang diberikan", tambah Innocent.

"Ia merupakan satu penghormatan kepada BDF diatas peluang yang diberikan untuk menempa pengalaman, strategi serta kejayaan yang telah dicapai oleh sebuah institusi yang berkaliber tinggi seperti CGC", tambah Innocent.

Memorandum persefahaman ditandatangani oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak bersama Ketua Pegawai Eksekutif BDF Rwanda, Innocent Bulindi sambil disaksikan oleh Pengerusi CGC, Dato' Agil Natt. Majlis tersebut diadakan di Hotel Saujana, Kuala Lumpur.

Sebelum majlis menandatangani memorandum persefahaman, sesi perkongsian ilmu telah dijalankan selama dua hari yang merangkumi prinsip risiko, kewanganserta prinsip-prinsip pengurusan aset yang amat dihargai oleh delegasi BDF.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1972, CGC telah meluluskan lebih 430,000 pembiayaan kepada PKS bernilai lebih RM56 bilion yang memberi manfaat kepada kira-kira 315,000 PKS.
[print-me title="Cetak" target="#news34"]

CGC berkongsi kemeriahan Deepavali bersama Warga Pertubuhan Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak (Didera)

SEREMBAN, 5 November - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) meneruskan usaha murninya dengan mengadakan program kemasyarakatan bersempena perayaan Deepavali di Pertubuhan Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak (Didera) Seremban dan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 dengan harapan untuk membawa kegembiraan kepada kanak-kanak serta wanita yang kurang bernasib baik yang menetap di rumah perlindungan tersebut.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah sebahagian daripada inisiatif CGC untuk mendekati serta memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang berkepelbagaian budaya dan agama, kami memahami keistimewaan setiap perayaan yang disambut oleh pelbagai kumpulan etnik dalam masyarakat kita. Terutamanya semasa musim perayaan, kami ingin mendekati dan berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang bernasib baik dan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan mereka malah dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan ketika musim perayaan seperti ini. Kami amat berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban kanak-kanak yang menetap di pusat ini." kata Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Encik Mohd Zamree Mohd Ishak.

Sumbangan berjumlah RM10,000 telah disampaikan oleh En. Zamree kepeda Puan Vasanthi Naidu Velayutham, Pengerusi bagi rumah perlindungan dan majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya Deepavali, beg sekolah beserta hamper sebagai hadiah istimewa kepada kanak-kanak tersebut.

"Kami amat berbesar hati kerana CGC tampil untuk menghulurkan sumbangan, dan dengan sumbangan yang diberikan, kanak-kanak ini dapat menikmati saat kegembiraan ini sebelum perayaan Deepavali. Sumbangan ini amatlah bermakna buat mereka, " kata Vasanthi.

Menurut Zamree, program CSR adalah usaha berterusan CGC dalam memenuhi keperluan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab. Dengan menggabungkan nilai-nilai murni ini, kami berharap untuk lebih banyak melibatkan diri bersama masyarakat, biarpun sama ada sesama para pelanggan kami, pihak berkepentingan atau golongan masyarakat dengan lebih bermakna.

Program CSR Deepavali CGC yang dianjurkan bersama dengan rumah perlindungan ini disertai oleh kira-kira 25 kakitangan CGC yang terdiri daripada ahli pengurusan kanan serta warga kerja dari ibu pejabat dan cawangan Seremban. Turut hadir di program tersebut ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Negeri Sembilan, Encik Kumarasamy Sittampalam bersama ahli-ahlinya.

Kanak-kanak yang berusia antara lima (5) hingga 13 tahun mengambil bahagian dalam aktiviti dan permainan yang dianjurkan khas untuk mereka dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari bagi semua tetamu.

Pada awal tahun ini, CGC telah menghulurkan bantuan dan sokongan pemulihan melalui pelbagai inisiatif. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Malaysia, CGC telah menganjurkan program CSR di Kuala Lumpur dan Bengkel Seri Sarawak di Kuching serta di Yayasan Kebajikan Anak Yatim Suria di Tuaran, Sabah untuk memberi sokongan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Pada bulan Ogos 2015, CGC telah menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Ranau. Pada bulan Oktober 2015, CGC telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara di ibu pejabatnya di Kelana Jaya.
[print-me title="Cetak" target="#news35"]

CGC lancar BizWanita untuk meningkatkan pembiayaan kepada Usahawan Wanita

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan produk pembiayaan langsungnya iaitu BizWanita bagi mempertingkatkan akses pembiayaan kepada usahawan wanita.

BizWanita merupakan produk pembiayaan langsung kedua yang dilancarkan oleh CGC dalam tempoh 18 bulan sebagai inisiatif untuk mendekati segmen perniagaan dengan lebih luas khususnya bagi perniagaan baru yang mempunyai potensi yang lebih besar. Selain merapatkan jurang akses kepada pembiayaan untuk perniagaan milikan wanita, BizWanita juga bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi perniagaan dan syarikat-syarikat yang diuruskan atau dikendalikan oleh wanita atau syarikat dimana majoritinya merupakan tenaga kerja wanita.

Timbalan Menteri Kewangan II, YB Datuk Johari Abdul Ghani berkata produk BizWanita CGC merupakan langkah yang tepat memandangkan masih banyak lagi perniagaan yang berpotensi tetapi tidak layak memperolehi bantuan dari segi akses pembiayaan dari institusi kewangan kerana kekurangan cagaran atau rekod yang mencukupi. BizWanita juga membantu untuk memperkasa dan menyokong usahawan wanita di seluruh negara yang merancang untuk memulakan atau membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya.

"Objektif CGC adalah bagi membolehkan usahawan wanita untuk mendapatkan pembiayaan menerusi 16 cawangan kami di seluruh Negara pada tahap yang kompetitif”, kata Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, En. Mohd Zamree Mohd Ishak. “Kami menawarkan kadar pembiayaan serendah BFR + 0.20% walaupun tiada cagaran yang diperlukan untuk kemudahan pembiayaan langsung BizWanita ini.

Produk BizWanita ini berlandaskan konsep Murabahah Komoditi, dan mematuhi kehendak Syariah yang menawarkan pembiayaan antara RM20,000 hingga RM300,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga tujuh (7) tahun.

Wanita berusia antara 21 hingga 60 tahun yang mempunyai lesen perniagaan dan didaftarkan di Malaysia di bawah pihak berkuasa tempatan, dan sebuah syarikat yang berada di bawah definisi PKS seperti yang ditetapkan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) layak untuk memohon pembiayaan di bawah produk BizWanita. Selain itu, syarikat yang memohon mestilah diselia atau milikan rakyat Malaysia dengan pegangan saham sekurang-kurangnya 51%.

"CGC telah memperuntukkan RM30 juta bagi BizWanita yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500 PKS. Dalam tempoh tiga (3) bulan akan datang, kami menyasarkan untuk meluluskan pembiayaan bernilai RM7 juta melalui produk ini”, tambah Zamree. "Sejak pra pelancaran ‘soft launch’ pada 1 Oktober 2015, kami telah meluluskan 17 permohonan bernilai RM2.45 juta”.

Dengan pelancaran BizWanita, CGC telah meningkatkan jumlah pembiayaan langsung kepada kira-kira RM95 juta. Pada bulan Mei 2014, CGC melancarkan produk pembiayaan langsung BizMula-i untuk perniagaan baharu dengan saiz dana sebanyak RM30 juta yang kemudiannya ditambah kepada RM65 juta.

Sehingga September, CGC telah meluluskan kira-kira 6,900 pinjaman bernilai RM2.6 bilion melalui kesemua produk jaminan dan pembiayaannya, yang secara langsung memperlihatkan unjuran positif dalam melebihi sasaran yang diletakkan sebanyak RM3.0 bilion dengan RM600 juta.

"Sejajar dengan visi kami untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang khusus untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya saing dan dinamik, CGC akan terus membantu PKS yang berdaya maju dengan menawarkan produk inovatif bagi meningkatkan capaian PKS kami", nyata Zamree.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, YB Datuk Johari Abdul Ghani. Turut hadir pada majlis tersebut untuk menyaksikan majlis pelancaran ini ialah Pengerusi CGC, Dato 'Agil Natt dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif CGC, En. Mohd Zamree Mohd Ishak, Ahli-ahli Lembaga Pengarah CGC, pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, wakil-wakil dari pelbagai institusi kewangan dan dewan-dewan perniagaan serta para pelanggan CGC.
[print-me title="Cetak" target="#news36"]

CGC Salur Bantuan kepada Warga Yayasan Kebajikan Suria

KOTA KINABALU, 12 SEPTEMBER 2015: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menyumbangkan RM12,000 kepada Yayasan Kebajikan Suria (YKS) sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia. Inisiatif ini merupakan program CSR yang kedua di Sabah selepas sumbangan RM 100,000 yang diberikan kepada Tabung Bantuan Bencana Ranau dibawah Kerajaan Negeri Sabah pada bulan lepas.

Cek telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Encik Mohd Zamree Mohd Ishak kepada Guru Besar Sekolah Agama Yayasan Kebajikan Suria, Tuan Haji Awang Raplah Bin Salil. Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah Encik Mohd Zulfikar Datuk Haji Ahmad, dan ahli-ahli DPMM serta warga kerja CGC cawangan Kota Kinabalu.

"Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk memberi sokongan dan bantuan kepada warga yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam menyokong pembangunan dan kesejahteraan kanak-kanak di Yayasan Kebajikan Suria," kata Zamree.

Pusat ini menerima dana daripada Jabatan Hal Ehwal Am Sabah pada setiap tahun bagi menyokong aktiviti dan operasi harian mereka. YKS dilengkapi dengan kemudahan seperti blok asrama untuk menampung kanak-kanak, sebuah masjid dan perpustakaan mini untuk kemudahan 50 kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 17 tahun, yang menetap di pusat tersebut.

"Kami amat bersyukur diatas bantuan yang diberikan oleh CGC dalam menyokong pertubuhan kami. Kebanyakan anak-anak yang tinggal di YKS adalah anak-anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga miskin di seluruh Sabah. Kami ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak di sini dalam usaha mendidik mereka menjadi seorang individu yang mempunyai masa depan yang cerah. Kami percaya bahawa ini merupakan yang terbaik yang boleh kami lakukan selain memberi mereka penjagaan dan sokongan yang berterusan. Kami berharap lebih banyak syarikat akan mencontohi CGC dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Awang Raplah.

Wakil CGC beserta tetamu dan peserta lain juga dibawa melawat di sekitar penempatan warga YKS untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat di YKS, diikuti dengan taklimat ringkas bertajuk "Manfaat melalui Penghematan dalam Perbelanjaan" khas kepada pelajar-pelajar di YKS yang telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu, Pn. Agnes Vivvy Toisin.

Usaha penglibatan CGC bersama masyarakat melalui program CSR telah dijalankan di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan beban yang dipikul oleh warga yang kurang bernasib baik. Pada awal tahun ini, CGC telah menghulurkan bantuan dan sokongan sukarelawan kearah usaha-usaha bantuan banjir di negeri Kelantan. Selain itu, CGC juga komited dalam memberi sokongan kepada warga masyarakat yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Deepavali. Inisiatif CSR terbaru yang telah dijalankan oleh pihak CGC merupakan bantuan kepada warga Bengkel Seri Sarawak di Kota Samarahan.

"Kami berharap untuk terus membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di Malaysia melalui program-program CSR kami yang akan datang," tambah Zamree.

Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), CGC berharap untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam menyediakan akses kepada pembiayaan bagi PKS di negara ini. Sejak penubuhan CGC pada tahun 1972, CGC telah membantu lebih dari 430,000 PKS dan telah mengeluarkan jaminan lebih dari RM56 billion.
[print-me title="Cetak" target="#news37"]

CGC Menghulurkan Bantuan kepada Bengkel Seri Sarawak

KUCHING, 8 SEPTEMBER 2015: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menghulurkan bantuan sebanyak RM12,000 kepada Bengkel Seri Sarawak sebagai salah satu inisiatif terbaru program 'Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini. Sumbangan CGC merupakan bantuan pertama berupa bentuk kewangan yang diterima oleh Bengkel Seri Sarawak dari sebuah syarikat swasta sejak penubuhannya pada tahun 1991.

Sumbangan Cek telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Encik Mohd Zamree Mohd Ishak kepada Pengerusi Bengkel Seri Sarawak, Encik Joseph Heng Kheng Chong. Turut hadir dalam memberikan sokongan padu pada majlis tersebut adalah Setiausaha Eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Dayak, Encik Terence Temenggong Jayang serta ahli-ahli dewan bersama-sama dengan warga kerja cawangan CGC di Kuching.

"Kami menganggap ini merupakan tanggungjawab CGC untuk mendekati dan menghulurkan bantuan kepada warga yang kurang bernasib baik. Kami berharap dengan sumbangan yang disalurkan dapat memberi suasana yang lebih selesa kepada warga Bengkel Seri Sarawak," kata Zamree.

Pusat ini telah ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak juga menerima saluran dana daripada jabatan tersebut pada setiap tahun bagi membantu dan menyelenggarakan aktiviti-aktiviti harian serta keperluan pusat tersebut.

"Kami amat berbesar hati dengan bantuan yang diberikan oleh CGC dalam menyokong pusat ini. Kebanyakan ahli-ahli kami yang telah bersama Bengkel Seri Sarawak sejak penubuhannya adalah merupakan individu-individu kurang upaya, kami telah berjaya membantu lebih 100 individu Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh Sarawak. Kami berharap lebih banyak syarikat akan tampil dan menghulurkan bantuan seperti CGC," kata Joseph Heng.

CGC serta tetamu dan para peserta dibawa melawat sekitar pusat tersebut untuk melihat proses pembuatan anggota palsu, kad dan lain-lain produk yang dihasilkan oleh warga Bengkel Seri Sarawak.

Usaha penglibatan CGC bersama masyarakat melalui program CSR telah dijalankan di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan beban yang dipikul oleh warga yang kurang bernasib baik. Pada awal tahun ini, CGC telah menghulurkan bantuan dan sokongan sukarelawan kearah usaha-usaha bantuan banjir di negeri Kelantan. Selain itu, CGC juga komited dalam memberi sokongan kepada warga masyarakat yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Deepavali. Inisiatif CSR terbaru yang telah dijalankan CGC adalah sumbangan bagi menyokong komuniti di daerah Ranau yang terjejas akibat gempa bumi pada Jun 2015.

"Kami berharap untuk terus membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di Malaysia melalui program-program CSR kami yang akan datang," tambah Zamree.

Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), CGC berharap untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam menyediakan akses kepada pembiayaan bagi PKS di negara ini. Sejak penubuhan CGC pada tahun 1972, CGC telah membantu lebih dari 430,000 PKS dan telah mengeluarkan jaminan lebih dari RM56 billion.
[print-me title="Cetak" target="#news38"]

CGC Sumbang RM100,000 untuk Membantu Masyarakat di Ranau

Kota Kinabalu, 21 Ogos 2015: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menyumbangkan RM100,000 bagi menyokong inisiatif pengumpulan dana oleh Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Ranau untuk membantu meringankan beban kewangan masyarakat Ranau yang terjejas oleh gempa bumi baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak menyampaikan cek tersebut kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

"Kami di CGC amat prihatin dengan kesan gempa bumi yang menimpa keluarga dan individu yang terlibat. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama masyarakat di Ranau," kata Zamree .

"Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendekati dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat di Ranau. Kami berharap sumbangan yang diberikan pada hari ini akan dapat membantu dalam mengurangkan kesulitan serta membina semula kehidupan seharian mereka secepat mungkin," tambah Zamree.

"Selain sumbangan yang dihulurkan kepada masyarakat di Ranau, kami juga akan menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khususnya di Sabah dan Sarawak bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini," kata Zamree.

CGC telah terlibat secara aktif dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk lebih mendekati lapisan masyarakat Malaysia melalui pelbagai program yang dianjurkan. CGC telah menganjur dan menaja program-program amal bersempena perayaan utama diseluruh Negara.

CGC merupakan institusi kewangan pembangunan yang utama di negara ini telah mempelopori pembiayaan PKS sejak 1972. CGC telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan menjadi perantara kewangan yang berkesan bagi menyokong PKS berdaya maju yang kekurangan cagaran dan rekod untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan.

"Kami menawarkan pelbagai produk inovatif dalam menyokong PKS termasuk segmen perniagaan baharu seperti 'start-ups' yang merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menggalakkan pembangunan PKS di negara ini," tambah Zamree.

"Skim pembiayaan BizMula-i bagi perniagaan baharu yang telah dilancarkan pada Mei 2014, telah memanfaatkan ratusan PKS. Perniagaan baharu yang telah beroperasi kurang daripada tiga (3) tahun serta tanpa cagaran dan rekod, kini boleh mendapatkan pembiayaan setinggi RM300,000 dibawah skim ini," kata Zamree.

Tambahnya, CGC telah memperuntukkan RM4.96 juta di bawah skim pembiayaan BizMula-i untuk menyokong perniagaan baharu di Sabah pada tahun 2015. Setakat Julai 2015, sebanyak 31 permohonan daripada syarikat-syarikat baru di Sabah bernilai RM1.6 juta telah diluluskan. Secara keseluruhan, CGC telah meluluskan 589 permohonan bernilai RM48 juta di bawah skim BizMula-i.

CGC juga menawarkan skim Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) yang merupakan skim pembiayaan kontrak bagi memenuhi keperluan PKS Bumiputera yang telah mendapat kontrak daripada agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

"Kami melihat potensi yang kukuh untuk terus berkembang bagi segmen ini di Sabah dan oleh itu CGC telah memperuntukkan RM22.85 juta untuk PKS Bumiputera. Ini adalah sejajar dengan pertumbuhan bagi projek-projek pembangunan oleh Kerajaan di negeri Sabah," tambah Zamree.

"Kami mensasarkan untuk menyediakan pembiayaan berjumlah RM61 juta kepada PKS di Sabah, peningkatan sebanyak 52.5% berbanding dengan tahun sebelumnya," katanya.

Pada tahun 2014, CGC telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM40 juta kepada kira-kira 140 PKS di Sabah yang sebahagian besarnya kepada sektor borong, pembinaan dan hartanah melalui dua (2) cawangannya di Kota Kinabalu dan Sandakan. CGC akan mempertingkatkan aktivitinya untuk menggalakkan pertumbuhan pesat PKS di Sabah.

Pada tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3.0 bilion pembiayaan kepada 7855 PKS dan sehingga kini, CGC telah meluluskan 3,100 permohonan bernilai RM2.2 bilion. "Kami yakin bukan sahaja dalam menepati sasaran, malah melebihi jangkauan sasaran kami sebanyak 10 % pada akhir tahun," kata Zamree.
[print-me title="Cetak" target="#news39"]

Credit Guarantee Corporation Memenangi Anugerah Antarabangsa Bagi Jaminan Borong PKS

Kuala Lumpur, 2 Julai 2015 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah dianugerahkan 'Development Awards 2015' oleh Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) diatas kejayaannya membangunkan produk inovatif iaitu Skim Jaminan Borong Islam (WG-i).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Mohd Zamree Mohd Ishak menerima Anugerah tersebut pada Malam Anugerah ADFIAP semasa Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-38 yang diadakan di Nha Trang, Vietnam baru-baru ini.

"Skim WG -i yang dilancarkan pada April 2014 merupakan Skim Jaminan Borong Islam PKS yang pertama di negara ini, disediakan untuk memberikan syarikat akses kepada pembiayaan perniagaan tidak bercagar. Skim pembiayaan inovatif ini telah dibangunkan bagi memastikan bank-bank terus mempunyai keupayaan untuk memberi pinjaman kepada PKS dengan kelebihan jaminan CGC.

"Setakat ini, pembiayaan PKS oleh OCBC Al -Amin bernilai RM500 juta yang dijamin CGC telah memanfaatkan lebih daripada 2000 PKS," kata Zamree.

"CGC telah menerajui pembangunan PKS di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan bagi PKS yang dinamik sejak empat dekad yang lalu. Anugerah ADFIAP bagi skim WG-i merupakan keupayaan dan kepakaran kami dalam membangunkan dan menyampaikan produk pembiayaan yang inovatif yang membawa impak besar kepada pertumbuhan dan jangkauan PKS," tambah Zamree .

Anugerah bagi skim WG-i adalah yang kedua diterima oleh CGC daripada ADFIAP. Pada tahun 2012, CGC telah menerima Anugerah Pembangunan ADFIAP bagi Skim Jaminan Portfolio (PG) di bawah kategori Pembangunan PKS .

"Sejak pelancaran PG pada tahun 2009, kami telah berjaya melancarkan 45 tranche PG dengan kerjasama 13 bank. Sehingga kini, pembiayaan PKS melalui PG bernilai RM2.5 bilion telah memberi manfaat kepada kira-kira 5,800 PKS," tambah Zamree.

Jaminan Borong Islam (WG-i) yang melibatkan portfolio PKS tidak bercagar OCBC Al -Amin Bank yang sedia ada menunjukkan nisbah risiko yang terlibat dalam pembiayaan perniagaan dikongsi sama rata antara CGC dan OCBC Al-Amin Bank untuk tempoh jaminan selama lima tahun. Sebelum ini, keseluruhan risiko adalah tanggungjawab pihak Bank

Dalam menyampaikan ucapan tahniah kepada CGC bagi penganugerahan ini, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata skim WG-i telah menjana fasa baru dalam usaha membangunkan pembiayaan perniagaan tidak bercagar di Malaysia dan mustahil untuk dicapai tanpa komitmen, kepimpinan dan sifat pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh CGC.

"Dalam mencapai persetujuan bagi penkongsian risiko yang sama rata untuk Perniagaan Cash Financing-i yang telah dilancarkan oleh OCBC Al-Amin, CGC telah membolehkan kami untuk terus yakin dalam memberi akses kepada PKS bagi produk ini," katanya.

WG-i, yang kini bertumpu pada produk pembiayaan tidak bercagar Cash Financing-i (BC-i), telah diperkenalkan pada tahun lepas oleh OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin). BC-i telah dibangunkan selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada PKS bagi pembiayaan berjangka yang tidak bercagar untuk memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan dalam jangka masa pendek hingga sederhana mereka.

Pada awal tahun ini, CGC dan OCBC Al-Amin telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan nilai satu-satunya Jaminan Borong Islam WG-i untuk PKS di negara ini kepada RM1 bilion sebelum akhir tahun ini.

Dua tranche terdahulu yang berjumlah RM500 juta telah menjamin lebih daripada 2000 perniagaan dari industri yang terdiri daripada runcit dan borong kepada pembuatan, dengan unjuran bilangan dijangka akan berganda sebelum akhir tahun ini dengan pengenalan tranche tambahan.
[print-me title="Cetak" target="#news40"]

CGC Memeterai MOU bersama Banco Central de Timor-Leste

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Banco Central de Timor-Leste (BCTL) hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam membangunkan skim jaminan kredit / pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi Timor Leste.

Dengan termeterainya MOU ini, CGC akan menawarkan bantuan kepada BCTL untuk membangunkansertamereka bentuk skim jaminan kredit, tatacara dan hal-hal operasi yang lain. CGC juga akan memberi tunjuk ajar untuk menubuhkan sebuah institusi jaminan kredit atau unit dalam menguruskan skim jaminan untuk BCTL.

Melalui pakatan ini, CGC dan BCTL akan bekerjasama untuk menganjurkan penyelidikan, seminar, latihan dan lawatan sambil belajar untuk menggalakkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting bagi pengurusan skim jaminan kredit di Timor Leste.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato' Muhammad bin Ibrahim yang merasmikan upacara menandatangani MOU ini berkata "CGC sememangnya telah membuktikan kemampuannya dalam menyokong PKS sejak beberapa dekad yang lalu dan mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu BCTL, serta membantu membangunkan skim pembiayaan bagi PKS dalam sektor pertanian.”

"Dari segi strategi, pembangunan sektor PKS adalah penting dalam memastikan pertumbuhan yang seimbang dan kemakmuran yang dikongsi bersama semasa tempoh peralihan ekonomi negara kepada nilai tambah dan berpendapatan tinggi," katanya sambil menambah bahawa CGC adalah pemangkinbagi pembangunan PKS Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. CGC juga telah melakukan yang terbaik dalam memberi sokongan yang amat diperlukan sejajar dengan arus peningkatan ekonomi Malaysia yang giat berkembang.

"Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan satu ekosistem yang holistik untuk menyokong akses pembiayaan kepada PKS dan CGC merupakan komponen utama dalam ekosistem ini disebabkan peranan pentingnyadalam menangani kebimbangan PKS terutamanya yang baru memulakan perniagaan yang lazimnya dianggap berisiko tinggi untuk dibiayai," katanya.

"MOU yang ditandatangani pada hari ini adalah satu langkah yang penting dalam usaha pembangunan kami. Ia merupakan dokumen perjanjian rasmi antara CGC dan BCTL dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi menentukan bakal struktur pembiayaan PKS di Timor-Leste,"kata Gabenor BCTL, Abraao de Vasconcelos.

"BNM telah menyokong BCTL sejak penubuhannya melalui pelbagai aktiviti. Secara khususnya, BNM menyediakan sokongan berharga dalam pembangunanPelan Induk Sektor Kewangan melalui kajian dan khidmat nasihat,"katanya.

"Melalui beberapa lawatan kami ke Malaysia, ia jelas menunjukkan bahawa CGC telah memperkenalkan beberapa skim yang inovatif dan berkesan dalam menyokong pembangunan ekonomi di Malaysia. Kami di Timor-Leste mengalu-alukan peluang untuk mengkaji skim-skim ini dengan lebih terperinci dan menimba pengalaman berharga inidari Malaysia,” tambah Abraao.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata persefahaman bersama yang dicapai oleh CGC dan BCTL akan memberi dorongan yang baru bagi CGC untuk berkongsipengalaman dan kepakaran selama 43 tahun dalam meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.

Zamree berkata, "Hubungan kerjasama dengan BCTL ini merupakan asas untuk pembangunan berterusan perkhidmatan jaminan kredit, dan CGC sangat komited untuk membantu dan berkongsi pengalaman kukuh kami untuk membantu dalam mencapai wawasan mereka, iaitu untuk berkhidmat dan memberi akses kepada pembiayaan untuk pertumbuhan dan pembangunan PKS yang kukuh di Timor Leste ".

CGC telah menerajui pembangunan PKS bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa dengan membantu negara-negara seperti Papua New Guinea dan Mongolia.

Pada tahun 2013, CGC telah memeteraiMOU dengan Papua New Guinea dan Mongolia dalam penubuhan institusi jaminan kredit untuk meningkatkan pembiayaan PKS di negara masing-masing.

CGC juga merupakan ahli Persidangan Asian Credit Supplementation Institution Confederation (ACSIC) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP), memainkan peranan yang aktif dalam berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan negara-negara anggota. Pada tahun 2014, CGC telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan ACSICke-27 yang dihadiri oleh 141 perwakilan dari 19 institusi jaminan kreditdaripada 12 buah negara di serata Asia.

MOU telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Mohd Zamree Mohd Ishak dan Gabenor BCTL Abraao de Vasconcelos, disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato’ Muhammad bin Ibrahim dan Pengerusi CGC, Dato' Agil Natt. Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

CGC telah menjamin 430,000 pinjaman pinjaman PKS bernilai RM56.1 bilion sejak penubuhannya pada tahun 1972. Bagi tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3 bilion pembiayaan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 7,850 PKS.
[print-me title="Cetak" target="#news41"]

CGC Mengiktiraf Bank-Bank diatas Sumbangan terhadap Pembiayaan PKS

Empat (4) Bank Terkemuka menerima Anugerah Pendokong Utama PKS bagi tahun 2014

PETALING JAYA, 25 Mei - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) hari ini memberi penghormatan kepada empat bank (4) terkemuka dengan Anugerah Pendokong Utama PKS di atas sumbangan besar mereka terhadap pembiayaan PKS pada tahun 2014 di Majlis Penyampaian Anugerah Pendokong Utama PKS ke-20 yang diadakan pada hari ini.

Majlis Penyampaian Anugerah ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 CGC, dimana bank-bank berkenaan diiktiraf dibawah empat (4) kategori iaitu Pendokong Utama PKS (kategori keseluruhan), Pendokong Utama PKS bagi kategori Bank-Bank Islam, Pendokong PKS Bumiputera dan Rakan Kewangan Terbaik.

Pemenang bagi Anugerah Pendokong Utama PKS ialah Maybank, Maybank Islamic, OCBC Al -Amin Bank Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad. Anugerah ini telah disampaikan kepada bank masing-masing diatas sumbangan besar mereka kepada pembiayaan PKS secara keseluruhan melalui skim jaminan CGC.

Maybank Islamic juga memenangi Anugerah Pendokong Utama PKS di bawah kategori Bank-Bank Islam dan Anugerah Pendokong PKS Bumiputera diatas sumbangan besar mereka kepada PKS Bumiputera.

Untuk tiga tahun berturut-turut, Maybank telah memenangi Anugerah Rakan Kewangan Terbaik diatas sumbangannya terhadap kualiti aset CGC. Bagi OCBC Al -Amin Bank Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad, ini merupakan anugerah pertama mereka melalui pengiktirafan daripada CGC.

Penerima anugerah dipilih berdasarkan satu set kriteria yang ditentukan oleh CGC dan termasuk antara lain ialah bilangan dan nilai pinjaman yang dijamin, pinjaman yang dijamin kepada peminjam Bumiputera, pertumbuhan pendapatan bersih dan kadar mungkir.

Dari segi sumbangan kepada pembiayaan PKS, keempat-empat penerima anugerah telah menyumbang RM1.7 bilion, mewakili 53 % daripada jumlah nilai pembiayaan dan 4350 jumlah pinjaman yang mewakili 64% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan oleh CGC pada tahun 2014.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata jangkauan PKS CGC telah bertambah baik dengan pertumbuhan ketara sebanyak 189 % dari segi jumlah pinjaman dan 105% dari segi nilai yang diluluskan diatas penyertaan aktif institusi kewangan melalui skim jaminannya.

CGC telah meluluskan sejumlah 6839 pinjaman bernilai RM3.2 bilion yang memberi manfaat kepada perniagaan yang kebanyakannya dari perniagaan am, pembuatan dan sektor pertanian pada tahun 2014.

"Institusi kewangan memainkan peranan penting dalam membuka laluan kepada CGC untuk mendekati PKS dengan lebih dekat memandangkan rangkaian pengedaran mereka yang luas,'' kata Zamree dan beliau menambah perkongsian strategik yang dimeterai CGC bersama institusi kewangan terkemuka melalui Skim Jaminan Portfolio dan Skim Jaminan Borong telah memberi kesan yang besar kepada jangkauan PKS secara keseluruhannya.

Pada tahun 2014, CGC telah meluluskan kira-kira 5,000 pinjaman bernilai RM2.1 bilion melalui Skim Jaminan Portfolio dan Skim Jaminan Borong.

Beliau turut menambah bahawa kejayaan Skim Jaminan Portfolio dan Skim Jaminan Borong mentakrifkan keupayaan CGC untuk menjadi rakan kongsi yang inovatif dalam pembiayaan PKS.

"Kami juga ingin memaklumkan bahawa Skim Jaminan Borong CGC baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Anugerah ‘Development Award 2015’ di bawah Kategori Pembangunan PKS oleh Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) semasa Mesyuarat Tahunan ke-38 ADFIAP di Nha Trang, Vietnam. Pengiktirafan antarabangsa ini adalah bukti kepada keupayaan CGC untuk membangun dan menyampaikan penyelesaian pembiayaan inovatif yang mempunyai kesan yang besar kepada pembangunan PKS."

"Sejajar dengan visi CGC untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya saing dan dinamik, CGC akan terus meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan PKS dengan meneroka usahasama baru dan menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif untuk meningkatkan jangkauan PKS," tambah beliau.

Pada tahun 2015, CGC menyasarkan untuk meluluskan pinjaman 7850 dengan nilai sebanyak RM3.0 bilion melalui produk jaminan dan pembiayaannya.

Anugerah Pendokong Utama PKS telah disampaikan oleh Pengerusi CGC, Dato ' Agil Natt dan disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak di ibu pejabat CGC di Kelana Jaya hari ini. Maybank diwakili oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias​​, Maybank Islamic Bank oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Nor Shahrizan Sulaiman, OCBC Al -Amin Bank oleh Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Syed Abdull Aziz Jailani Syed Kechik dan Standard Chartered Saadiq diwakili oleh Pengurus Kanan, Perbankan Islam En. Mohd Suhaimi Abdul Hamid.

Mengenai CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC ) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. pemegang saham semasa adalah Bank Negara Malaysia (pemegang saham utama) dan bank-bank komersil.

Fokus perniagaan utama CGC adalah untuk membantu PKS dengan menyediakan perlindungan jaminan, terutama kepada PKS yang tidak mempunyai cagaran atau mempunyai cagaran yang tidak mencukupi dan rekod untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan untuk kemudahan tersebut. CGC telah menjamin kira-kira 430,000 pinjaman bernilai hampir RM56.1 bilion sejak penubuhannya.

Sokongan CGC terhadap PKS bukan sahaja terhad kepada penyediaan jaminan pinjaman dan kemudahan pembiayaan, tetapi juga bagi kredit maklumat dan penarafan kredit perkhidmatan melalui anak syarikatnya Biro Kredit Malaysia. Melalui Biro Kredit, CGC membantu PKS untuk membina sejarah kredit dan rekod untuk meningkatkan kredibiliti dan 'bankability' mereka bagi mendapatkan pembiayaan merit mereka sendiri pada kos yang munasabah.

Antara dana lain yang kini diuruskan oleh CGC termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB -i) dengan jumlah peruntukan masing-masing sebanyak RM3.5 bilion dan RM300 juta. Setakat ini, CGC telah menguruskan sebanyak 43 skim jaminan termasuk 16 skim yang dibiayai oleh kerajaan.

Sehingga kini, 17 bank-bank komersil, 15 bank-bank Islam, dan tujuh (7) institusi pembangunan kewangan (DFI) menyertai skim jaminan CGC, dalam menyediakan pelanggan dengan rangkaian yang lebih luas melalui 2000 cawangan di seluruh negara untuk mendapatkan akses pembiayaan.

PKS yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CGC boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-7880-0088 atau layari www.cgc.com.my.

 

Bagi Pertanyaan Media:

Jabatan Komunikasi Korporat,
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

 

  1. Kumaran


Penolong Naib Presiden, Perhubungan Korporat

HP: 016-638-1747
Emel:
[email protected]                           

Khairul Amri Aznan                                          Wan Nur Hidayah Mohammed Akhir


Eksekutif, Perhubungan Awam & Media                        Eksekutif, Perhubungan Awam & Media

HP: 011-123-990-53                                           HP: 010-464-1753

Emel: [email protected]                       Emel: [email protected]
[print-me title="Cetak" target="#news42"]

AmBank dan CGC memulakan hala tuju baharu dalam Pinjaman Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Apr, 2015: AmBank (M) Berhad dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) pada hari ini menandatangani Perjanjian Usahasama Jaminan Portfolio dalam usaha meningkatkan pembiayaan bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, CGC dan AmBank komited dalam melaksanakan pembiayaan berjumlah RM300 juta kepada lima sektor utama iaitu Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Sektor Pembuatan, Sektor Pendidikan, Sektor Kesihatan dan juga Sektor Pembinaan serta Perkhidmatan.

Sektor-sektor ini adalah tertakluk di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020 yang mempunyai potensi dalam pertumbuhan di mana Malaysia mempunyai kelebihan komparatif dan berdaya saing dengan kesan penggandaan yang tinggi.

Lima sektor PKS yang dinyatakan boleh mendapatkan jumlah pembiayaan yang tinggi, sehingga RM3 juta dengan tempoh pinjaman sehingga lima tahun.

"Kami amat berbangga dalam menjalin kerjasama bersama CGC melalui Jaminan Portfolio ini dimana AmBank akan menyediakan pembiayaan modal kerja bagi PKS yang layak. Kami telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta sebagai dana pemulaan dalam usaha meningkatkan jangkauan kami terhadap PKS di Malaysia.

"Segmen PKS adalah salah satu daripada bidang pertumbuhan utama kami tahun ini, oleh yang demikian, pergandingan dengan CGC adalah tepat pada masanya bagi Kumpulan AmBank untuk meningkatkan bahagian pasaran kami dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kami,” kata Cik Pushpa Rajadurai, Pengarah Urusan Perbankan Borong, Kumpulan AmBank di majlis menandatangani perjanjian Jaminan Portfolio bersama CGC. Beliau menandatangani dokumen perjanjian bersama Encik Mohd Zamree Mohd Ishak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CGC sambil disaksikan oleh Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank dan Dato ' Agil Natt, Pengerusi CGC.

"CGC sentiasa komited dalam menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif bagi menangani kebimbangan utama di kalangan PKS, iaitu tempoh masa yang diperlukan bagi pinjaman yang diluluskan dan dikeluarkan. Oleh itu, kerjasama kami bersama AmBank terutamanya ditumpukan untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang diperlukan dalam masa yang singkat bagi PKS, dimana terbukti boleh dilaksanakan melalui Jaminan Portfolio," kata Zamree.

"CGC mampu memberikan kelulusan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penerimaan permohonan daripada institusi-institusi kewangan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dipermudahkan bagi kelayakan pinjaman," katanya.

"Dengan kerjasama bersama AmBank, kami optimis dalam memanfaatkan pengalaman dan rangkaian cawangan AmBank yang luas untuk meningkatkan lagi jangkauan kami terhadap PKS," kata Zamree.

Antara ciri unik Jaminan Portfolio ini adalah kepastian dalam kelulusan yang hampir 100% diatas kecekapan aliran proses dan pengalaman sebelum ini, dimana tiada yuran jaminan dan aplikasi yang mudah dan cepat.

Zamree juga menambah bahawa usaha seterusnya dalam menjalin kerjasama bersama AmBank termasuk pembiayaan Jaminan Borong yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan perniagaan tidak bercagar, satu usaha baru bagi industri perbankan dalam mengurangkan risiko pada akaun kewangan dan membebaskan modal bagi pembiayaan PKS.

Pada majlis yang sama, AmBank turut melancarkan 'AmBank BizSolutions' untuk menawarkan produk dan penyelesaian pembiayaan dan bukan-pembiayaan yang disesuaikan bagi syarikat-syarikat komersial dan PKS.

Antara rangkaian produk dan penyelesaian di bawah BizSolutions AmBank adalah 'BizSolutions' Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) Portfolio Guarantee (PG) –Term Loan (TL) atau BizSolutions CGC PG-TL dan BizSolutions Fortune$, dengan produk yang lebih mengutamakan pelanggan dalam perancangan bagi menginovasikan perniagaan mereka .

“Dengan PKS sebagai daya penggerak ekonomi Malaysia, penyelesaian pembiayaan ini boleh disesuaikan melalui pembiayaan aset yang paling mudah sehingga modal kerja am dan juga termasuk membiayai projek-projek yang khusus. Ia bukan sekadar urusniaga harian, AmBank 'BizSolutions' mampu menyediakan penyelesaian untuk pengurusan aliran tunai anda dan juga untuk menguruskan urusan pemiutang dan penghutang anda," kata Pushpa.
[print-me title="Cetak" target="#news43"]

CGC Anjur Klinik Usahawan bagi PKS

Kota Kinabalu, 29 Mac - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan menganjurkan Klinik Usahawan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah pada 31 Mac 2015.

Klinik Usahawan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha penuh CGC untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi tentang kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC bagi membolehkan PKS yang berdaya maju di Sabah mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi kewangan. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada PKS untuk berjumpa warga kerja CGC bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga khidmat nasihat disamping memupuk hubungan perniagaan yang baik antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC , Mohd Zamree Mohd Ishak berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan wawasan CGC untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan PKS yang berdaya saing dan dinamik di Malaysia.

"Sebagai institusi yang berdedikasi dalam pembangunan PKS, kami memberi tumpuan dalam meningkatkan jangkauan PKS melalui kerjasama kami bersama dewan-dewan perniagaan di Sabah dan juga berkhidmat kepada sektor PKS yang memerlukan khidmat kewangan dan lain-lain khidmat sokongan dari CGC," tambah Zamree.

Klinik Usahawan CGC terdiri daripada dua sesi. Pada sesi pagi, taklimat mengenai produk CGC dan prosedur penilaian pinjaman untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah akan diadakan. Bagi sesi petang, taklimat yang bertajuk Seminar Pembiayaan Perniagaan akan dianjurkan untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan Cina Sabah (SUCCC).

Kedua dua sesi Klinik Usahawan CGC akan diadakan di Dewan Bank Negara Malaysia yang bertempat di Jalan Lapan Belas, di Kota Kinabalu.

Kepada yang berminat untuk menyertai Klinik Usahawan CGC boleh menghubungi En. Rozlezam Akop, Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Puan Agnes Vivvy Toisin, Penolong Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu di talian 088-486850 atau boleh melayari http://www.cgc.com.my/event-calendar/untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Pada tahun 2014, CGC telah memperuntukkan RM40 juta pembiayaan kepada kira-kira 140 PKS di Sabah yang sebahagian besarnya dalam sektor borong, pembinaan dan hartanah melalui dua (2) cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Sandakan.

Melihat Sabah sebagai kawasan yang berpotensi bagi pertumbuhan untuk CGC, CGC menyasarkan untuk menyediakan kira-kira RM61 juta pembiayaan kepada PKS pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 52.5 % berbanding dengan tahun sebelumnya.

Setakat ini, CGC telah meluluskan lebih daripada 427.800 pinjaman, memberi jaminan sebanyak RM56 bilion. Bagi tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3 bilion pembiayaan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 7,800 PKS di seluruh negara.

 

Kota Kinabalu, 29 Mac - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan menganjurkan Klinik Usahawan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah pada 31 Mac 2015.


 


Klinik Usahawan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha penuh CGC untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi tentang kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC bagi membolehkan PKS yang berdaya maju di Sabah mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi kewangan. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada PKS untuk berjumpa warga kerja CGC bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga khidmat nasihat disamping memupuk hubungan perniagaan yang baik antara kedua-dua pihak.


 



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC , Mohd Zamree Mohd Ishak berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan wawasan CGC untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan PKS yang berdaya saing dan dinamik di Malaysia.

 



"Sebagai institusi yang berdedikasi dalam pembangunan PKS, kami memberi tumpuan dalam meningkatkan jangkauan PKS melalui kerjasama kami bersama dewan-dewan perniagaan di Sabah dan juga berkhidmat kepada sektor PKS yang memerlukan khidmat kewangan dan lain-lain khidmat sokongan dari CGC," tambah Zamree.

 



Klinik Usahawan CGC terdiri daripada dua sesi. Pada sesi pagi, taklimat mengenai produk CGC dan prosedur penilaian pinjaman untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah akan diadakan. Bagi sesi petang, taklimat yang bertajuk Seminar Pembiayaan Perniagaan akan dianjurkan untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan Cina Sabah (SUCCC).

 


Kedua dua sesi Klinik Usahawan CGC akan diadakan di Dewan Bank Negara Malaysia yang bertempat di Jalan Lapan Belas, di Kota Kinabalu.


 


Kepada yang berminat untuk menyertai Klinik Usahawan CGC boleh menghubungi En. Rozlezam Akop, Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Puan Agnes Vivvy Toisin, Penolong Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu di talian 088-486850 atau boleh melayari http://www.cgc.com.my/event-calendar/untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


 



Pada tahun 2014, CGC telah memperuntukkan RM40 juta pembiayaan kepada kira-kira 140 PKS di Sabah yang sebahagian besarnya dalam sektor borong, pembinaan dan hartanah melalui dua (2) cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Sandakan.

 



Melihat Sabah sebagai kawasan yang berpotensi bagi pertumbuhan untuk CGC, CGC menyasarkan untuk menyediakan kira-kira RM61 juta pembiayaan kepada PKS pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 52.5 % berbanding dengan tahun sebelumnya.

 



Setakat ini, CGC telah meluluskan lebih daripada 427.800 pinjaman, memberi jaminan sebanyak RM56 bilion. Bagi tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3 bilion pembiayaan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 7,800 PKS di seluruh negara.
[print-me title="Cetak" target="#news44"]

CGC & OCBC AL-AMIN Tingkatkan Nilai Jaminan Borong untuk PKS kepada RM1 Bilion

Kuala Lumpur, 3 Mac 2015 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan nilai jaminan borong pertama dan satu-satunya yang disediakan untuk PKS di negara ini kepada RM1 bilion menjelang akhir tahun ini.

Dana baru berjumlah RM500 juta tersebut akan disediakan dalam dua peruntukan RM250 juta setiap satu pada bulan Mei dan Disember, berikutan kejayaan dua peruntukan awal dalam jumlah yang sama pada bulan April dan November tahun lepas.

Menurut Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik, pada hakikatnya, jaminan borong ini telah menimbulkan fasa baru pembangunan dalam usaha pembiayaan tidak bercagar di Malaysia.

“Seperti dalam perjanjian terdahulu, peruntukan baru Wholesale Guarantee-i (WG-i) akan menyaksikan nisbah risiko yang terbabit dalam pembiayaan perniagaan dikongsi bersama antara CGC dan OCBC Al-Amin untuk tempoh jaminan 5 tahun.

“Dua peruntukan pertama berjumlah RM500 juta pada asasnya telah menjamin lebih dua ribu perniagaan, daripada industri yang merangkumi peruncitan dan borong kepada pengeluaran. Dengan sambutan luar biasa kepada peruntukan asal, kami hanya mengambil masa setahun untuk memulakan fasa peruntukan akan datang yang membawakan bilangan PKS yang menerima perkhidmatan ini kepada lebih 5,000 sebelum akhir tahun,” katanya.

Mengulas mengenai gandaan nilai skim menjelang akhir tahun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata CGC gembira dengan kejayaan dua peruntukan pertama OCBC Al-Amin dan mengalu-alukan perkembangan positif dan lancar yang membawa kepada peruntukan ketiga.

“Pakatan strategik dengan OCBC Al-Amin merupakan usaha sama ketiga antara CGC dan OCBC Bank dalam tempoh beberapa tahun lepas. Saya yakin bahawa pakatan berterusan kami akan membawa banyak manfaat kepada kedua-dua institusi, dan lebih penting lagi, untuk PKS berdaya maju yang layak menerima pembiayaan.

“CGC terus menggalakkan lebih banyak perniagaan memanfaatkan pembiayaan tidak bercagar baik sebagai pembekal mahupun penerima. Dengan peranan yang dimainkan oleh CGC untuk berkongsi risiko jaminan, lebih banyak bank kini yakin untuk tampil ke hadapan untuk menyediakan pilihan pembiayaan inovatif bagi memenuhi keperluan dan trend pertumbuhan PKS yang dijangka menyumbang 41% kepada keluaran dalam negara kasar menjelang 2020.

“CGC telah menerajui pembangunan PKS dan terus memainkan peranan penting dalam pembiayaan PKS, khususnya bagi PKS yang kecil tetapi berdaya maju. Dengan permintaan yang lebih tinggi untuk pembiayaan daripada segmen ini, CGC meneruskan usaha untuk meluaskan capaian PKS dengan membentuk pakatan strategik dengan pelbagai institusi kewangan,” katanya.

Sidang akhbar turut dihadiri oleh Pengerusi OCBC Al-Amin Dato’ Ooi Sang Kuang  dan Pengerusi CGC Dato’ Agil Natt.

WG-i memberi tumpuan kepada produk pembiayaan tidak bercagar yang ditawarkan OCBC Al-Amin, Business Cash-i (BC-i), yang diperkenalkan pada 2012.

Menurut Syed Abdull Aziz, BC-i telah dirangka sejajar dengan minat yang semakin bertambah daripada PKS untuk pembiayaan bertempoh tidak bercagar demi memenuhi keperluan pembiayaan jangka pendek hingga pertengahan.
[print-me title="Cetak" target="#news45"]

Program Amal CGC sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, 12 Feb 2015 - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) membawa keceriaan kepada 35 buah keluarga dengan mengadakan Program Amal CGC sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang di Pusat Beli-Belah Sogo Kuala Lumpur, hari ini.

Program amal ini merupakan sebahagian besar daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat CGC untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan kewangan bagi membolehkan mereka meraikan Tahun Baru Cina dengan lebih meriah.

Usaha murni ini adalah kerjasama dengan pihak Persatuan Kechara Soup Kitchen, di mana keluarga ini diberi bantuan kewangan serta pengalaman membeli-belah yang membawa kegembiraan disamping menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan semasa musim perayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata CGC amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Persatuan Kechara Soup Kitchen dalam memberi sumbangan kewangan kepada mereka yang tiada tempat tinggal dan golongan miskin di bandar untuk meringankan bebanan kewangan mereka terutamanya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Ini merupakan kerjasama kedua antara CGC dan Persatuan Kechara Soup Kitchen. Pada bulan Oktober 2014, CGC dan Kechara Soup Kitchen menganjurkan Program Amal yang sama untuk perayaan Hari Deepavali. Program ini juga disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak, pihak Pengurusan Kanan dan kaki tangan serta Presiden Kechara Soup Kitchen, Datuk Ruby Khong dan wakil-wakil dari pihak mereka.

Presiden Persatuan Kechara Soup Kitchen Dato’ Ruby Khong berkata beliau sangat teruja kerana telah berpeluang bekerjasama dengan CGC buat kali kedua dalam menjalankan inisiatif yang penuh dengan kasih sayang untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Jenny Tai, 62, dari Taman Desa, berkata beliau amat gembira untuk dapat membeli barang keperluan runcit yang dapat bertahan sehingga seminggu atau dua, memandangkan Tahun Baru Cina akan tiba dalam masa seminggu sahaja lagi.

Khor Poh Lay, 41 dari Setapak berkata beliau begitu gembira kerana telah menerima baucar tunai daripada CGC.

Beliau berkata inisiatif dari CGC ini dapat membantu beliau dalam persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan datang. Beliau juga menambah bahawa ini adalah satu perkara yang mulia dari CGC yang prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik, terutama ketika musim perayaan.

Selain daripada program amal perayaan ini, CGC juga telah menyediakan bantuan kepada kakitangannya serta penduduk yang terjejas akibat banjir di Kelantan baru-baru ini. Kira-kira 50 sukarelawan CGC menjalankan aktiviti gotong royong  disekitar kawasan Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Pasir Tumboh, Kelantan. CGC juga menyumbang makanan dan keperluan asas seperti gula, beras, selimut dan tuala kepada mangsa-mangsa bencana banjir.

Pada skala yang lebih besar, CGC telah menerajui pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan akses pembiayaan kepada PKS yang berdaya saing. Melalui system jaminan, CGC telah membiayai lebih dari 427,800 PKS sejak 1972.
[print-me title="Cetak" target="#news46"]

Program ‘Kembali ke Sekolah’ CGC

RAWANG, 24 Disember 2014 - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) membawa keceriaan kepada 82 orang kanak-kanak di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong dengan mengadakan Program 'Kembali ke Sekolah' baru-baru ini.

Program ini adalah sebahagian besar daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat CGC untuk membantu keluarga masyarakat Orang Asli khususnya kepada kanak-kanak yang masih bersekolah.

Usaha murni ini telah dikendalikan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dari Daerah Hulu Selangor, di mana kanak-kanak yang masih bersekolah diberi pakaian seragam sekolah yang baru, beg sekolah serta alat tulis bernilai kira-kira RM10,000 sebelum sesi persekolahan dibuka semula pada awal tahun hadapan.

Naib Presiden Eksekutif CGC, Nazleena Nordin berkata, dengan sumbangan yang diberikan, CGC berharap dapat meringankan beban mereka untuk sesi persekolahan pada tahun 2015.

Sumbangan ini bertujuan untuk menggembirakan dan juga menjadi inspirasi kepada anak-anak Orang Asli yang masih bersekolah untuk belajar dengan lebih tekun, katanya.

Pelajar sekolah menengah, Johaniesa berkata peralatan serta keperluan sekolah yang diterima merupakan hadiah yang sangat sempurna buatnya. Saya sudah lama berniat untuk membeli beg sekolah baru untuk sesi persekolahan 2015 ini, dan sumbangan ini juga menjadi sumber motivasi saya untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti, katanya.

Setiap kanak-kanak menerima sepasang pakaian seragam sekolah dan kasut, beg sekolah baru dan alat tulis. Jumlah 82 kanak-kanak sekolah adalah termasuk kanak kanak tadika, para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pelajar sekolah rendah, Suhala berkata dengan beg baru, dia boleh membawa barang-barang yang lebih kerana sebelum ini dia menggunakan beg yang lebih kecil.

Nazleena berkata, objektif utama program ini adalah sebagai program khidmat masyarakat dan membantu masyarakat Orang Asli dalam memperbaiki kehidupan mereka serta meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.

Ini juga merupakan satu pengalaman baru dan amat bermakna kerana ia adalah lebih daripada sekadar majlis penyerahan sumbangan. Program ini juga menerapkan semangat persaudaraan di kalangan kakitangan CGC dan masyarakat Orang Asli.

Selain memberi sumbangan, aktiviti dengan kanak-kanak masyarakat Orang Asli juga telah diadakan dengan penyertaan dari kakitangan CGC.

Pada skala yang lebih besar, CGC telah berada di barisan hadapan dalam inisiatif membantu PKS dengan memberi akses kepada sistem jaminan pembiayaan. Melalui sistem jaminan, ia telah membiayai lebih daripada 420,000 PKS setakat ini dan usaha ini telah membantu dalam memperbaiki taraf hidup beribu-ribu rakyat Malaysia.
[print-me title="Cetak" target="#news47"]

CGC melantik Mohd Zamree Mohd Ishak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

PETALING JAYA, 16 Dis - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Mohd Zamree Mohd Ishak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya mulai 1 Januari 2015.

Zamree menggantikan Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berikutan persaraan beliau setelah menerajui CGC selama 17 tahun.

Zamree berpengalaman luas dalam bidang perbankan korporat dan pengguna serta pendidikan kewangan Islam. Beliau memulakan kerjaya korporat dengan Maybank Berhad pada tahun1989 hingga 2009.

Beliau juga telah memegang dua jawatan kanan di Maybank Berhad iaitu jawatan Naib Presiden, Perbankan Pengguna (Jan 2005 - Jan 2008) dan Naib Presiden Eksekutif, Perbankan Korporat (Jan 2008 – Julai 2009).

Zamree telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam  (INCEIF) sejak Julai 2009 sehingga perlantikan terbarunya dengan CGC. Selain daripada peranannya dalam INCEIF, Mohd Zamree merupakan ahli Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun (ACIFP).

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan – Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Hull, Hull, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan (BSBA) dari St Louis University, Missouri, Amerika Syarikat.

 
[print-me title="Cetak" target="#news48"]

Perjanjian Usahasama Strategik Jaminan Portfolio Di Antara Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) Dan Affin Bank Berhad (AFFINBANK)

PETALING JAYA, Nov 11, 2014: Dalam usaha mempercepatkan pembiayaan akses kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Affin Bank Berhad (AFFINBANK) telah bekerjasama untuk menawarkan jaminan portfolio bernilai RM50 juta.

Ini merupakan jaminan portfolio pertama CGC dengan perkongsian risiko mekanisme berciri khas. Di bawah perjanjian ini, AFFINBANK akan menyerap segala pinjaman terjejas semasa tahun pertama pembiayaan.

Dengan ketelitian kredit yang diwujudkan oleh AFFINBANK, kualiti pinjaman amat menyakinkan dan bank tersebut memilih untuk tidak melanggan jaminan perlindungan bagi tahun pertama tempahan pinjaman.

Oleh yang sedemikian, AFFINBANK mampu menawarkan kadar pembiayaan yang lebih rendah dan kompetitif kepada pelanggannya. Usaha ini bagi menggalakkan pembangunan PKS di negara ini melalui mekanisme jaminan CGC.

"Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan CGC untuk menawarkan pembiayaan jaminan ini kepada PKS dan amat gembira kerana pelanggan akan menikmati kadar yang kompetitif. Di AFFINBANK, kami sentiasa berusaha dan membangunkan penyelesaian kewangan baru dan inovatif serta pakej bagi pelanggan kami.

"Jaminan portfolio ini ditambah pula dengan barisan produk yang pastinya akan membantu PKS dalam mengembangkan perniagaan mereka lebih jauh dan secara tidak langsung menyokong pembangunan industri PKS secara umumnya,'' kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekuti fAFFINBANK, Dato'Zulkiflee Abbas Abdul Hamid di majlis menandatangani perjanjian itu hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata jaminan portfolio ini akan memberi kelebihan kepada PKS yang berhasrat untuk memenuhi keperluan modal kerja, pembelian aset serta perbelanjaan modal, dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 170 PKS untuk fasa pertama ini.

"Kami amat gembira kerana perkongsian jaminan portfolioini membolehkan PKS mendapat akses yang lebih pantas dalam membiayai dengan masa pusingan yang lebih singkat dari segi kelulusan.Kerjasama ini juga membolehkan pengeluaran pinjaman seperti aplikasi yang dinilai berdasarkan yang telah ditetapkan dan dipermudahkan mengikut kriteria kelayakan pinjaman,'' tambah Datuk Wan Azhar.

Jaminan CGC adalah sehingga tempoh pinjaman maksimum tujuh tahun dari tarikh kelulusan CGC dan jumlah pembiayaan adalah di antara RM100,000 dan RM500,000.

Kadar pembiayaan adalah bergantung kepada penarafan kredit peminjam dan akan ditentukan oleh piawaian penilaian kredit AFFINBANK serta segmen pasaran yang disasarkan itu.

"Selain itu, jaminan portfolio yang unik ini dijangka sebahagian besarnya dinikmati oleh PKS dalam sektor pembinaan dan borong, yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi akses kepada pembiayaan yang penting untuk pertumbuhan berterusan,'' kata Datuk Wan Azhar.

Ciri yang berbeza dari jaminan portfolio sebelum ini bagi PKS ialah kadar kelulusan jaminan hampir 100% berdasarkan pengalaman lalu, yuran jaminan yang rendah dan aplikasi mudah.

Datuk Wan Azhar berkata, bagi tahun ini, CGC telah mencapai sasaran pinjaman jaminan portfolio sebanyak RM900 juta dan jumlah ini telah memberi manfaat kepada 1,800 PKS.

"Secara keseluruhan dari tahun 2009, CGC telah menjamin lebih RM2 bilion pinjaman jaminan portfolio melalui kerjasama dengan pelbagai institusi kewangan,'' katanya, sambil menambah bahawa perkongsian permbiayaan jaminan CGC telah memberi manfaat kepada 5,900 PKS.

Tambahnya, kerjasama perniagaan masa depan dengan AFFINBANK termasuk ‘1 Wholesale Guarantee’ yang akan disasarkan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Dalam masa terdekat, CGC akan meneroka sector pertumbuhan baru seperti Bumiputera, Halal Traders, dan Harta Intelek.

Pinjaman PKS telah menjadi segmen perniagaan AFFINBANK yang berkembang dengan pesat setiap tahun, dan kini menyumbang hampir 20% daripada jumlah pinjaman kasar bank itu.

"Kami menyasarkan untuk mengembangkan portfolio ini lebih lanjut seperti yang kita lihat ia berpotensi besar dalam segmen PKS. Di samping itu, perjanjian jaminan portfolio baru dengan CGC, AFFINBANK sedang berusaha ke arah menyediakan pakej pembiayaan bagi menambahkan lagi pakej pembiayaanyang sedia ada.

"Namun, usaha ini bukan sekadar mengenai bilangan (produk) yang kami tawarkan. Di AFFINBANK, kami percaya dalam memberikan lebih daripada produk. Kami memberikan amanah dalam perkhidmatan kami sehingga pelanggan dan rakan kongsi kami akan terus berurusan bersama kami, '' tambah Dato' Zulkiflee.

 

 

 
[print-me title="Cetak" target="#news49"]

CGC Lantik Ong Eng Bin Sebagai Pengarah bukan Eksekutif

Petaling Jaya, 30 Oktober - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ong Eng Bin sebagai pengarah bukan eksekutifnya bermula pada 14 Oktober 2014.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan korporat. Kerjaya beliau dalam bidang perbankan korporat menjangkau sehingga 26 tahun sejak beliau mula bekerja bersama OCBC Bank pada tahun 1988.

Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Ketua Perbankan Korporat, dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Perbankan Perniagaan pada tahun 2012, dengan tanggungjawab yang meliputi korporat dan komersial, perniagaan dan transaksi perbankan yang baru diperkenalkan.

Pada bulan Ogos 2014, Ong telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Berhad.

Selain dari peranan beliau bersama OCBC Bank, Ong juga merupakan ahli majlis Persatuan Bank-Bank di Malaysia.

Terkini, Ong berkhidmat sebagai Pengarah di e2 Power Sdn Bhd, Ban Hong Leong dan Company Sdn Bhd, Malaysia Nominees (Asing) Sendirian Berhad, Malaysia Nominees (Tempatan) Sendirian Berhad dan OCBC Nominees ( Malaysia) Sdn Bhd.

Ong memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom.

CGC mempunyai sembilan (9) ahli lembaga pengarah dengan Dato' Agil Natt sebagai Pengerusi.
[print-me title="Cetak" target="#news50"]

Program Amal CGC sempena Perayaan Deepavali

KUALA LUMPUR, 13 Okt 2014 - Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menceriakan 50 orang daripada keluarga miskin sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.

Usaha amal ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) CGC dalam menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga miskin - tidak berkemampuan, kelainan upaya dan yang memerlukan keperluan istimewa - dalam membantu mereka bagi penyediaan untuk menyambut hari perayaan.

Usaha ini adalah salah sebuah langkah permulaan dalam siri CSR CGC yang bertemakan usaha amal untuk menghulurkan bantuan sebagai penyediaan awal kepada masyarakat semasa musim perayaan.

Usaha murni ini adalah kerjasama dengan pihak Kechara Soup Kitchen Society, di mana keluarga ini telah diberikan bantuan kewangan serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan disamping mengurangkan beban kewangan mereka semasa musim perayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata Kechara Soup Kitchen Society dipilih menjadi rakan kongsi bersama CGC kerana pengalaman mereka yang tidak terhingga dalam meluangkan masa bersama golongan miskin dan gelandangan di sekitar Lembah Klang.

Dalam usahasama projek ini, 25 keluarga menerima wang tunai bernilai RM250.00 dalam bentuk baucar daripada CGC bagi membeli barang barang keperluan. Selain itu, sebahagian keluarga tersebut juga memenangi hadiah wang tunai tambahan dalam bentuk baucar dari pertandingan yang diadakan setelah acara membeli belah tamat. Secara keseluruhannya, CGC telah memperuntukkan RM10,500 untuk usaha CSR ini.

Datuk Wan Azhar juga berkata objektif utama projek ini adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan taraf hidup mereka semasa musim perayaan.

Timbalan Presiden Eksekutif Sokongan Korporat CGC, Nazleena Nordin berkata program ini adalah pengalaman yang bermakna, dalam bukan sahaja memberi cek kepada penerima, tetapi memberi peluang mereka membeli belah dalam suasana yang meriah.

T. Shamala, dari Sentul berkata dia sangat gembira dan bersyukur diatas penerimaan bantuan kewangan yang sedikit sebanyak dapat membantu empat ahli keluarganya dan juga meyatakan bahawa sudah lama tidak membeli belah seperti ini.

"Suami saya ialah orang kelainan upaya (OKU) dan saya mempunyai anak berumur 14 dan 17 tahun yang masih bersekolah. Barang keperluan yang dibeli menggunakan baucar pada hari ini dapat bertahan selama 2 minggu," katanya, dengan menambah ini adalah pertama kali mereka mendapat bantuan kewangan.

Kontraktor bekerja sendiri, M Siva, 36, dari Setapak Jaya berkata dia gembira dalam menerima bantuan keperluan harian dimana ia dapat membantu kekangan keluarganya semasa musim perayaan

Presiden Kechara Soup Kitchen Society, Dato' Ruby Khong berkata ini merupakan usahama kali pertama yang mengujakan diantara CGC, Kechara dan Pusat Membeli Belah Sogo, dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan.

'Kami mempunyai data yang lengkap tentang kesemua keluarga berikut. Keluarga ini dipilih sempena sambutan perayaan Deepavali, seminggu dari sekarang. Secara biasanya, kami akan berikan apa yang diperlukan semasa membuat penghantaran kepada keluarga tertentu. Walau bagaimanapun, ia adalah satu usaha yang menarik dari pihak CGC, dimana mereka boleh membeli mengikut keperluan mereka," kata beliau, dengan menambah ia adalah lebih efisyen.

Dato' Ruby juga berkata dia sangat mengalu alukan bagi usahama sebegini bersama CGC di masa hadapan, terutamanya pada musim perayaan.  

Program ini dihadiri Timbalan Presiden Eksekutif Sokongan Korporat Nazleena Nordin, Pengawal Kewangan Gayah Haji Mohd Nordin, Timbalan Presiden Kanan Khidmat Korporat Komathi Lalitha  Veeriah, Ketua Pegawai Risiko Perbagaran Kuppusamy, warga kerja CGC, Presiden dan wakil dari Kechara Soup Kitchen, dan sukarelawan dari Kelab Rekreasi CGC (KRCGC).

Pada skala yang lebih besar, CGC sentiasa di hadapan dalam memberi bantuan akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang mampu berdaya saing. Melalui sistem jaminan, CGC telah membiayai lebih daripada 420,000 PKS setakat ini dan secara tidak langsung usaha ini telah berjaya menaikkan taraf hidup ribuan rakyat Malaysia kerana PKS adalah salah satu daripada majikan terbesar di negara ini.
[print-me title="Cetak" target="#news51"]

CGC DAN SME BANK TAWAR KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BERNILAI RM30 JUTA UNTUK USAHAWAN PKS

Dari kiri:  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Azhar Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus selepas acara memeterai kolaborasi perjanjian PG baru-baru ini.



Dari kiri: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Azhar Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus selepas acara memeterai kolaborasi perjanjian PG baru-baru ini.

Kuala Lumpur, 15 September – SME Bank hari ini menandatangani Perjanjian Jaminan Portfolio (PG) dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) untuk menawarkan kemudahan pembiayaan bernilai RM30 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya maju.

Kemudahan jaminan ini merupakan kali pertama dilaksanakan oleh CGC dengan sebuah institusi kewangan pembangunan di negara ini yang direka khas untuk memudahkan usahawan PKS kerana ia menawarkan kos pembiayaan yang rendah dan jangkamasa pusingan balik yang lebih cepat dari segi kelulusan dan pengeluaran pembiayaan.

Portfolio bernilai RM30 juta ini dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 200 usahawan PKS dalam tempoh setahun melalui kemudahan pembiayaan bernilai antara RM100,000.00 hingga RM500,000.00. Tujuan pembiayaan ini adalah untuk menyediakan kemudahan modal kerja yang diperlukan untuk menguruskan aliran kewangan serta memajukan lagi perniagaan sedia ada pada kadar tetap di antara 5% - 7% setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata PG yang telah dilancarkan pada tahun 2009 dan telah mendapat pengiktirafan ini telah terbukti berjaya membantu memenuhi keperluan pembiayaan serta meningkatkan jumlah jangkauan PKS.

"Di bawah kelulusan PG untuk pembiayaan, kriteria kelayakan telah dipersetujui terlebih dahulu. Ini menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan kualiti aset portfolio tersebut. Berdasarkan persetujuan awal ini, ia membolehkan peminjam mendapat kos pembiayaan yang lebih rendah kerana PG mempunyai kos transaksi yang lebih rendah. "

“Dengan adanya kemudahan PG ini, proses kelulusan dan pembiayaan untuk usahawan PKS akan menjadi lebih pantas. PG yang ditawarkan oleh CGC mempunyai sistem yang menyediakan kelulusan dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran yang dilaksanakan oleh bank. Pihak CGC sedang berusaha untuk memendekkan lagi tempoh pemprosesan kepada satu (1) hari bekerja.” katanya lagi, buat masa sekarang, kadar kelulusan pembiayaan di bawah PG adalah hampir 100%.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata kerjasama ini akan memudahkan usahawan PKS untuk mendapat akses kepada kredit dengan membantu mereka mengukuhkan keupayaan kredit dan rekod prestasi perniagaan yang baik serta membantu pelanggan baharu untuk memperoleh bantuan kewangan yang diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Kolaborasi bersama CGC juga akan membantu SME Bank meningkatkan pengurusan risiko kreditnya melalui perkongsian risiko dan memberi pandangan menyeluruh terhadap kesediaan bakal pelanggan dalam membayar balik pinjaman” katanya.

Perjanjian PG ini memperkukuhkan lagi komitmen dan kerjasama kedua-dua pihak dalam menyokong ke arah pembangunan PKS di negara ini bukan sahaja dari segi meningkatkan akses pembiayaan tetapi juga dari segi kos pembiayaan.

Sehingga kini, CGC telah meluluskan pembiayaan bernilai hampir RM1.5 bilion kepada lebih 4,000 usahawan PKS. CGC mensasarkan untuk mendapatkan jaminan yang baru sekurang-kurangnya bernilai RM700 juta di bawah perjanjian PG pada tahun 2014.

SME Bank merupakan institusi kewangan kelapan memeterai perjanjian PG selepas Maybank, Standard Chartered Bank, OCBC, RHB, Public Bank Berhad, Alliance Bank dan SC Saadiq.

Mengenai CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Pemegang saham semasa adalah Bank Negara Malaysia (pemegang saham utama) dan bank-bank komersial. Fokus perniagaan teras CGC adalah untuk membantu PKS, terutamanya mereka yang tanpa atau kekurangaan cagaran dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dengan memberikan perlindungan jaminan ke atas pembiayaan tersebut. Sejak penubuhannya, CGC telah secara kumulatif menjamin lebih daripada 420,000 pinjaman bernilai hampir RM52.9 bilion.

Kini, rancangan CGC untuk mencapai agenda pengukuhan kewangannya berjalan dengan lancar seperti yang termaktub dalam pelan transformasi bisnesnya. Sejak empat tahun kebelakangan ini, CGC telah mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya dari RM15.6 juta pada 2010 kepada RM121.1 juta pada tahun 2013.

CGC, atau lebih dikenali sebagai ‘firma kredit bagi usahawan kecil’ pada awal penubuhannya lebih menumpukan usaha dalam membantu usahawan kecil dalam bidang pertanian, komersil dan sektor industri. Seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia, pemintaan bagi servis jaminan CGC juga turut berkembang. Produk dan servisnya juga telah diperluaskan bagi memenuhi keperluan kemudahan kredit yang lebih besar daripada PKS berskala sederhana.

Sokongan CGC kepada PKS tidak hanya bertumpu kepada jaminan pinjaman dan kemudahan pembiayaan, tetapi juga perkhidmatan informasi kredit dan penarafan kredit melalui anak syarikatnya Biro Kredit Malaysia. Melalui Biro, CGC membantu PKS bagi mewujudkan sejarah dan rekod prestasi kredit bagi meningkatkan kredibiliti dan ‘bankabiliti’ mereka untuk mendapatkan pembiayaan secara merit dan pada kos yang berpatutan.

Pembiayaan lain yang diuruskan oleh CGC termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM3.5 bilion dan RM300 juta. Setakat ini, CGC telah menguruskan sebanyak 43 skim jaminan termasuk 16 skim pembiayaan kerajaan.

Kini, 15 bank Islam, 17 bank komersil dan tujuh (7) institusi pembangunan kewangan telah turut serta dalam skim jaminan kredit CGC yang membolehkan pelanggan mendapat akses kepada pembiayaan melalui lebih daripada 2,000 cawangan mereka diseluruh negara.

PKS yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CGC boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-7880-0088 atau layari laman sesawang di www.cgc.com.my.

Mengenai SME Bank

SME Bank memulakan operasinya pada 3 Oktober 2005 sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (DFI). Ianya diberi mandat khusus oleh Kerajaan untuk membimbing dan membangunkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sebagai sebuah bank yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pertumbuhan perniagaan PKS Malaysia, SME Bank menjadi pelengkap kepada pelbagai produk dan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank-bank perdagangan. Peranan utamanya adalah untuk menyumbang secara aktif terhadap pertumbuhan komuniti usahawan yang lebih cergas di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.smebank.com.my.

Nota untuk Pengarang:

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad adalah nama berdaftar bagi SME Bank. Bank ini hendaklah dirujuk sebagai SME Bank, tidak mengira bahasa perantara yang digunakan.
[print-me title="Cetak" target="#news52"]

CGC DAN SME BANK TAWAR KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BERNILAI RM30 JUTA UNTUK USAHAWAN PKS

[caption id="attachment_10149" align="aligncenter" width="300"]Dari kiri:  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Azhar Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus selepas acara memeterai kolaborasi perjanjian PG baru-baru ini. Dari kiri: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Azhar Wan Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus selepas acara memeterai kolaborasi perjanjian PG baru-baru ini.[/caption]

Kuala Lumpur, 15 September – SME Bank hari ini menandatangani Perjanjian Jaminan Portfolio (PG) dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) untuk menawarkan kemudahan pembiayaan bernilai RM30 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya maju.

Kemudahan jaminan ini merupakan kali pertama dilaksanakan oleh CGC dengan sebuah institusi kewangan pembangunan di negara ini yang direka khas untuk memudahkan usahawan PKS kerana ia menawarkan kos pembiayaan yang rendah dan jangkamasa pusingan balik yang lebih cepat dari segi kelulusan dan pengeluaran pembiayaan.

Portfolio bernilai RM30 juta ini dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 200 usahawan PKS dalam tempoh setahun melalui kemudahan pembiayaan bernilai antara RM100,000.00 hingga RM500,000.00. Tujuan pembiayaan ini adalah untuk menyediakan kemudahan modal kerja yang diperlukan untuk menguruskan aliran kewangan serta memajukan lagi perniagaan sedia ada pada kadar tetap di antara 5% - 7% setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata PG yang telah dilancarkan pada tahun 2009 dan telah mendapat pengiktirafan ini telah terbukti berjaya membantu memenuhi keperluan pembiayaan serta meningkatkan jumlah jangkauan PKS.

"Di bawah kelulusan PG untuk pembiayaan, kriteria kelayakan telah dipersetujui terlebih dahulu.  Ini menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan kualiti aset portfolio tersebut. Berdasarkan persetujuan awal ini, ia membolehkan peminjam mendapat kos pembiayaan yang lebih rendah kerana PG mempunyai kos transaksi yang lebih rendah. "

“Dengan adanya kemudahan PG ini, proses kelulusan dan pembiayaan untuk usahawan PKS akan menjadi lebih pantas. PG yang ditawarkan oleh CGC mempunyai sistem yang menyediakan kelulusan dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran yang dilaksanakan oleh bank. Pihak CGC sedang berusaha untuk memendekkan lagi tempoh pemprosesan kepada satu (1) hari bekerja.” katanya lagi, buat masa sekarang, kadar kelulusan pembiayaan di bawah PG adalah hampir 100%.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata kerjasama ini akan memudahkan usahawan PKS untuk mendapat akses kepada kredit dengan membantu mereka mengukuhkan keupayaan kredit dan rekod prestasi perniagaan yang baik serta membantu pelanggan baharu untuk memperoleh bantuan kewangan  yang diperlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Kolaborasi bersama CGC juga akan membantu SME Bank meningkatkan pengurusan risiko kreditnya melalui perkongsian risiko dan memberi pandangan menyeluruh terhadap kesediaan bakal pelanggan dalam membayar balik pinjaman” katanya.

Perjanjian PG ini memperkukuhkan lagi komitmen dan kerjasama kedua-dua pihak dalam menyokong ke arah pembangunan PKS di negara ini bukan sahaja dari segi meningkatkan akses pembiayaan tetapi juga dari segi kos pembiayaan.

Sehingga kini, CGC telah meluluskan pembiayaan bernilai hampir RM1.5 bilion kepada lebih 4,000 usahawan PKS.  CGC mensasarkan untuk mendapatkan jaminan yang baru sekurang-kurangnya bernilai RM700 juta di bawah perjanjian PG pada tahun 2014.

SME Bank merupakan institusi kewangan kelapan memeterai perjanjian PG selepas Maybank, Standard Chartered Bank, OCBC, RHB, Public Bank Berhad, Alliance Bank dan SC Saadiq.

 

Mengenai CGC

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Pemegang saham semasa adalah Bank Negara Malaysia (pemegang saham utama) dan bank-bank komersial. Fokus perniagaan teras CGC adalah untuk membantu PKS, terutamanya mereka yang tanpa atau kekurangaan cagaran dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dengan memberikan perlindungan jaminan ke atas pembiayaan tersebut. Sejak penubuhannya, CGC telah secara kumulatif menjamin lebih daripada 420,000 pinjaman bernilai hampir RM52.9 bilion.

Kini, rancangan CGC untuk mencapai agenda pengukuhan kewangannya berjalan dengan lancar seperti yang termaktub dalam pelan transformasi bisnesnya. Sejak empat tahun kebelakangan ini, CGC telah mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya dari RM15.6 juta pada 2010 kepada RM121.1 juta pada tahun 2013.

CGC, atau lebih dikenali sebagai ‘firma kredit bagi usahawan kecil’ pada awal penubuhannya lebih menumpukan usaha dalam membantu usahawan kecil dalam bidang pertanian, komersil dan sektor industri. Seiring dengan perkembangan ekonomi Malaysia, pemintaan bagi servis jaminan CGC juga turut berkembang. Produk dan servisnya juga telah diperluaskan bagi memenuhi keperluan kemudahan kredit yang lebih besar daripada PKS berskala sederhana.

Sokongan CGC kepada PKS tidak hanya bertumpu kepada jaminan pinjaman dan kemudahan pembiayaan, tetapi juga perkhidmatan informasi kredit dan penarafan kredit melalui anak syarikatnya Biro Kredit Malaysia. Melalui Biro, CGC membantu PKS bagi mewujudkan sejarah dan rekod prestasi kredit bagi meningkatkan kredibiliti dan ‘bankabiliti’ mereka untuk mendapatkan pembiayaan secara merit dan pada kos yang berpatutan.

Pembiayaan lain yang diuruskan oleh CGC termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM3.5 bilion dan RM300 juta. Setakat ini, CGC telah menguruskan sebanyak 43 skim jaminan termasuk 16 skim pembiayaan kerajaan.

Kini, 15 bank Islam, 17 bank komersil dan tujuh (7) institusi pembangunan kewangan telah turut serta dalam skim jaminan kredit CGC yang membolehkan pelanggan mendapat akses kepada pembiayaan melalui lebih daripada 2,000 cawangan mereka diseluruh negara.

 PKS yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai CGC boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-7880-0088 atau layari laman sesawang di www.cgc.com.my.

 Mengenai SME Bank

SME Bank memulakan operasinya pada 3 Oktober 2005 sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (DFI). Ianya diberi mandat khusus oleh Kerajaan untuk membimbing dan membangunkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sebagai sebuah bank yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pertumbuhan perniagaan PKS Malaysia, SME Bank menjadi pelengkap kepada pelbagai produk dan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank-bank perdagangan. Peranan utamanya adalah untuk menyumbang secara aktif terhadap pertumbuhan komuniti usahawan yang lebih cergas di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari:  www.smebank.com.my.

 Nota untuk Pengarang:

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad adalah nama berdaftar bagi SME Bank. Bank ini hendaklah dirujuk sebagai SME Bank, tidak mengira bahasa perantara yang digunakan.
[print-me title="Cetak" target="#news53"]

Jessica Chew Cheng Lian dilantik ahli lembaga pengarah CGC

PETALING JAYA, Ogos 16 –  Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Puan Jessica Chew Cheng Lian sebagai pengarah bukan eksekutifnya, berkuatkuasa hari ini.

Jessica Chew membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan.Kini, beliau merupakan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan bertanggungjawab bagi dasar pembangunan di sektor perbankan dan insurans dengan tumpuan pada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, pembangunan kewangan dan pembangunan bakat. Beliau juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran dan pengawalan serta pengawasan perniagaan perkhidmatan kewangan. Pengalaman beliau turut termasuk pengauditan syarikat insurans, pembentukan dasar berhemat dan perilaku pasaran bagi bank dan syarikat insurans, serta pengawasan makrokewangan.

Jessica Chew kini memegang jawatan penasihat Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pengerusi Badan Akreditasi Kewangan (Malaysia) mewakili BNM.

Jessica Chew memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan daripada University of Melbourne, Australia. Beliau juga merupakan Ahli Bersekutu CPA Australia.