Jessica Chew Cheng Lian

Pengarah Bukan Eksekutif

Jessica Chew Cheng Lian telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah CGC pada 16 Ogos 2017.

 Jessica Chew memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dengan pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan daripada University of Melbourne, Australia. Beliau juga merupakan Ahli Bersekutu CPA Australia.

 Jessica Chew membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan. Kini, beliau merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengawalseliaan sektor kewangan, termasuk system pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan kongsi berpusat BNM.

 Beliau kini memegang jawatan penasihat Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pengerusi Badan Akreditasi Kewangan (Malaysia) mewakili BNM.

Close

Choong Tuck Oon

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Choong Tuck Oon adalah Pengarah Bukan Eksekutif CGC. Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 20 Januari 2017.

Choong memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kelas Pertama) dalam bidang Matematik dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Sains dalam Aplikasi Komputer dari Asian Institute of Technology dan Diploma Eksekutif dalam bidang Pengurusan (dengan Kepujian) dari Singapore Management University.

Choong berkepakaran dalam bidang teknologi, strategi dan transformasi bagi industri perbankan dan insurans. Beliau juga terlibat secara aktif dalam pembaharuan ekosistem digital di ASEAN di mana beliau sering diminta untuk memberi khidmat nasihat dalam perlaksanaan program digital dan FinTech.

Choong berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) dalam Forum Lembaga Persatuan Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan (FIDE) Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Koperasi Insurans Pendapatan Singapura dan Star Media Group Bhd.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bersama Lembaga RHB Bank, RHB Islamic Bank, RHB Indochina Bank, RHB Indochina Securities dan RHB Private Equity.

Choong sebelum ini berkhidmat bersama Accenture selama 24 tahun, di mana beliau bersara sebagai Rakan Kongsi Kanan Perkhidmatan Kewangan Asia Pasifik. Beliau pernah mengetuai inisiatif strategik dengan lebih daripada 20 bank-bank tempatan dan global serta syarikat insurans di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Hong Kong dan Taiwan termasuk projek pembayaran kebangsaan di Malaysia dan Singapura. Choong memulakan kerjayanya bersama Petronas selama lebih daripada tujuh (7) tahun di mana beliau memegang jawatan eksekutif dalam kepelbagaian fungsi huluan dan hiliran.

 

Close

Dato’ Agil Natt

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Agil Natt telah dilantik menjadi Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif CGC pada 18 Jun 2013.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi (Kepujian) dari Brunel University dan Sarjana Sains Kewangan dari Cass Business School, London. Beliau juga telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan (AMP 163) di Harvard Business School.

Dato’ Agil Natt kini berkhidmat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif bagi Affin Bank Berhad, Manulife Insurance Berhad dan Manulife Asset Management Services Berhad. Selain itu, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif di Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak dan ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Dato’ Agil Natt mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan korporat dan pelaburan serta pembiayaan korporat dan pembiayaan Islam. Beliau memulakan kerjaya di Bumiputera Merchant Bankers Berhad sebagai Pengurus Kewangan Korporat pada tahun 1977. Beliau juga memegang beberapa jawatan kanan di Malayan Banking Berhad, termasuk jawatan Pengurus Besar Kanan, Perbankan Korporat (1995 -Oktober 2000) dan Pengarah Eksekutif/ Timbalan Presiden (September 2004 – Jun 2006). Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Aseambankers Malaysia Berhad) dari November 2000 – Ogos 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perwakilan Serantau Kleinwort Benson Ltd. dan Pengurus Besar Kanan, Island & Peninsular Berhad. Dato’ Agil Natt juga adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) untuk Universiti Global Kewangan bagi Kewangan Islam dari Bank Negara Malaysia.

Close

Faisal Ismail

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Faisal bin Ismail adalah Pengarah Bukan Eksekutif CGC. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah CGC pada 1 Disember 2019.

Beliau adalah ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants di England & Wales dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA). Faisal juga memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif J.P. Morgan Chase Bank Berhad sejak tahun 2011.

Encik Faisal mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman kerja dan pendedahan di peringkat antarabangsa dalam lembaga pengarah dan pengurusanatasan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan, korporat, kewangan, perancangan cukai, perundingan, transformasi dan sumber manusia. Pengalaman beliau meliputi pelbagai industri termasuk perhotelan, pelaburan & pembangunan hartanah, penjagaan kesihatan, pembinaan & pembaikan kapal, perbankan, tenaga dan pendidikan. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Landmarks Berhad, Pengarah Eksekutif di Binafikir Sdn. Bhd., Pengarah bahagian Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad dan juga Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Holdings Berhad.

Close

Saleha M. Ramly

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Saleha M. Ramly adalah Pengarah Bukan Eksekutif CGC. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah CGC pada 1 Disember 2019.

Saleha memperolehi ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) dari Universiti Malaya pada tahun 1977 dan ljazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) dari University of London, United Kingdom pada tahun 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan berkhidmat selama 8 tahun. Selepas melangkah ke sektor swasta, beliau memegang pelbagai jawatan dalam bahagian undang-undang dan / atau kesetiausahaan di beberapa syarikat. Antaranya merupakan syarikat milik kerajaan dan syarikat tersenarai awam seperti Sime UEP Properties Berhad, Sime Darby Berhad, Landmarks Berhad dan Country Heights Holdings Berhad. Setelah bersara pada tahun 2007, beliau meneruskan khidmatnya di Scomi Group Berhad, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan kumpulan syarikat ACR Capital Holdings Pte Ltd di Malaysia dan Singapura sehingga 2018.

Saleha membawa lebih 30 tahun pengalaman luas dalam bidang undang-undang korporat dan kesetiausahaan syarikat. Kepakaran beliau termasuk merangka dasar tadbir urus korporat dan dokumen undang-undang di samping melatih kakitangan syarikat mengenai hal ehwal tadbir urus dan undang-undang.

Close

Dato’ Mohammed Hussein

Pengerusi

Dato’ Mohammed Hussein pernah berkhidmat dengan Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank) selama 31 tahun dan menjawat pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Perbankan Korporat, Ketua Perbankan Komersial, Ketua Operasi Malaysia, Pengarah Urusan Aseambankers Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai Maybank Investment Bank Berhad) dan Pengarah Eksekutif (Kumpulan Perniagaan). Sebelum bersara pada 30 Januari 2008, beliau adalah Timbalan Presiden/Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank. Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Maybank dari April 2008 hingga September 2008.

Pada masa ini, Dato’ Mohammed Hussein adalah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Hap Seng Plantations Holdings Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Beliau juga adalah Presiden Pesuruhjaya PT Syarikat Takaful Indonesia dan Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) yang ditaja oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan resolusi dan penyusunan semula hutang korporat.

Sebelum ini, beliau adalah Pengerusi Gamuda Berhad dari 2013 hingga 2022, Danajamin Nasional Berhad dari 2013 hingga 2018 dan Quill Capita Management Sdn Bhd dari 2008 hingga 2015. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Bank of America Malaysia Berhad, Tasek Corporation Berhad, CapitaLand Malls Malaysia Berhad, Hap Seng Consolidated Berhad, PNB Commercial Sdn Bhd dan B2B Finpal Sdn Bhd.

Close

Anthony Lim Choon Eng

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Anthony Lim Choon Eng mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan utama Perbankan Korporat dan Pelaburan, Perbendaharaan dan Pengurusan Risiko.

Beliau adalah pengarah bebas Bank of America Malaysia Berhad sejak Oktober 2021. Anthony Lim ialah ahli Panel Pelaburan untuk dana Pencen Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”). Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Bebas Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad (SMBC) dari tahun 2011 hingga 2015 dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bank yang sama dari tahun 2015 hingga 2020. Anthony Lim juga pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan pengurusan kanan dengan kumpulan syarikat Maybank dari 1995 hingga 2009 dan pernah bertugas di St. George Bank Limited dan ANZ Bank Limited di Sydney.

Close

Suhaimi Ali

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Suhaimi Ali telah menyertai CGC sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 28 April 2022.

Beliau juga bertugas sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), yang bertanggungjawab untuk Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan. Beliau telah berkhidmat dengan BNM selama 24 tahun dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan IT, serta di Pejabat Gabenor.

Suhaimi Ali adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan BNM, Jawatankuasa Risiko Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Krisis, Jawatankuasa Digital dan Teknologi, Jawatankuasa Pembangunan Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, Jawatankuasa Dasar Bersama dan Jawatankuasa Pengurusan Rizab. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk Tabung Amanah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF).

Suhaimi menyertai BNM pada 1998 selepas menamatkan pengajian dengan ijazah dalam Perakaunan dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat.

Close

Kellee Kam Chee Khiong

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Kellee Kam telah menyertai CGC sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 16 Oktober 2023.

Kellee Kam ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Malaysia Berhad dan telah dilantik ke jawatan itu pada 1 September 2022. Sebelum itu, pada Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas di Bank of America Malaysia Berhad (“BAMB”) dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi BAMB pada Jun 2021.

Dengan pengalaman lebih dari 24 tahun dalam sektor perbankan, Kellee Kam pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital Berhad di antara tahun 2011 sehingga 2015. Dalam kapasiti ini, beliau menerajui bahagian operasi kumpulan perbankan dalam sektor Perniagaan Perbankan, Perbankan Pelaburan, Perbankan Islam, Pengurusan Aset, dan Insurans. Sebelum menerajui peranan tersebut, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan RHB Capital Berhad yang bertanggungjawab terhadap Kewangan dan Perakaunan Kumpulan, Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Kewangan Korporat, Penggabungan dan Perusahaan (M&A), Hubungan Pelabur, dan Strategi bagi Kumpulan RHB Capital serta anak syarikatnya.

Kellee Kam memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Manchester Metropolitan, United Kingdom, Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Richmond, The American International University di London, dan Sarjana Seni dalam Dunia Perniagaan Asia Tenggara dari Universiti of London, United Kingdom.

Close
Dato' Mohammed Haji Che Hussein
Independent Non-Executive Chairman
Choong Tuck Oon
Non-Executive Director
Faisal Ismail
Non-Executive Director
Saleha M. Ramly
Non-Executive Director
Anthony Lim Choon Eng
Independent Non-Executive Director
Suhaimi Ali
Non-Independent Non-Executive Director
Kellee Kam Chee Khiong
Independent Non-Executive Director

Terms of Reference of the Board of Directors

The Board of Directors of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad is guided by their Terms of Reference.   Download
Reserved Matters, all strategic decisions and investments decisions are made at the Board of Directors Meetings after due processes, discussions and deliberations.


Terms of Reference of the Board Oversight Committees

The following Board Oversight Committees are established to assist the Board of Directors of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad in carrying out its responsibilities:-

1. Board Audit Committee; Download
2. Board Risk Management Committee; Download
3. Board Investment Committee; Download
4. Board Nomination and Remuneration Committee; Download