[print-me title="Cetak" target=".qa-faqs"]

Expand allClose all

1. Apakah Peranan CGC?

Peranan CGC adalah sebagai peneraju penyedia jaminan kredit kepada PKS di negara ini untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi atau tidak mempunyai cagaran atau rekod pretasi untuk memperoleh akses kredit, di samping melengkapkan usaha Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan sektor perniagaan yang penting bagi menjana ekonomi.

2. Bagaimanakah CGC dapat membantu PKS?

  • CGC membantu PKS dengan menyediakan lindungan jaminan bagi mereka yang hanya mempunyai sedikit perlindungan serta kemudahan kredit yang tidak dilindungi bernilai sehingga RM10 juta.
  • Pelbagai skim jaminan CGC dirangka bagi membantu PKS untuk memperoleh pembiayaan sehingga mencukupi jumlah yang diperlukan.

3. Apakah keistimewaan Skim Jaminan CGC?

  • Apabila anda memohon pinjaman atau sebarang kemudahan kredit lain yang dilindungi CGC, institusi pemberi pinjaman akan institusi yang memberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, dan kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan pinjaman berjamin CGC atau kemudahan kredit yang diperlukan. Anda tidak perlu membuat perrmohonan yang berasingan.
  • Jaminan CGC menyediakan keyakinan kepada institusi pemberi pinjaman, dan membolehkan anda mendapatkan pembiayaan berdasarkan daya maju perniagaan anda dan memaksimumkan nilai cagaran yang ditawarkan, jika ada.
  • CGC sentiasa peka mengenai trend dan perubahan dalam perniagaan dengan memenuhi keperluan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, apabila diperlukan.

4. Bagaimanakah saya boleh melayakkan diri untuk mendapat Pinjaman Berjamin CGC?

Anda layak sekiranya anda ialah warganegara Malaysia atau merupakan sebuah syarikat yang di bawah kawalan pemastautin

  • yang menjalankan perniagaan berdaftar atau berlesen di Malaysia
  • memperoleh pulang balik jualan tahunan atau pinjaman perniagaan sedia ada yang memenuhi keperluan skim tersebut.

5. Berapakah skim jaminan yang tersedia melalui CGC?

CGC kini menawarkan 12 jenis skim jaminan yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Untuk mengenal pasti skim yang manakah yang layak dimohon, serta memenuhi keperluan anda, sila layari menu Produk & Perkhidmatan. Di menu ini, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai skim pilihan anda.

6. Bagaimanakah cara memohon kemudahan CGC?

  • Anda boleh mengunjungi cawangan CGC yang berhampiran untuk menyerahkan permohonan BizMaju, Tabung Projek Usahawan Bumiputera Dana–i (TPUB-i) dan Skim Jaminan Laluan Terus Start-up (DAGS Start Up) sahaja.
  • Bagi kemudahan kredit lain yang dilindungi oleh CGC, institusi yang memberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, dan kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan lindungan jaminan CGC yang diperlukan. Anda tidak perlu membuat perrmohonan yang berasingan.
  • Buat masa ini, CGC mempunyai 16 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, CGC diwakili oleh kesemua bank komersial melalui rangkaian lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara. Oleh itu, bantuan CGC sentiasa tersedia berhampiran anda.
  • CGC tidak melantik mana-mana pihak / agen bagi pihaknya dalam membantu PKS untuk mendapatkan pembiayaan. Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di talian 03-7880 0088 atau cawangan kami yang berhampiran anda untuk bantuan dan maklumat lanjut.

7. Adakah CGC mengenakan caj pemprosesan untuk permohonan Skim Jaminan, Skim Pembiayaan Terus dan Skim Pembiayaan Kerajaan?

  1. Caj pemprosesan sebanyak RM300.00 (tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) dikenakan untuk permohonan yang diluluskan bagi TIGA (3) Skim  Jaminan berikut:
    1. BizMaju (dahulu dikenali sebagai “Enhancer Excel” dan “Enhancer Direct” );
    2. BizSME; dan
    3. Skim Jaminan Laluan Terus.

    Caj pembaharuan (tahunan) berjumlah RM150.00 (tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) turut dikenakan untuk TIGA (3) Skim Jaminan di atas.

  2. TIADA sebarang caj pemprosesan dan yuran pembaharuan (tahunan) dikenakan untuk Skim Jaminan lain (selain daripada TIGA (3) Skim Jaminan yang tertera di atas), Skim Pembiayaan Terus dan Skim Pembiayaan Kerajaan.

8. Apakah perbezaan di antara CGC dengan Institusi Kewangan?

  • CGC ialah sebuah institusi jaminan kredit dan bukan pemberi pinjaman.
  • Peranan CGC adalah sebagai pemberi jaminan kredit untuk meningkatkan daya maju kredit peminjam untuk memudahkan beliau diterima oleh pihak bank.
  • Institusi kewangan memberikan pinjaman dan mengagihkan dana kepada peminjam.

9. Apakah jenis perniagaan yang layak memohon perlindungan jaminan daripada CGC?

Semua perniagaan yang berdaftar layak untuk memohon perlindungan jaminan. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut akan dinilai berdasarkan daya maju perniagaan anda.

10. Saya telah menjalankan perniagaan kurang daripada setahun. Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perniagaan di bawah skim CGC?

Ya. Anda boleh menghantar permohonan anda berserta dokumen yang diperlukan seperti pelan perniagaan yang sesuai dan unjuran aliran tunai yang realistik kepada institusi kewangan dan CGC. Walau bagaimanapun, keputusan akhir adalah bergantung pada keupayaan memenuhi keperluan institusi kewangan/CGC.

11. Bolehkah saya memohon pinjaman untuk membeli harta bertanah, kenderaan atau membeli sebuah syarikat (pengambilalihan syarikat)?

Tidak. Jaminan CGC hanyalah untuk tujuan modal kerja dan perolehan aset, yang meliputi pembelian mesin untuk tujuan perniagaan sahaja.

12. Institusi kewangan yang manakah menyertai skim jaminan CGC?

Semua bank Islam dan konvensional serta institusi pinjaman pembangunan menyertai skim-skim jaminan kami.

13. Saya telah cuba mendekati beberapa institusi kewangan, tetapi mereka enggan melayani permohonan pinjaman CGC.

Institusi kewangan berhak untuk memilih sama ada melayani atau tidak permohonan anda sekiranya mereka merasakan perniagaan anda tidak berdaya maju, tidak memiliki dokumen yang mencukupi atau gagal memenuhi keperluan dalaman mereka.

14. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menyerahkan permohonan jaminan pinjaman?

Bagi permohonan yang diserahkan melalui cawangan CGC, sila rujuk senarai semak dokumen yang tersedia di semua cawangan CGC dan Pusat Khidmat Pelanggan. Anda juga boleh memuat turun senarai semak tersebut dari laman web CGC. Bagi permohonan yang diserahkan melalui institusi kewangan, anda bolehlah merujuk kepada institusi kewangan di mana pinjaman itu hendak/akan diserahkan untuk mendapatkan senarai semak tersebut.

15. Sekiranya saya tidak dapat menyediakan semua dokumen yang diperlukan, adakah CGC akan menolak permohonan saya?

Sekiranya dokumen tidak lengkap, CGC tidak akan dapat meneruskan pemprosesan permohonan anda disebabkan kekurangan maklumat. Oleh itu, CGC akan mengembalikan permohonan anda dan anda boleh memohon semula apabila dokumen yang diperlukan telah mencukupi.

16. Apakah sebab lazim bagi permohonan jaminan ditolak oleh CGC?

Secara umumnya, permohonan ditolak kerana peminjam gagal memenuhi kriteria pemarkahan kredit dalaman dan mempunyai rekod prestasi yang kurang baik.

17. Sekiranya saya mempunyai satu pinjaman belum bayar di bawah skim CGC, adakah saya layak untuk memohon satu lagi jaminan dengan Institusi Kewangan lain?

  • Ya, selagi anda memenuhi kriteria kelayakan dan anda telah menggunakan sepenuhnya jumlah had pendedahan yang telah ditetapkan oleh CGC.
  • Peminjam hendaklah memenuhi kriteria kelayakan sekiranya pinjaman belum bayar di bawah skim CGC adalah tidak melebihi 3 pinjaman belum bayar yang berasingan daripada institusi kewangan yang berbeza (tidak termasuk skim yang dijamin oleh kerajaan).

18. Sebelum ini, saya telah membuat pinjaman di bawah skim CGC yang telah dilunaskan sepenuhnya. Adakah saya layak untuk memohon pinjaman lain dan bagaimanakah caranya?

  • Ya, anda boleh memohon satu lagi kemudahan jaminan melalui saluran berikut:

Bagi penyerahan borang permohonan melalui cawangan CGC, anda boleh mengunjungi cawangan yang berhampiran atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan di ibu pejabat CGC.

  • Bagi penyerahan borang permohonan melalui institusi kewangan

anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan institusi kewangan yang berhampiran untuk mendapatkan kemudahan kredit dan perlindungan jaminan di bawah skim CGC yang bersesuaian.

19. Apakah prosedur untuk memohon tambahan had kemudahan sedia ada?

  • Bagi permohonan yang diserahkan melalui cawangan CGC, sila rujuk kepada cawangan CGC di mana anda memperolehi kemudahan sedia ada.
  • Bagi permohonan yang dihantar melalui institusi kewangan, sila rujuk kepada cawangan institusi kewangan di mana anda memperolehi kemudahan sedia ada.

20. Bolehkah saya melanjutkan tempoh pinjaman di bawah skim jaminan CGC?

Ya, anda boleh menyerahkan borang permohonan melalui institusi kewangan kepada cawangan CGC untuk pemprosesan selanjutnya.

21. Bagaimanakah cara menggunakan kalkulator pinjaman untuk menghitung bayaran bulanan pinjaman saya atau jadual pembayaran saya?

Kalkulator pembayaran balik ini akan memberikan anda anggaran bayaran bulanan atau jadual pembayaran sekiranya anda berminat untuk mendapatlan pinjaman. Untuk menggunakan kalkulator pinjaman ini, anda memerlukan maklumat yang berikut:

  • Jumlah Pinjaman:
    Ini ialah kadar faedah semasa yang dipersetujui oleh pihak bank untuk diberikan kepada anda semasa tempoh pinjaman.
  • Kadar Faedah Bulanan: This is the current interest rate that the bank has agreed to give you for the duration of the loan.
  • Tempoh pinjaman dalam bulan: Ini ialah tempoh pinjaman – dari masa pinjaman diberikan sehingga pelunasannya.
  • Jadual Pembayaran balik: Sekiranya anda ingin melihat jadual pembayaran balik sepenuhnya (Pelunasan), sila klik “Ya”. Ia akan memberikan bayaran bulanan bagi tempoh pinjaman, dan menunjukkan baki prinsipal/faedah pada penghujung setiap bulan. Sekiranya anda klik “Tidak”, anda hanya dapat melihat jumlah bayaran bulanan sahaja. Klik “Hitung” untuk melihat maklumat yang anda perlukan.