[print-me title="Cetak" target="#middle_content"]

NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis Di Bawah Sekyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) kepada Pelanggan
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Pelanggan Yang Dihormati dan Pihak Yang Berkenaan,

Pihak kerajaan Malaysia telah mewartakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) yang berkuatkuasa pada 15 November 2013 dengan tujuan untuk mengawal selia pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan data peribadi. Ia bukan bertujuan untuk menghalang penggunaan maklumat yang sah tetapi ia adalah usaha untuk mengawal pemprosesan data peribadi dan untuk melindungi hak-hak individu.

  1. Data peribadi anda sebagai individu boleh juga mengandungi maklumat berikut;

    1. – data peribadi pengarah, pemegang saham, pengurus dan pegawai anda (jika anda adalah syarikat);
    2. – data peribadi rakan kongsi, pengurus dan pegawai anda (jika anda adalah firma perkongsian);
    3. – data peribadi pemegang jawatan anda (jika anda adalah persatuan, kelab atau badan yang tidak ditubuhkan); dan
    4. – jika berkaitan, data peribadi setiap penjamin individu atau pihak ketiga yang menyediakan sekuriti untuk kemudahan yang diberikan kepada anda dan pemohon/ peminjam bersama anda.
    5. (secara kolektif dirujuk sebagai “Individu”).
    6. Pemprosesan data diatas kini dikawal selia oleh APDP.
  2. Oleh yang demikian, Polisi Privasi kami, yang dipaparkan dalam laman sesawang dan juga boleh atas permintaan didapati di semua cawangan kami, memberitahu individu akan hak-hak mereka di bawah APDP, termasuk tindakan yang boleh diambil untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan kesannya. Secara khususnya, Polisi Privasi kami memaklumkan individu perkara-perkara berikut:-

    1. Bahawa CGC memproses data peribadi individu dan memberi butir-butir data peribadi anda tersebut;
    2. Tujuan data peribadi anda dikumpulkan dan diproses selanjutnya;
    3. Sebarang maklumat yang boleh didapati oleh CGC sebagai sumber data peribadi anda;
    4. Hak anda untuk mendapatkan akses dan permohonan mengemaskini data peribadi anda;
    5. Pihak-pihak ketiga yang mana CGC boleh mendedahkan data peribadi anda;
    6. Pilihan dan kaedah yang ditawarkan oleh CGC kepada anda untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda;
    7. Sama ada ianya wajib atau sukarela untuk anda memberikan data peribadi, dan jika ia adalah wajib, kesan-kesannya jika data peribadi tersebut tidak diberikan oleh anda;
    8. Cara untuk mengemaskini data peribadi anda sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan; dan
    9. Cara untuk menghubungi CGC jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau memberi maklum balas.

Sila berikan salinan notis ini kepada pihak lain yang berkaitan.

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-7880-0088 atau e-mel csc@cgc.com.my sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

Terima kasih.

Yang benar,
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16, Bangunan CGC, Kelana Business Centre
No. 97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7806 2300
Faks : 03-7803 0077

Dokumen ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.