[print-me title="Cetak" target=".overviewt"]

Tinjauan

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Ianya 78.65% dimiliki oleh Bank Negara Malaysia dan 21.35% oleh bank-bank komersial di Malaysia. CGC ditubuhkan untuk membantu PKS yang tidak mempunyai cagaran atau rekod yang tidak mencukupi untuk mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. CGC telah memanfaatkan lebih daripada 533,000 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih dari RM95 bilion sejak penubuhannya.

Di samping itu, CGC juga menyediakan perkhidmatan kredit dan perkhidmatan penarafan kredit melalui anak syarikatnya Credit Bureau Malaysia. Credit Bureau Malaysia membolehkan CGC membantu PKS membina sejarah kredit dan rekod prestasi untuk meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan mereka. Dengan ini, PKS akan dapat memperoleh pembiayaan berdasarkan merit mereka sendiri dan pada kos yang munasabah.

Pada 9 Februari 2018, CGC memperkenalkan imSME, sebuah platfom rujukan pembiayaan / pinjaman PKS atas talian yang pertama di Malaysia. Sejak penubuhannya sehingga 31 Januari 2024, portal imSME telah menerima lebih daripada 2.6 million kunjungan dan lebih daripada 79,500 PKS berdaftar.

MyKNP dilancarkan bersama Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada 21 Ogos 2019. Di CGC, MyKNP yang membawa maksud Khidmat Nasihat Pembiayaan, membantu PKS dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Platform ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada PKS bagi membantu meningkatkan kelayakan mereka dalam mendapatkan pembiayaan dan pada masa yang sama, memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan PKS.

CGC juga menguruskan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i). Sehingga kini, CGC menguruskan sejumlah 45 skim jaminan dan pembiayaan termasuk 16 skim yang disokong kerajaan. Pada masa ini, dua belas (12) Bank Perdagangan, empat belas (14) Bank Islam, dan lapan (8) Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) mengambil bahagian dalam skim jaminan CGC dalam menyediakan pembiayaan kepada pelanggan menerusi rangkaian lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara.

Institusi

Bilangan saham biasa yang diterbitkan dan dibayar sepenuhnya

% Pegangan Saham

Bank Negara Malaysia

1,247,096,400

78.65%

Lain-lain

338,504,000

21.35%

Jumlah

1,585,600,000

100.00%

Warta Kerajaan Persekutuan :

Visi

Untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya saing dan dinamik.

Misi

Membantu perusahaan kecil dan sederhana dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif dengan tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan yang tinggi.

Saluran Penghantaran