Ucapan

Ucapan oleh Dato’ Mohammed Hussein Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) di CGC100 Fast Track Programme Kick-Off 4/10/2022 Ucapan oleh Rahim Raduan Ketua Pegawai Korporat CGC di cProgram Tanggungjawab Korporat CGC - Krismas 13/12/2019 Ucapan oleh Rahim Raduan Ketua Pegawai Korporat Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Program Tanggungjawab Koporat CGC 8/11/2019 Ucapan oleh Ybhg. Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (Cgc) di Program Amal ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ SK Jeram, Kapar, Klang 1/11/2019 Ucapan oleh Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Bengkel Akses Pemasaran Bersempena dengan Majlis Perasmian Program Halal Malaysia Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah 20/8/2019 Ucapan oleh Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Hari Keluarga CGC 2019 - FRIM Kepong 3/8/2019 Ucapan oleh Dato' Agil Natt Pengerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Majlis Makan Malam Bersama PKS - Hyatt Regency Resort Kuantan, Pahang 27/7/2019 Ucapan oleh Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif CGC di Program Amal 'Jom Kembali ke Sekolah' Bersama Pelajar - pelajar SK Parit 4, Sungai Besar, Selangor 17/12/2018 Ucapan oleh Muhamad Fazuli B. Safar Ketua Cawangan Johor Bahru Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Program ‘Gaining Market Access’ Workshop - Holiday Villa, Johor Bahru, Johor 30/10/2018 Ucapan oleh Ybhg. Dato' Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di CGC and Taiwan SMEG MoU Signing Ceremony 24/1/2018 Ucapan oleh YBHG. DATUK MOHD ZAMREE MOHD ISHAK PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF di DI AKTIVITI TANGGUNGJAWAB KORPORAT KEPAD PELAJAR-PELAJAR ORANG ASLI SK SUNGAI DUA, BENTONG, PAHANG 6/12/2017 Ucapan oleh Dato’ Agil Natt Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Majlis Perasmian Stesen LRT CGC- Glenmarie 30/8/2017 Ucapan oleh YB DATO’ LEE CHEE LEONG TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II di Majlis Perasmian Stesen LRT CGC- Glenmarie 30/8/2017 Ucapan oleh Y.Bhg. Dato’ Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di the 19th Top SME Supporter Awards Presentation Ceremony 25/6/2014 Ucapan oleh Y.Bhg. Dato’ Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di the CGC Customer Appreciation Luncheon Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia 23/6/2014 Ucapan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Majlis Penyampaian Anugerah Penyokong PKS Terbaik ke-18 7/5/2013 Ucapan oleh Datuk Wan Azhar Wan Ahmad Pengarah Urusan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Majlis Menandatangani Perjanjian Jaminan Portfolio di antara CGC dan Bank Alliance Berhad 13/3/2013 Ucapan oleh Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di Hari Keluarga CGC 2019 - FRIM Kepong 1/1/1970
[print-me title="Cetak" target="#speech1"]
Ucapan oleh
Dato’ Mohammed Hussein Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) at CGC100 Fast Track Programme Kick-Off 4/10/2022

Ybhg. Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, CGC


Ybhg. Tuan Supian Bin Mahmood

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kerjasama Hubungan Industri (SPKHI) Kementerian Pendidikan Malaysia


Ybhg. Puan Norzalina Masom

Pengurus Besar, Yayasan PINTAR


Ybhg. Mr Lim Kok Hing

CEO dan Pengarah Eksekutif, iPay88.com


Tetamu-tetamu terhormat,


Peserta-Peserta CGC100


Para hadirin sekalian,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua.

Kami berbesar hati mengalu-alukan anda ke Majlis Perasmian CGC100 Fast Track Programme pada pagi ini di INCEIF yang juga dikenali sebagai The Global University of Islamic Finance.

Untuk makluman semua, di Majlis FI/DFI & PKS ke-26 CGC pada tahun 2020, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menekankan pentingnya kita memupuk semangat keusahawanan pada usia muda. CGC menyahut seruan itu dan menubuhkan CGC100, Program Keusahawanan Belia dengan kerjasama Yayasan PINTAR dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melangkah ke hadapan, ekonomi gig akan menjadi sektor pertumbuhan utama, disertai usahawan muda seperti anda sekalian yang baharu berkembang. Peranan CGC bukan sahaja untuk menyediakan akses pembiayaan tetapi yang lebih penting ialah untuk menerapkan nilai-nilai yang akan membina daya tahan PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi dan perniagaan.


Para hadirin sekalian,


Bak kata seorang sarjana Islam terkenal 1,300 tahun dahulu, “what is learned at a young age will be engraved in stone”.

CGC100 bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan belia dan menggalakkan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Program ini bertujuan mengasah kemahiran keusahawanan dan menyemai nilai teras yang akan membawa kepada daya tahan, seperti:

  • Kejujuran dan Amanah
  • Membina kecekapan
  • Ketabahan & daya tahan
  • Akauntabiliti iaitu tanggungjawab terhadap tindakan sendiri
  • Kerjasama, iaitu keupayaan untuk bekerja dengan sesame pekerja dan pihak luar (managing interdependencies)
  • Kesedaran komuniti iaitu impak baik terhadap masyarakat

Program CGC100 akan memberi penekanan kepada kemahiran baharu (up-skilling), memperkasa kemahiran belia sedia ada (re-skilling), dan menyilangkan anda dengan kemahiran lain (cross-skilling). CGC100 menawarkan 2 trek dalam program ini iaitu Fast Track dengan tempoh 6 bulan, dan Comprehensive Track bagi tempoh 12 bulan.

Program Fast Track yang anda semua akan jalani disasarkan melengkapkan anda dengan beberapa nilai dan kemahiran asas dalam keusahawanan. Strategi CGC100 dirangka untuk memperkasakan anda dengan kemahiran insani dan latihan keusahawanan yang membolehkan anda membina produk dan perkhidmatan untuk tujuan perniagaan.

Aspirasi CGC ialah apabila anda tamat menjalani program Fast track ini, anda akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara mengenal pasti dan menilai dengan lebih baik daya maju peluang-peluang perniagaan serta jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya dan penipuan. Anda juga akan diberi peluang untuk membentangkan daya maju idea anda kepada CGC untuk mendapatkan pembiayaan.


Para hadirin sekalian,


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Mr Lim Kok Hing kerana sudi meluangkan masa untuk bersama CGC dan para peserta program CGC100 dan berkongsi pengalaman serta memberi tip-tip untuk berjaya dalam perniagaan. Sesi perkongsian pengetahuan seperti ini pasti akan memberi manfaat kepada para peserta program ini dengan mendapat ‘first hand knowledge and experience’ daripada usahawan-usahawan berjaya ini.

Akhir kata, saya berharap lebih ramai lagi peserta dari golongan belia akan dapat menjalani Program CGC100 ini supaya usaha ini dapat memberi manfaat kepada kumpulan belia yang lebih besar, terutamanya daripada komuniti B40.

Kepada peserta-peserta CGC100, timbalah ilmu pengetahuan sebanyak yang boleh di sepanjang program ini. Semoga anda semua diberikan pemahaman dan kesedaran yang lebih baik tentang dunia keusahawan daripada tenaga-tenaga pengajar. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum.


[print-me title="Cetak" target="#speech2"]
Ucapan oleh
Rahim Raduan Ketua Pegawai Korporat CGC at cProgram Tanggungjawab Korporat CGC - Krismas 13/12/2019

YM Raja Zuraida Raja Mansur
Presiden, Rakan IJN

Datin Norizan Hussein
Ahli Jawatankuasa, Rakan IJN

Datin Sharifah Fatmah
Isteri Pengerusi CGC, juga ahli Rakan IJN

Barisan Doktor dan Jururawat Yang Bertugas
Para Ibu-Bapa dan Kanak-kanak yang dihormati

Pengurusan Kanan dan Rakan Sekerja dari CGC

Para Hadirin Sekalian
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Petang.

Saya mewakili rakan-rakan sekerja dari Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) amat genbira kerana dapat Krismas bersama anda semua pada hari ini, terutamanya hero-hero kecil kita. Terima kasih kepada Persatuan Rakan IJN Malaysia kerana sudi menggembleng tenaga bersama CGC dalam menganjurkan program ini. Peluang seumpana ini amat bererti kepada CGC kerana kami dapat menyumbang kepada masyarakat terutamanya ketika musim perayaan seperti ini.

Saya dimaklumkan bahawa Rakan IJN meraikan ulang tahun ke-20 mereka tahun ini. Memang padan dengan acara kita pada petang ini. Disamping kita meraikan anak-anak ini, CGC juga bangga dapat bersama Rakan IJN dalam menjayakan misi mereka untuk menolong masyarakat. Saya, secara peribadi kagum dengan dedikasi ahli Rakan IJN yang secara sukarela membantu mereka yang memerlukan. Dengan moto yang bermaksud “We Light Up Your Heart”, Rakan IJN banyak menyumbang membantu para pesakit menjalani proses rawatan dan pemulihan. Aktiviti-aktiviti yang Rakan IJN sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan pesakit dan menjadi pembakar semangat. Syabas Rakan IJN!

Para Hadirin Sekalian,

Kami di CGC menitikberatkan konsep kekeluargaan dan keterangkuman atau inclusion”dalam Bahasa Inggeris. Ianya penting dalam memupuk hubungan erat di kalangan kakitangan kami. Semua lapisan masyarakat berhak mendapat kualiti hidup dan kesihatan yang baik. Selain membantu para pengusaha kecil dan sederhana berkembang maju dengan memberi sokongan pembiayaan perniagaan, CGC juga sentiasa menjalankan akitiviti-aktiviti yang dapat memperbaiki dan menaik taraf kualiti kehidupan masyarakat setempat.

Program Tanggungjawab Korporat ini merupakan salah satu cara kami menyumbang semula kepada masyarakat. CGC amat gembira dapat meraikan perayaan Krismas bersama wira-wira muda IJN pada hari ini. Semangat wira-wira muda ini memberi semangat dan harapan kepada kita. Bagi semua ibu bapa dan penjaga, semangat dan kasih-sayang anda dalam menjaga wira-wira muda ini amat mulia dan tidak ternilai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat diatas kegigihan mereka untuk merawat dan memulihkan anak-anak ini tanpa mengira waktu dan penat.

Kami berharap wira-wira cilik kita dan semua hadirin akan terhibur dengan aktiviti dan jamuan teh yang telah diatur. Kami ada menyediakan sedikit sumbangan untuk Rakan IJN dan juga hadiah untuk anak-anak. CGC juga ada membawa hampir 100 buku-buku cerita untuk mini library di tingkat ini. Bercakap tentang buku, saya ingin menekankan pentingnya tabiat membaca dikalangan semua. Membaca buku meningkatkan pengetahuan dan membantu pembinaan minda. Sekiranya ada masa lapang, galakkan anak-anak kita untuk membaca. Selain menghibur, ianya juga dapat membantu mengalihkan fokus mereka kepada idea-idea baru.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya sudah pun sampai ke penghujung ucapan, sebelum itu, izinkan saya untuk memperkenalkan syarikat kami secara ringkas kepada semua. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) ditubuhkan pada 5 Julai 1972 sebagai penyedia jaminan kredit. Kami adalah anak syarikat Bank Negara untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) mengembangkan perniagaan mereka. Perniagaan utama CGC adalah untuk memberi perkhidmatan dan membantu MSME. Jadi, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menerokai dunia perniagaan dan memerlukan sokongan pembiayaan dan perundingan, anda boleh berhubung dengan kami di CGC.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Raja Zuraida, Datin Norizan dan Datin Sharifah Fatma, serta ahli Rakan IJN di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan kepada CGC dalam melaksanakan program Tanggungjawab Korporat ini.

Saya sudahi ucapan saya dengan Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih.

[print-me title="Cetak" target="#speech3"]
Ucapan oleh
Rahim Raduan Ketua Pegawai Korporat Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Program Tanggungjawab Koporat CGC 8/11/2019

Yang Berusaha,
Puan Rameswary
Pentadbir Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor

Yang Diraikan,
Penjaga, Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor

Anak- anak yang dikasihi

Serta rakan sekerja CGC
Yang Dihormati Sekalian

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurni-Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang nan indah ini bersempena dengan sambutan Hari Deepavali 2019.

Program tanggungjawab korporat ini merupakan salah satu usaha murni kami dalam menyalurkan bantuan dan sokongan kepada golongan kurang bernasib baik, terutamanya semasa musim perayaan.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

CGC ditubuhkan pada 5 Julai 1972 untuk memainkan peranan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara, dengan membantu golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpotensi untuk berdaya maju, dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

Kami di CGC peka dengan isu peningkatan kos sara hidup dan berharap agar sumbangan kami pada hari ini akan sedikit- sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dipikul.

Anak-anak sekalian,

Kami berharap agar majlis kami pada hari ini akan dapat menambahkan keceriaan dan menyerikan lagi perayaan Deepavali kalian. Sila nikmati hiburan yang telah kami sediakan untuk anda.

Sebelum saya mengakhiri ucapan,, sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada Puan Rameswary dan pasukannya kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan acara tanggungjawab korporat ini.

Dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan ‘‘Wabillah Hitaufik Walhidayah’. Wassala’mualaikum wbth.’

Sekian, terima kasih.

[print-me title="Cetak" target="#speech4"]
Ucapan oleh
Ybhg. Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (Cgc) at Program Amal ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ SK Jeram, Kapar, Klang 1/11/2019

Yang Berbahagia En. Abdul Rahman bin Yahya Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha Pn. Hajjah Hasnita Hassan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan, Jeram

Yang Berbahagia Pn. Norziana Md Noor Wakil Yang DiPertua PIBG

Yang Dihormati Pengurusan Kanan & Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Jeram

Ibu–Bapa & para pelajar yang dikasihi
Rakan-rakan sekerja saya dari CGC
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat sejahtera

Para Hadirin Sekalian

Saya rasa gembira dapat bersama semua warga Sekolah Kebangsaan Jeram dan keluarga dalam menjayakan program amal ‘Jom Kembali ke Sekolah’ atau “Back to School anjuran Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad pada pagi ini.

Untuk pengetahuan semua, saban tahun, CGC menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan dalam usaha memberi bantuan serta mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Tahun ini merupakan tahun yang ke-enam program sebegini dianjurkan sejak ianya dilancarkan pada tahun 2014.

Program ‘Jom Kembali ke Sekolah’ CGC menekankan betapa pentingnya pelajaran untuk semua. Pelajar dari semua lapisan masyarakat berhak menerima peluang pendidikan yang sewajarnya. Ilmu pengetahuan yang disalurkan serta pengasahan kemahiran mampu menjadi asas kepada pembentukan jati diri yang teguh dalam mencapai impian kita. Pelajaran mampu mengubah nasib seseorang untuk menyerlah dan berjaya pada masa hadapan. Kami berharap agar sumbangan ikhlas ini akan membantu para pelajar dan ibu bapa untuk membuat persedian yang secukupnya bagi sesi persekolahan yang akan dating tidak lama lagi.

Para Hadirin Sekalian

Adalah menjadi harapan kami agar bantuan persekolahan yang diberikan dapat memberi galakan dan motivasi kepada murid-murid untuk menempuh alam persekolahan di tahun baru dengan semangat yang lebih tinggi untuk berjaya.

Bagi para ibu-bapa pula, saya bangga dengan sikap kalian yang amat menitikberatkan pendidikan anak-anak. Sebagai ibu-bapa, dorongan anda adalah sangat penting di dalam menyuntik semangat untuk lebih Berjaya kepada generasi muda kita ini.

Ramai pelajar dari kawasan luar Bandar menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Kejayaan yang ditunjukkan dari sudut pembangunan intelektual akan menjadi asas kepada pembentukkan peribadi yang cemerlang pada masa hadapan. Para pelajar adalah waris kepada Negara dan mereka perlu diberi galakan untuk menimba ilmu pengetahuan demi kemajuan keluarga, masyarakat dan negara.

Para Hadirin Sekalian

Izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang syarikat kami, CGC. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972, untuk membantu PKS yang tidak mempunyai cagaran atau rekod kredit yang tidak mencukupi dalam mendapatkan pembiayaan dari bank dengan jaminan kredit.CGC adalah anak syarikat Bank Negara Malaysia. CGC telah membantu 350 ribu PKS (1/3 dari PKS Malaysia) dengan memberi jaminan dan pembiayaan lebih dari RM 71 bilion.

Sekiranya ada di kalangan anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan, layarilah laman sesawang imSME untuk mendapatkan maklumat pembiayaan.

Dilancarkan pada Februari tahun lepas, imSME adalah platform rujukan pembiayaan PKS atas talian yang pertama di Malaysia. Fungsi imSME adalah untuk membantu PKS dalam mecari produk pembiayaan yang sesuai dengan peringkat perkembangan perniagaan mereka.

Para Hadirin Sekalian

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Jeram kerana sudi menggembleng tenaga bersama CGC dalam menjayakan program ini. Selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan memulakan musim persekolahan pada tahun 2020.

Saya sudahi ucapan saya dengan ”Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”. Sekian. Terima Kasih.

Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak
Presiden / Ketua Pegawai Korporat

[print-me title="Cetak" target="#speech5"]
Ucapan oleh
Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Bengkel Akses Pemasaran Bersempena dengan Majlis Perasmian Program Halal Malaysia Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah 20/8/2019

Yang Berbahagia, Azhar B. Datuk Hj Matussin
Pembantu, Menteri Perdagangan dan Perindustian Sabah

Yang Berbahagia, Dato’Mahmud Abbas
Pengerusi, Halal Development Corporation

Yang Berbahagia, Datuk Fadilah Baharin
Ketua Pengarah, Jabatan Standards Malaysia

Para Pegawai
Sabah Economic Development and Investment Authority

Serta Tuan- tuan dan Puan – puan
Yang Dihormati Sekalian,

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini untuk sebuah lagi bengkel Akses Pasaran bersempena dengan Majlis Perasmian Program Halal Malaysia 2019 – Sabah.

CGC MERENTASI BATAS JAMINAN

CGC ditubuhkan pada 5 Julai 1972 untuk memainkan peranan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara, dengan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpotensi untuk berdaya maju dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

Dalam usaha untuk membangunkan sektor PKS secara lebih mendalam, CGC menganjak daripada identitinya sebagai sebuah institusi kewangan yang tradisional kepada sebuah institusi kewangan yang mampan, di samping menyediakan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan untuk meluaskan liputan PKS kami.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

CGC juga berperanan sebagai penghubung jurang di antara institusi kewangan dan PKS, dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan pembiayaan yang dipohon. Selain itu, CGC turut menawarkan pembiayaan langsung untuk segmen-segmen tertentu serta menjalin permuafakatan dengan institusi kewangan terkemuka dalam menyediakan Pembiayaan Jaminan Borong (WG) dan Pembiayaan Jaminan Portfolio (PG).
Pemerkasaan usaha CGC juga membawa kepada pelancaran program Pembangunan CGC yang dilancarkan pada Mei 2016 dan Skim Perintis CGC yang pertama pada Mei 2017. Pada Febuari 2018, imSME – Platform Pembiayaan/ Pinjaman Pertama PKS di Malaysia turut dilancarkan sebagai saluran alternatif untuk PKS mencari produk pembiayaan yang sesuai, yang mampu mejimatkan masa dan memendekkan proses yang kompleks.

PROGRAM PEMBANGUNAN CGC

Program pembangunan CGC yang juga dikenali sebagai ‘CGC Development Programme’ berpaksikan tiga tunjang utama: Program Mentor, Program Akses Pasaran dan Program Inisiatif Merentas Sempadan.

Program Pembangunan ini berfungsi sebagai khidmat nasihat kepada para PKS tempatan dan terbahagi kepada dua saluran utama: ‘Akses Pembiayaan’ dan ‘Akses Pasaran’. Program Mentor kami pula merangkumi dua bengkel eksklusif iaitu ‘Gaining Market Access’ dan ‘Go Digital Talk’. Sejak dilancarkan, CGC telah menjalankan sebanyak 25 Program Mentor yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 2,900 PKS.

Sesi bengkel kami pada hari ini memaparkan ahli panel daripada AEON Corporation (M) Berhad dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), yang akan berkongsi maklumat dan tip untuk menembusi pasaran besar (Hypermarkets) serta proses pembungkusan yang inovatif.

PERMUAFAKATAN CGC DENGAN HDC

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Kerjasama strategik CGC dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) bermula apabila pihak mereka diundang sebabgai salah satu tetamu khas dalam bengkel ‘Gaining Market Access’ kami, untuk berkongsi maklumat yang berkait rapat dengan status perniagaan halal.

Seiring dengan peredaran masa, perniagaan yang diiktiraf mempunyai sijil halal pernigaaan, mempunyai kelebihan berbanding perniagaan Perusahaan Kecil & Sederhana yang lain, dalam menembusi pasaran yang baru di negara kita.

Menurut Timbalan Menteri pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli, hanya 8,120 syarikat perniagaan termasuk golongan PKS sahaja yang disahkan mempunyai sijil halal perniagaan. In bermakna hampir 90% daripada syarikat perniagaan PKS tidak mempunyai pengiktirafan perniagaan yang halal dan ini mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang memudaratkan perkembangan perniagaan para PKS.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Objektif utama pelancaran Majlis Halal 2019 ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan perniagaan yang mempunyai Pensijilan Halal kepada rakyat Sabah, di samping menggalakan penglibatan pemain industri Halal Sabah.

Seiring dengan itu, kami di CGC berharap agar permuafakatan dengan HDC mampun membimbing golongan PKS ke arah mentransformasikan perniagaan mereka kepada Pensiijilan Halal serta mewujudkan ekosistem perniagaan yang dapat membolehkan pasaran produk dan perkhidmatan Malaysia yang halal ke dalam pasaran global.

Selaras dengan pendekatan dan aspirasi kami untuk Merubah Kehidupan, CGC bermatlamat untuk membantu golongal PKS dalam membina dan merealisasikan impian mereka. Berbekalkan pengalaman dan permuafakatan strategik kami dalam tempoh 47 tahun ini, kami akan terus komited dalam menyokong serta memperkasakan PKS Malaysia melalui produk dan perkhidmatan kami.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Setakat ini, CGC telah menjamin lebih daripada 460,000 jaminan dan pembiayaan kepada sektor PKS yang bernilai lebih daripada RM 70 billion.

Terima kasih di atas segala sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada kami.

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya dengan ‘Wabillah Hitaufik Walhidayah’. Wassala’mualaikum wbth.

– Tamat –

[print-me title="Cetak" target="#speech6"]
Ucapan oleh
Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Hari Keluarga CGC 2019 - FRIM Kepong 3/8/2019

Yang Berbahagia, Dato’ Agil Natt & Datin Sharifah Fatmah

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah CGC dan pasangan masing-masing

Rakan-Rakan PKS

Rakan-Rakan CGC dan seluruh keluarga

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Pagi. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini sempena sambutan Hari Keluarga CGC 2019.

Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Dato’ Agil Natt dan isteri, Datin Sharifah Fatmah, serta Ahli Lembaga Pengarah dan pasangan masing-masing yang sudi meluangkan masa untuk bersama warga kerja CGC dan keluarga bagi memeriahkan lagi acara ini.

Saya berharap agar kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kita. Sambutan Hari Keluarga seperti ini memberi ruang dan peluang kepada semua warga kerja CGC dan keluarga untuk beriadah bersama.

Kali terakhir CGC menganjurkan sambutan Hari Keluarga ialah pada tahun 2009, iaitu 10 tahun yang lalu dan ianya juga dilangsungkan di sini. Kali ini kita berkumpul, Bersama dengan hampir 300 warga kerja CGC dan lebih 700 anggota keluarga semuanya. Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir untuk menyerikan lagi sambutan Hari Keluarga CGC 2019!

Para Hadirin Sekalian

Pelbagai program menarik telah diatur bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan di antara kita. Jalinan hubungan yang erat di kalangan warga CGC akan memberi impak positif ke arah mengukuhkan semangat kerjasama dalam CGC serta mencetuskan perasaan kasih sayang kekeluargaan yang lebih tinggi.

Penganjuran Hari Keluarga yang terlaksana hari ini adalah salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Antara objektif sambutan Hari Keluarga CGC 2019 adalah untuk memberi peluang kepada warga kerja CGC dan keluarga masing- masing untuk saling mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi. Saya percaya dengan mengenali ahli keluarga rakan sekerja, kita akan lebih memahami personality mereka dengan lebih baik dan membina keakraban yang lebih kukuh samada semasa waktu bekerja ataupun diluar waktu bekerja.

Para Hadirin Sekalian

Saya percaya keluarga yang bahagia melahirkan warga kerja yang produktif dan berkomitmen tinggi. Kepada semua ahli keuarga yang hadir pada pagi ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda kepada warga kerja CGC. Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga, maka warga kerja CGC mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh perhatian dan dedikasi. Sambutan Hari Keluarga CGC ialah tanda penghargaan pihak pengurusan diatas segala jasa baik dan pengorbanan anda sebagai warga CGC.

Pelbagai aktiviti riadah telah disusun untuk para hadirin pada pagi ini. Antaranya ialah Senamrobik, Plant a Tree, Nature Tracking, Sukaneka untuk kanak-kanak dan orang dewasa serta acara memanah dan mencanting batik. Pastikan anda turut serta dalam menyertai acara-acara ini.

Pelbagai juadah yang enak telah disediakan untuk semua dan ini termasuk sarapan pagi dan juga hidangan makanan tengahari. Ahli Jawatankuasa juga telah menyediakan 10 kambing golek khas. Hari ini, mengembeklah kita….

Selain daripada itu, sambutan Hari Keluarga tahun ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti Cabutan Bertuah. Pastikan anda telah mendaftar untuk cabutan bertuah yang akan diadakan bermula jam 10 pagi. Saya juga menjemput anda untuk membeli barangan keluaran 4 PKS di tapak sambutan Hari Keluarga ini. Mereka termasuk TSL Bestmas Manufacturing Sdn Bhd (frozen dimsum), Sticky Malaysia Candies, Calaqisya Sdn Bhd yang menjual Hijab and wangi-wangian, and Chatime Malaysia.

Para Hadirin Sekalian

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa sambutan Hari Keluarga CGC 2019 yang diketuai oleh Encik Rahim Raduan kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang meriah ini.

Sekian.

Wabillahitaufik wal hidayah wa salamualaikum wbt.

– Tamat –

[print-me title="Cetak" target="#speech7"]
Ucapan oleh
Dato' Agil Natt Pengerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Majlis Makan Malam Bersama PKS - Hyatt Regency Resort Kuantan, Pahang 27/7/2019

Pengusaha-Pengusaha Kecil dan Sederhana, Kuantan, yang Saya Raikan

Perwakilan Dewan-Dewan Persatuan Perniagaan, Kuantan

Yang Berusaha Encik Noor Azmi Mat Said
Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia

Para Hadirin Sekalian

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada malam yang indah ini bersempena dengan majlis makan malam sempena menghargai Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di Kuantan.

CGC MEMPERKASAKAN PKS

Para Hadirin Sekalian

Saya pasti tuan-tuan dan puan-puan Pengusaha Kecil dan Sederhana tahu agenda asal CGC iaitu untuk memberi bantuan kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk mendapatkan pembiayaan dari bank-bank tempatan.

Selaras dengan perkembangan semasa dan untuk terus kekal relevan, CGC kini bukan sahaja sebuah institusi pemberi jaminan yang tradisional malah ianya telah berubah kepada sebuah instusi kewangan yang mampan dari segi rangkaian produk dan perkhidmatan. CGC juga mempunyai jalinan pemuafakatan yang strategik dengan pelbagai institusi kewangan yang terkemuka di Malaysia. We have a special relationship with the financial institutions in Malaysia.

Sebagai sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya saing dan dinamik, CGC memperkasakan dan memacu pertumbuhan perniagaan PKS melalui pelbagai inisiatif dan idea yang berinovatif. Ini adalah untuk menggiatkan pembangunan perusahaan PKS serta mempercepatkan agenda financial inclusion.

Di CGC, kami mengunakan teknologi baru untuk membantu PKS berdaya saing dan menjadi lebih dinamik.

INISIATIF-INISIATIF CGC UNTUK MEMBANTU PKS

Para Hadirin Sekalian

Tanggal 9hb Februari 2018, CGC telah melancarkan imSME, platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS pertama di Malaysia. imSME dimiliki dan diuruskan oleh CGC dengan sokongan Bank Negara Malaysia serta lebih 22 bank-bank yang terlibat dan menawarkan 37 produk pembiayaan/pinjaman. Sebagai PKS, anda boleh melayari saluran eksklusif ini untuk mengakses pilihan pembiayaan/pinjaman tanpa cagaran bagi mengembangkan perniagaan. Anda juga boleh memilih pembiayaan/pinjaman yang terbaik untuk perniagaan yang diusahakan.

Disamping pembiayaan dan jaminan perniagaan, CGC juga menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan melalui Program Pembangunan CGC yang dilancarkan pada tahun 2016. Program ini merangkumi 3 tonggak utama iaitu Program Mentor, Akses Pasaran dan Inisiatif Merentas Sempadan. Program Mentor CGC membantu PKS memahami akses pasaran dan trend pemasaran digital yang terkini. Kami juga mengundang ramai penceramah-penceramah jemputan dari pelbagai bidang dan industri seperti Giant Hypermarket, Mydin, Tesco, Lazada, Shopee, Alibaba.com dan Grab. Bagi PKS yang berminat untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa, Program Akses Pasaran dan Inisiatif Merentas Sempadan CGC boleh membantu anda mendapat akses kepada saluran pengedaran tempatan dan pasaran antarabangsa terutamanya di ASEAN. CGC sentiasa berkerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dan pelbagai Dewan Persatuan Perniagaan dalam memacu inisiatif-inisiatif ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, CGC amat prihatin dengan keperluan pembiayaan para PKS lebih-lebih lagi para usahawan yang baru mula bertapak. Produk BizMula-i kami menyediakan pembiayaan untuk syarikat permulaan yang kebiasaannya memiliki berisiko tinggi dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Skim pembiayaan terus ini khusus untuk perniagaan yang beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana BNM untuk PKS dalam semua-sektor ekonomi (selain sektor pertanian primer dan perusahaan mikro).

CGC juga menguruskan skim Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i sejak Julai 2009 untuk menyediakan pembiayaan modal kerja kepada usahawan Bumiputera yang dianugerahkan kontrak atau projek daripada agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat bereputasi tinggi. Di bawah skim ini CGC telah diberi peruntukan sebanyak RM300 juta oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu usahwan Bumiputera yang menghadapi kesulitan dalam memperoleh akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi-institusi kewangan. Kementerian Kewangan telah meluluskan lanjutan tempoh pengurusan skim yang bernilai RM300 juta ini kepada CGC selama tiga (3) tahun sehingga 30 Jun 2022. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menyampaikan maklumat ini kepada para kenalan usahawan Bumiputera yang dianuregarahkan kontrak dan memerlukan pembiayaan. Mereka boleh menghubungi CGC untuk maklumat lanjut mengenai skim ini.

Bagi usahawan-usahawan wanita, CGC menawarkan BizWanita-i iaitu skim pembiayaan bagi perniagaan yang beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan dana yang dibiayai oleh Bank Negara Malaysia. Dana ini direka bagi memudahkan usahawan wanita yang berdaya maju mendapatkan akses kepada pembiayaan. Skim ini boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan modal kerja dan perolehan aset (iaitu pembelian mesin dan peralatan).

CGC juga amat menitikberatkan pelanggan-pelanggan PKS kami yang mempunyai etika kredit yang baik. Sebagai PKS yang mempunyai kemudahan pembiayaan dengan CGC untuk lebih daripada 1.5 tahun dan mengamalkan displin yang tinggi dalam menjelaskan pinjaman, anda berpeluang menerima rebat berjumlah antara RM3,000 hingga RM18,000. Ini dapat mengurangkan bayaran yuran jaminan dan dapat meringankan kos pembiayaan anda.

Selain daripada menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan pembiayaan yang dipohon oleh PKS, CGC telah memulakan Skim Perantis PKS yang melibatkan graduan Politeknik dan Vokasional pada tahun 2017. Program ini berobjektif untuk membantu graduan Politeknik dan Vokasional yang mengganggur mendapatkan peluang pekerjaan sementara di PKS yang terpilih. Ini adalah salah satu “value-added service” daripada CGC untuk pelanggan PKS kami. Melalui program ini, para PKS berpeluang menerima sumber tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi untuk menjalankan operasi harian mereka. Para graduan pula menerima peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. CGC telah melancarkan Kohort ke-2 Program Skim Perantis PKS CGC pada 4hb Julai 2019 dan ianya disertai oleh 12 orang graduan Politeknik dan Vokasional, serta 8 PKS yang terpilih.

MALAM PENGHARGAAN PKS

Para Hadirin Sekalian

Majlis hari ini diharap akan mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin diantara CGC dan para PKS di negeri Pahang. CGC sentiasa bersedia membantu lebih 37,000 PKS di negeri ini yang berdaya maju untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan dan juga khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi duta atau “ambassador” CGC dan berkongsi pegalaman baik anda berurusan dengan kami kepada rakan-rakan PKS yang lain. Pegawai-pegawai CGC sentiasa bersedia untuk membantu anda mendapatkan pembiayaan dan khidmat nasihat untuk merealisasikan impian perniagaan anda.

PENUTUP KATA

Para Hadirin Sekalian

Sebelum mengakhiri ucapan, ingin saya merakamkan penghargaan CGC kepada semua PKS dan para jemputan yang sudi hadir pada malam yang istimewa ini. Kami berharap anda akan menikmati juadah yang dihidangkan dan juga mengambil kesempatan ini untuk mengenali CGC dengan lebih baik lagi.

Sekian. Wasalam Mualaikum.

– Tamat –

[print-me title="Cetak" target="#speech8"]
Ucapan oleh
Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif CGC at Program Amal 'Jom Kembali ke Sekolah' Bersama Pelajar - pelajar SK Parit 4, Sungai Besar, Selangor 17/12/2018

Yang Berusaha Encik Mokhtar Manijo
Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Yang Berusaha Tuan Haji Jamuri Tahrir
Yang Dipertua PIBG, SK Parit 4

Yang Berusaha Tuan Haji Kamarazaman Arifin
Naib Yang Dipertua PIBG, SK Parit 4

Yang Berusaha Puan Noor Aida Ngat Denin
Guru Besar SK Parit 4

Para guru, ibu-bapa / penjaga kepada murid-murid
SK Parit 4

Rakan sekerja dari CGC

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera

Tuan-tuan, Puan-Puan dan para murid yang dihormati sekalian,

Selamat datang saya ucapkan kepada semua hadirin sekalian ke Program Amal ‘Jom Kembali ke Sekolah’ anjuran Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Saban tahun, CGC menganjurkan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan dalam usaha untuk memberi bantuan dan mendekati pelbagai lapisan komuniti.

Peningkatan kos sara hidup pada hari ini memberi kesan kepada komuniti luar bandar yang kurang berkemampuan. CGC bersimpati dan mengambil berat akan keadaan ini serta
sentiasa prihatin akan keperluan masyarakat. Program ‘Jom Ke Sekolah’ ialah salah satu cara untuk mendekati komuniti dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Bantuan persekolahan yang diberikan ini adalah sebagai galakan kepada para murid dan juga ibu-bapa untuk lebih bersedia menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Para pelajar dari kawasan luar bandar menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. CGC berharap dengan bantuan seumpama ini, mereka akan lebih bersemangat untuk bersaing dalam menimba ilmu pengetahuan. Kejayaan yang ditunjukkan dari sudut pembangunan intelektual dan sahsiah akan menjadi asas kepada pembentukan peribadi cemerlang pada masa hadapan.

Pelajar hari ini adalah pelapis pentadbiran negara di masa hadapan. Mereka harus diberi galakan untuk menimba ilmu pengetahuan demi kemajuan keluarga, masyarakat dan negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SK Parit 4, diatas kesudian menerima sumbangan kami, serta kerjasama yang diberikan dalam menjalankan program ini. Tidak lupa juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang telah banyak memberi sokongan.

Akhir kata, bagi pihak Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar yang akan memulakan musim persekolahan pada tahun 2019.

Sekian, Terima kasih

[print-me title="Cetak" target="#speech9"]
Ucapan oleh
Muhamad Fazuli B. Safar Ketua Cawangan Johor Bahru Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Program ‘Gaining Market Access’ Workshop - Holiday Villa, Johor Bahru, Johor 30/10/2018

Yang dihormati para penceramah
Para jemputan serta hadirin and hadirat sekelian

Selamat Pagi dan Selamat Datang ke pogram Mentor CGC yang bertajuk ‘Gaining Market Access’. Program ini (or workshop) adalah untuk para PKS yang berminat atau menghadapi kesukaran dalam menempatkan produk mereka yang unik dan innovasi di pasaraya juga kepada PKS yang berminat untuk meningkatkan produktiviti mereka. Justeru itu, kami berbangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Berikan saya sedikit masa untuk menerangkan berkenaan peranan CGC dalam pembangunan PKS di Malaysia. CGC membantu PKS yang tidak mempunyai atau kekurangan cagaran dan record perniagaan untuk mendapatkan pembiayaan melalui skim-skim jaminan CGC. CGC juga membantu PKS yang baru menceburi bidang perniagaan dan juga PKS Wanita melalui skim ‘BizMula-i’ and ‘BizWanita-i’, produk pembiayaan terus dan sebagainya. CGC secara konsistan memperbaiki dan memperkenalkan produk-produk yang innovatif selari dengan cabaran ekonomi dan keperluan PKS. Sehingga kini, kami telah mengeluarkan 445,217 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai RM 63.7 billion.

CGC juga memberikan khidmat nasihat kepada klien kami melalui Program Pembangunan yang mana ianya dicorakkan untuk membantu PKS memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa. Melalui Pogram Pembangunan ini, CGC telah mengenalpasti beberapa inisiatif seperti bengkel hari ini untuk membantu PKS dalam bidang pemasaran melalui kerjasama dengan rakan strategik kami yang mahir dan pakar dalam bidang-bidang mereka tersendiri. Kami percaya, program ini dapat membantu PKS dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh PKS.

Tuan2 dan Puan2,

Mari kita fokus untuk pogram hari ini.

Workshop ‘Gaining Market Access’, adalah yang pertama di Johor Bahru. Ianya merangkumi 3 topik utama iaitu “Kriteria untuk mendapatkan sijil halal”, “Tip2 Pemasaran Antarabangsa” dan “Memasarkan produk anda ke Hypermarket”.

Komitmen kami terhadap kejayaan program ini telah kami tunjukkan melalui penglibatan kami dan 26 PKS dalam Ekspo China-ASEAN ke 13, pada tahun 2016,Ekspo China-ASEAN ke-14 pada tahun 2017 di Nanning dan Ekspo China-ASEAN ke 15 pada bulan September 2016, 2017 dan 2018. Penyertaan dalam EXPO ini penting dalam mempromosikan produk ‘Barangan Buatan Malaysia’ ke peringat antarabangsa. (Selain dari itu, CGC juga membantu Lima (5) daripada PKS kami ke Canton Fair ke 121 dan Canton Fair ke 123, yang diadakan di Guangzhou, China pada bulan Mei 2017 dan Mei 2018. Penyertaan dalam Expo ini sangat penting dalam proses pendedahan pasaran yang mana PKS yang mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran balik kepada CGC berpeluang memasarkan produk mereka disamping berpeluang memperoleh jualan eksport.

Tuan2 dan Puan2,

Saya percaya, program ini dapat membantu dalam memberikan cetusan idea kepada perniagaan tuan2 dan puan2 PKS semua ketahap yang lebih tinggi. Sebagai inisiatif berterusan dari CGC, CGC akan menganjurkan lebih banyak program2 yang sedemikian begi membantu melengkapkan PKS dengan pengetahuan dan skil yang diperlukan.

Sekali lagi saya ingin merakamkan terima kasih kepada tuan2 & puan2 para PKS sekelian yang telah hadir untuk pogram hari ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga kepada para penceramah yang sudi meluangkan masa, berkongsi ilmu, pengalaman serta berkorban masa untuk kita semua.

Terima Kasih.

[print-me title="Cetak" target="#speech10"]
Ucapan oleh
Ybhg. Dato' Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at CGC and Taiwan SMEG MoU Signing Ceremony 24/1/2018


The honourable Ms. Marina Abdul Kahar,

Director of Development Finance and Enterprise, Bank Negara Malaysia


The honourable Mr. Vincent Tsai

Chairman of Small and Medium Enterprise Credit Guarantee Fund (Taiwan SMEG)


Delegation from Taiwan SMEG,

Distinguished guests,

Members of the media and,

Ladies and gentlemen.


Good evening.

It is my pleasure to warmly welcome Mr. Tsai, Chairman of Small and Medium Enterprise Credit Guarantee Fund of Taiwan (Taiwan SMEG), and his delegation to our signing ceremony today at Sasana Kijang, a state-of-the art centre of knowledge and learning excellence established by Bank Negara Malaysia (the Central Bank of Malaysia).  I think we have chosen an ideal venue for this occasion as Sasana Kijang embodies the Central Bank’s commitment for the development of regional and international collaboration in central banking and financial services. 

I would also like to thank our guest-of honour Ms. Marina Abdul Kahar, Director of Development Finance and Entreprise, Bank Negara Malaysia for making time to attend and witness our signing ceremony.

I believe, this maiden Memorandum of Understanding (MoU) between CGC Malaysia and Taiwan SMEG will elevate our working relationship further.

MALAYSIA & TAIWAN TRADE TIES

Taiwan is Malaysia’s eighth largest trading partner with bilateral trade soaring to US$14.1 billion in 2016, up 1.4% from the US$13.6 billion recorded a year earlier. Between January and September 2017, bilateral trade between Taiwan and Malaysia has recorded up to US$12.8 billion.

Malaysia has also hosted investments from Taiwan, including some big names such as Inmax, Wistron, AUO, Sunpower, Formosa Prosonic, Hotayi Electronic and China Steel.

Malaysia serves as a gateway to the enormous Asean market with a population of 620 million. Although Malaysia and Taiwan have yet to formalise any free trade agreement, both could create a win-win situation through stepped up business collaborations.

The Taiwan government via its New Southbound Policy (NSP) is looking to create economic collaborations to various countries within the Southeast and South Asia region. I am sure, Malaysia also can benefit from this policy.


THE BUSINESS OF EMPOWERING SMEs BY CGC & TAIWAN SMEG


CGC Malaysia and Taiwan SMEG share the same objective, to provide financial assistance to SMEs particularly, enterprises without or with inadequate collateral and track record. CGC Malaysia operates as a subsidiary of Bank Negara Malaysia or the Central Bank, while, Taiwan SMEG operates in line with its government’s financial and economic policies, as they play a pertinent role to the economic development of both Malaysia and Taiwan.

Established in July 1972, CGC Malaysia has availed over 444,700 guarantees and financing to SMEs valued over US$16.22 billion (RM63.7 billion), while Taiwan SMEG has assisted more than 390,000 SMEs to obtain over US$0.57 trillion (NT$16.68 trillion) bank loans since its establishment in 1974.

As trade between Malaysia and Taiwan is growing, and the number of SMEs are increasing, we believe a joint collaboration is timely to further drive the SME Development agenda in both Malaysia and Taiwan, and here we are today to realise the signing of the MoU to support the growth of SMEs and promote the development of credit guarantee services.

LANDMARK MoU BETWEEN CGC AND TAIWAN SMEG

For the past 30 years, CGC Malaysia and Taiwan SMEG have established informal ties via our membership in Asian Credit Supplementation Institution Confederation (ACSIC). Through the annual ACSIC conferences, we have shared knowledge and experiences in various fora. At this juncture, I would like to take this opportunity to express our heartfelt gratitude and appreciation to Mr. Tsai and your team for having extended your warmest hospitality to our delegation during the 30th ACSIC Conference in November 2017, which was held in Taipei. Thank you Mr. Tsai.

Under this MoU, both parties will collaborate in enhancing the credit guarantee framework to support the development of SMEs, at large. Technical assistance will also be shared to improve existing credit guarantee schemes and other operational matters to achieve the objectives of our institutions.

In addition, CGC Malaysia and Taiwan SMEG will share and exchange their best practices via R&D, training and study visits to enhance knowledge and skills pertaining to the credit guarantee business in our respective organisations. Most interestingly, both CGC Malaysia and Taiwan SMEG are expected to explore CGC Malaysia-initiated “cross border guarantee” mechanism.

CONCLUSION

The development of inclusive finance should be a priority so that SMEs and micro business can receive consistent support to grow and sustain their business. The financing for SMEs is a global challenge that needs to be highly prioritized.

In closing, I would like to extend my gratitude to Mr. Tsai and his team and to all our guests present today. I wish to also express our appreciation to Ms. Marina Abdul Kahar, Director of Development Finance and Enterprise for gracing and witnessing our signing ceremony today.

To the CGC and Taiwan SMEG team, thank you for making today’s event a success. I am sure that CGC Malaysia and Taiwan SMEG will continue to sail through the prevailing global challenges with greater confidence, moving forward. Thank you.

[print-me title="Cetak" target="#speech11"]
Ucapan oleh
YBHG. DATUK MOHD ZAMREE MOHD ISHAK PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF at DI AKTIVITI TANGGUNGJAWAB KORPORAT KEPAD PELAJAR-PELAJAR ORANG ASLI SK SUNGAI DUA, BENTONG, PAHANG 6/12/2017


Yg BerusahaTuan Haji Misnan Mohd Amin

Pegawai Pendidikan Daerah Bentong


Yg Berusaha En. Saiful Baheran Abd Manaf

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong


Yg Berusaha Puan Nurul Fuzira binti Abdul Rahim

Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Luar Bandar Bentong


Yg Berusaha Puan Zaleha Othman

Guru Besar Sk Sungai Dua


Para guru, ibu-bapa, penjaga, murid-murid Sk Sungai Dua yang dikasihi


Wakil-wakil Media


Rakan sekerja saya dari CGC


Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,


Assalamualaikum-dan-Selamat-Pagik. 

Apak-kabar-ajih-semuak…


Terima kasih saya ucapkan kepada para hadirin sekalian di atas kesudian hadir ke Program Amal ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), pada pagi ini.

Program ini merupakan salah satu usaha murni CGC dalam menyalurkan bantuan dan sokongan berupa barangan keperluan persekolahan harian kepada pelajar-pelajar SK Sg Dua.

Untuk makluman sekalian, CGC telah menganjurkan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan dalam usaha kami untuk mendekati setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Bagi masyarakat Orang Asli, ini adalah program kali yang ke-4 dilaksanakan. Sebelum ini, 3 program “Kembali ke Sekolah” telah dianjurkan di negeri Selangor.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kami di CGC sememangnya peka akan peningkatan kos sara hidup pada masa kini yang menjadi satu penghalang bagi kebanyakan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sewajarnya. Oleh itu, kami dengan rasa rendah diri, berharap sumbangan CGC pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para ibu – bapa, disamping member semangat kepada murid-murid untuk menempuh sesi persekolahan baru menjelang tahun 2018.

Saya ingin menasihatkan murid-murid agar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaikmungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya dan dapat menyumbang kepada negara. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan.

Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan murid-murid sekalian.

Sayangi diri, hormati ibubapa dan guru-guru anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among you will be very successful.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Di sini, ingin saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak SK Sungai Dua, kerana telah sudi bekerjasama dengan CGC bagi menganjurkan program pada pagi ini. Tidak lupa juga kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang yang telah banyak member sokongan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta rakan-rakan media yang hadir bagi membuat liputan.

Akhir kata, bagi pihak CGC, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.


Sekian,

Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

[print-me title="Cetak" target="#speech12"]
Ucapan oleh
Dato’ Agil Natt Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Majlis Perasmian Stesen LRT CGC- Glenmarie 30/8/2017

Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong,

Timbalan Menteri Kewangan II


Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad


Yang Berusaha En. Megat Khairulazhar Khairodin,

Ketua Pegawai Kewangan, Prasarana Malaysia Berhad


Ahli-ahli lembaga pengarah CGC


Para tetamu kehormat, rakan-rakan media serta hadirin dan hadirat sekalian.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat pagi, good morning, Zǎoshang hǎo dan kalai vanakam   Mukkadimah

  1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada pagi ini sempena Majlis Pelancaran Stesen LRT CGC-Glenmarie.
  2. Terima kasih yang tidak terhingga kami kepada YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan II, di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk merasmikan majlis yang amat bermakna bagi kami di CGC, pada pagi ini.
  3. Majlis ini merupakan satu titik permulaan yang baru dan yang bermakna serta bersejarah bagi CGC, kerana penamaan stesen CGC-Glenmarie ini merupakan kali pertama kami mengunakan stesen LRT untuk “corporate branding”. Ini adalah selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk memastikan CGC akan lebih dikenali di khalayak ramai khususnya kepada penumpang-penumpang LRT, dan ini bersesuaian dengan matlamat jangka panjang kami untuk “Menjadi Pilihan Utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Menjelang 2020”.
  4. Selain daripada lokasinya yang berhampiran dengan ibu pejabat CGC, iaitu lebih kurang 100meter dari sini, stesen ini sememangnya strategik kerana ianya adalah sebagai salah satu pintu masuk utama ke Lapangan Terbang Subang, kawasan perindustrian Glenmarie, dan Pusat Perdagangan Kelana Jaya. Dengan purata trafik pengguna sebanyak [1]60 juta menggunakan perkhidmatan LRT setiap tahun, berdasarkan anggaran semasa, sebanyak lima (5) juta pengguna setiap bulan, kami yakin ini akan memberi impak yang berkesan ke atas penjenamaan CGC.

Para hadirin yang dihormati,

Kepentingan mendapatkan hak penamaan

  1. Kita ambil maklum bahawa terdapat 10 Laluan Rel utama dalam Sistem Transit Berintegrasi di Lembah Klang. Dan kita juga telah mengenalpasti bahawa LRT Laluan Kelana Jaya adalah antara laluan utama.
  2. Laluan Kelana Jaya bagi transit aliran ringan ini telah dilancarkan pada tahun 1998, menghubungkan [2]24 stesen dari Kelana Jaya hingga Gombak sepanjang 29 kilometer. Berikutan Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya yang tamat pada tahun lepas, laluan ini menerima 13 stesen baru dan secara keseluruhannya, laluan Kelana Jaya ini kini memiliki 37 stesen sepanjang 46.4 kilometer, merentasi Ara Damansara, CGC-Glenmarie, USJ, sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights. Laluan ini dijangka akan mempunyai purata trafik sebanyak [3]254, 854 setiap hari.
  3. Dengan peluang sebegini, saya percaya, usaha penjenamaan atau “branding” ini akan menarik minat di kalangan penumpang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CGC, serta produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
  4. Malah, kami juga dapat memperkenalkan jenama CGC di seluruh stesen yang terlibat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), iklan yang dipaparkan di dalam tren atau di sekitar stesen berupaya menjana 62% “brand recall”.

Perjalanan CGC bagi tahun yang ke-45

  1. Sepanjang 45 tahun dalam usaha CGC untuk memperkasakan PKS Malaysia, kami secara langsung membantu PKS untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan melalui institusi kewangan. Selain itu, CGC juga telah meneroka peluang untuk memberi pembiayaan langsung bagi segmen perniagaan tertentu seperti “Startups” dan pengusaha wanita melalui produk BizMula dan BizWanita.
  2. Setakat ini, CGC telah menjamin lebih kurang [4]444,700 pinjaman kepada PKS yang bernilai RM63.7 billion sejak ia ditubuhkan. Setakat 31 Julai 2017, CGC telah meluluskan sebanyak 3,731 jaminan dan pembiayaan yang bernilai RM1.6 billion.
  3. Dana lain yang diuruskan oleh CGC ialah termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) sebanyak RM3.5 billion dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) sebanyak RM300 juta. Setakat ini, CGC telah menguruskan sejumlah 45 skim jaminan kredit termasuk 16 skim jaminan yang disokong oleh kerajaan. Ini jelas menunjukkan tumpuan kami dalam mewujudkan akses yang lebih besar kepada pembiayaan untuk PKS yang berdaya maju.
  4. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa hak penamaan bagi stesen LRT CGC-Glenmarie ini akan memberi kesan yang besar dan meluas kepada penjenamaan korporat kami.
  5. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Lee Chee Leong, yang sudi melancarkan majlis pada pagi ini. Tidak lupa juga kepada pihak Prasarana bagi penamaan stesen LRT ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan media yang turut hadir bersama pada majlis ini.
  6. Di ambang sambutan Hari kemerdekaan yang ke-60 ini, izinkan saya untuk mengucapkan kepada semua Selamat menyambut Hari Merdeka!

Dengan itu, Sekian

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima Kasih, Thank you, Xie Xie dan Nandri!

[print-me title="Cetak" target="#speech13"]
Ucapan oleh
YB DATO’ LEE CHEE LEONG TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II at Majlis Perasmian Stesen LRT CGC- Glenmarie 30/8/2017

Yang Berbahagia

Dato’ Agil Natt,

Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad


Yang Berbahagia

Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad


Yang Berusaha

Encik Megat Khairulazhar Khairodin,

Ketua Pegawai Kewangan,

Prasarana Malaysia Berhad


Ahli-ahli lembaga pengarah CGC


Tetamu-tetamu kehormat serta hadirin sekalian.


Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

  1. Terlebih dahulu, saya ingin meluahkan rasa gembira saya kerana dapat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan semua di MAJLIS PELANCARAN STESEN LRT CGC – GLENMARIE pada pagi ini.
  1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu CGC kerana sudi menjemput saya melancarkan majlis ini.
  1. Syabas dan tahniah kepada CGC dan juga Prasarana Malaysia Berhad di atas komitmen, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

  1. CGC adalah sebuah syarikat subsidiari di bawah Bank Negara Malaysia. Ia berperanan penting dalam memudahkan akses kepada pembiayaan ke atas golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). CGC membantu mengatasi salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh PKS iaitu kekurangan cagaran. Di sini lah CGC memainkan peranan penting dalam melestarikan pembangunan ekonomi negara, dengan memberi jaminan kepada pinjaman yang diperolehi oleh PKS.
  1. Sehingga kini, CGC telah menjamin lebih daripada empat ratus empat puluh empat ribu pinjaman kepada PKS yang bernilai 7 billion Ringgit sejak ia ditubuhkan pada tahun 1972.
  1. Malah, saya juga difahamkan, bahawa setakat ini CGC telah menguruskan sejumlah 45 jaminan kredit termasuk 16 skim jaminan yang disokong oleh Kerajaan, dibantu oleh tujuh belas (17) buah bank komersial, lima belas (15) buah bank islam, dan tujuh (7) buah Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs).

Hadirin sekalian,

  1. Industri PKS Negara mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan purata yang amat baik iaitu sebanyak 5.4 peratus bagi tempoh sepuluh tahun bermula tahun 2007 sehingga 2016. Malah, pertumbuhan ini adalah lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan purata ekonomi keseluruhan; iaitu pada kadar 2 peratus.
  1. Hal ini disokong oleh pertumbuhan kadar eksport PKS pada tahun 2016 yang turut meningkat kepada 6.6 peratus walaupun dalam persekitaran ekonomi dan pasaran global yang mencabar. Sehubungan itu, bagi merancakkan lagi peranan PKS dalam pembangunan Negara, beberapa rancangan strategik telah pun digarap.
  1. Antaranya, Kerajaan telah menetapkan tahun 2017 sebagai tahun bagi mempromosikan pembangunan PKS dan Permulaan Perniagaan.
  1. Sejumlah 167 program pembangunan PKS dengan dana berjumlah 88 billion Ringgit sedang giat dilaksanakan oleh 16 kementerian dan lebih 60 agensi di seluruh Negara.
  1. Di sinilah letaknya peranan dan komitmen CGC sebagai syarikat jaminan kredit untuk terus memberikan sokongan kepada PKS tempatan; dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan supaya mereka mampu bersaing dan mencipta nama di peringkat global.
  1. Buat masa ini industri PKS Negara menyumbang sebanyak 36 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Saya yakin, dengan kerjasama erat dari semua pihak, sasaran untuk mencapai 41 peratus sumbangan kepada KDNK menjelang 2020 tidaklah jauh untuk dicapai.

Hadirin sekalian,

  1. Saya amat mengalu-alukan program hak penamaan stesen yang dianjurkan oleh Prasarana iaitu pemilik aset kemudahan dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel.
  1. Inisiatif memberikan hak penamaan kepada syarikat korporat sebagai platform untuk mempromosikan identiti korporat masing-masing akan membantu Prasarana menguruskan infrastruktur stesen dengan lebih efektif.
  1. Program pertama dilakukan di Asia Tenggara ini memberi peluang kepada syarikat korporat membida hak mengubah stesen untuk mencerminkan identiti korporat selain menamakan stesen itu dengan nama syarikat terlibat.
  1. Saya dimaklumkan bahawa CGC merupakan syarikat ke-empat yang memenangi hak penamaan stesen LRT ini. Sebelum ini, Prasarana menganugerahkan stesen monorel Bukit Bintang kepada AirAsia, stesen LRT Bangsar kepada Bank Rakyat dan stesen Universiti kepada Suez Capital
  1. Saya melihat perkongsian ini sebagai satu langkah proaktif yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai secara berterusan melalui perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik, di sepanjang rangkaian Rapid KL.
  1. Oleh itu, dengan hak penamaan ini, saya berharap, pihak CGC akan dapat terus memperkenalkan produk-produk baru yang mampu menangani masalah kekangan kewangan golongan PKS, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya.
  1. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada CGC dan Prasarana di atas komitmen yang diberikan.
  1. Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan ‘Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60,’ dan ‘Selamat Hari Raya Aidil Adha’!

SEKIAN, terima kasih.

[print-me title="Cetak" target="#speech14"]
Ucapan oleh
Y.Bhg. Dato’ Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at the 19th Top SME Supporter Awards Presentation Ceremony 25/6/2014

Bismillahirrahmanirrahim

Fellow members of the Board of Directors

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Yang Berbahagia, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad

President and Chief Executive Officer

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Distinguished Guests,

Members of the Media,

Ladies and Gentlemen,

Assalamualaikum w.b.t. and a very good afternoon.

I am pleased to welcome you to Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, and a special welcome to the winners of the Top SME Supporter Award for the year 2013.
Once again, we are truly delighted to be able to pay tribute to our valued partners for their dedication and continuous support towards SME financing.

CGC’s Top SME Supporter Award epitomises the Corporation’s significant and symbiotic collaboration with its strategic partners within the financial sector, to improve the bankability of SMEs and to promote financing access for all business sectors.

Ladies and Gentlemen,

According to Bank Negara Malaysia’s Annual Report 2013, SME financing remained strong with approvals registering double-digit growth in most of the loans extended to the trade, wholesale and retail trade and manufacturing. Financing to SMEs increased to 42.1% of total business financing as at the end of 2013. In fact, Malaysia has been ranked in the top box in terms of access to credit for five (5) consecutive years (2009-2013) in the ‘Doing Business Report 2013’ by the World Bank.

CGC’s efforts to improve access to financing for SMEs have been through innovative products and services and this has resulted in good SME outreach. The number of loans guaranteed in 2013 increased by 45% compared with the previous year. SMEs which benefited the most from the RM1.5 billion of financing extended comprised general businesses, manufacturing and agricultural sectors. The improvement on SME outreach was achieved largely through its strategic partnerships with participating financial institutions.

Ladies and Gentlemen,

Throughout the banking industry, there is rising recognition that financing SMEs is the way forward for financial institutions to contribute to the economy. Credit guarantee schemes have also been successful in maintaining the funding flow of many SMEs in the country.

Therefore, by continuously innovating and offering customised financial solutions to the SMEs, we are gradually reaching out to a wider cross-section of our SMEs especially the under-served segment that requires our attention and financial support.

SMEs’ success does not solely depend on financing. There are many risks for entrepreneurs. Entrepreneurs need not only good business ideas and financing, but also financial and business skills to accomplish growth prospects. Therefore, it is vital that we continually understand their needs and identify financial services which will foster productivity and SME growth and investments.

In this respect, CGC is proud to be affiliated with financial institutions which support SMEs to find the right business model, by extending the much needed financial resource to make business viable.

Today, CGC would like to honour three financial institutions for their steadfast dedication and continued support, namely Maybank, Standard Chartered Bank and Public Bank as they emerge winners of CGC’s Top SME Supporter Award 2013. Congratulations to all winners!

In view of some of the FIs consistently putting in their best efforts and demonstrating high level of commitment towards participating in our guarantee schemes, we may consider introducing a special award for ‘Best Effort’ to recognise them beginning 2014. With that, the FIs can now look forward to another CGC award to win in the coming years.

Ladies and Gentlemen,

We have come a long way, thanks to the concerted effort to build a flourishing SME sector. The key ingredient? We need to synergize and share best practices, to deliver complete access for financial services to support SMEs.

It is here, I would like to highlight and thank you all – our partners – for the collective lessons learned, improvised and innovative services and ideas, which supports the efforts to build sustainable SMEs.

Before I close, I would like to congratulate you on your many achievements, and I look forward to hearing of your continued success.

Thank you for your kind attention.

[print-me title="Cetak" target="#speech15"]
Ucapan oleh
Y.Bhg. Dato’ Agil Natt Chairman of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at the CGC Customer Appreciation Luncheon Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia 23/6/2014

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Dato’ Muhammad bin Ibrahim

Deputy Governor, Bank Negara Malaysia

Fellow members of the Board of Directors

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Yang Berbahagia, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad

President and Chief Executive Officer

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Distinguished Guests,

Members of the Media,

Ladies and Gentlemen,

Assalamualaikum w.b.t. and a very good afternoon.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad is delighted and honoured to host this inaugural Customer Appreciation Luncheon today, and I am very pleased and excited to welcome you to this gathering.

This gathering is to express our sincere gratitude to everyone, specifically our customers, for their trust and confidence in CGC, and for enabling us to deliver on our promise to provide not only financial access but also the many critical needs of the SME sector in the country.

Ladies and Gentlemen,

I am attracted to the quote by Jeff Bezos, the CEO of Amazon.com when he said, I quote: ”If you do build a great experience, customers tell each other about that. Word of mouth is very powerful.”

Supporting SME development is a type of public engagement critical to the future of our enterprising communities. CGC’s policy in this area is to ensure that viable businesses are able to access financing from a range of financial institutions.

As many of you are aware, one of the biggest concerns of the SMEs is the cost of borrowing. To address this, CGC made a decision to offer rebates on our guarantee fee to our customers as a reward for timely repayment and good conduct of their loan account. This was a proactive measure undertaken under our 2014 business agenda, in light of the recent overall escalation in the cost of doing business.

I am proud to announce that the rebate mechanism was successfully implemented in January this year. To date, all of our customers who were eligible for the rebates, have received the rebates as high as 38%. Congratulations!

The borrowers eligible for the rebates were those who did not have any adverse record on their existing loan facility and their loan guarantees were active for a minimum of one and a half years.

We truly believe that by rewarding our customers, we are advocating that it pays for SMEs to service their loan facility in a timely manner, and ultimately leads to a healthy credit culture amongst the SMEs.

Ladies and Gentlemen,

Over the years, as the leading SME-support institution in the country, CGC has evolved together with our customers and within the financial sector, availing financing resources for those requiring our services.

We have robustly strengthened and diversified our delivery mechanism through our strategic partnership with bank partners. We have constantly asked, what can we do better and more, to continue to enhance the growth of SMEs in Malaysia.

This resulted in the introduction of a direct financing scheme BizMula-i, targeted at the under-served Start Up segment. This is a boost for the development of new businesses devoid of track records or collaterals.

BizMula-i will encourage and nurture budding businessmen, who are equipped with viable business plans, strong market as well as business insight and a high entrepreneurship drive to succeed.

New business owners, usually start their businesses with their own limited savings or money borrowed from family members and friends. In the initial years, they have to juggle their finances in order to keep the businesses going. When the businesses grow, they have to look for additional funding to finance additional machinery, factory or office expansion, inventory and working capital. Those who manage to obtain business loans will continue to progress while others are content to let opportunities slip by.

Once again, we step in to tackle the issue at hand – funding.

Ladies and Gentlemen,

As said by the famous author, entrepreneur and marketer Seth Godin, I quote, ”Don’t find customers for your products, find products for your customers”

Our goal is ensure that we do just that, and successfully fulfil and exceed the prospects before us in the coming years.

We hope that you have benefitted from our products and services, and we will continue to delight you with more products at reasonable cost, combined with greater and hassle-free access.

With that thought, I shall leave you and just again, thank you all for honouring us with your presence. I wish you all every success with your businesses in the future.

I would also like to express our heartfelt thanks and gratitude to the Deputy Governor for gracing the occasion and lending your support to this initiative.

Have a good day and thank you for your attention.

[print-me title="Cetak" target="#speech16"]
Ucapan oleh
Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz Pengerusi, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Majlis Penyampaian Anugerah Penyokong PKS Terbaik ke-18 7/5/2013

Bismillahirrahmanirrahim

Rakan-rakan ahli Lembaga Pengarah

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

Tetamu yang dihormati

Wakil-wakil media

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Assalamualaikum w.b.t., dan selamat tengahari.

Saya, dengan berbesar hati, mengalu-alukan kedatangan anda semua ke majlis penyampaian Anugerah Penyokong PKS Terbaik CGC pada hari ini. Majlis tahunan ini adalah yang ke-18 dan kami berbangga kerana dapat meneruskan tradisi ini untuk mengiktiraf rakan-rakan industri perbankan yang sangat dihargai atas sokongan padu mereka yang berterusan terhadap pembiayaan PKS. Anugerah Penyokong PKS Terbaik CGC menunjukkan usaha berterusan CGC dan perkongsian yang akrab dengan rakan-rakan perbankan demi kebaikan PKS.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

2. Pada hari ini, institusi-institusi kewangan mempunyai kesan yang paling besar terhadap pembangunan PKS di dalam negara ini. Mereka merupakan pembiaya yang terbesar di mana kira-kira 22 peratus daripada sumber pembiayaan PKS adalah daripada bank, institusi kewangan atau institusi mikro kredit. Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012, pembiayaan oleh institusi-institusi perbankan dan institusi-institusi kewangan pembangunan kepada PKS menyumbang sebanyak 40.5 peratus atau RM189.0 bilion daripada jumlah pembiayaan perniagaan. Lebih perhatian kini diberikan oleh bank-bank yang mempunyai unit dan sumber yang telah dikhaskan untuk memenuhi keperluan pembiayaan PKS. Ini merupakan petanda baik bagi sektor PKS kerana PKS bukan sahaja mempunyai pilihan pembiayaan yang luas atau saluran untuk mendapatkan dana perniagaan, malah mereka juga tidak terhalang oleh kekurangan dana untuk membangun dan mengembangkan perniagaan mereka.

3. CGC, sebagai sebuah perantara kewangan, memanfaatkan sokongan kuat institusi-institusi kewangan dan rangkaian cawangan mereka yang luas untuk menambah baik bantuan untuk PKS. Ini direalisasikan dengan kerjasama erat oleh bank-bank yang mengambil bahagian dan yang banyak memberikan sokongan kepada inisiatif strategik CGC untuk menambah baik akses PKS kepada pembiayaan, khususnya kepada PKS kecil yang berdaya maju tetapi tidak mempunyai cagaran atau rekod pencapaian yang mencukupi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, CGC juga dengan berhematnya telah membantu para peminjamnya untuk beralih daripada mekanisme jaminan dan secara beransur-ansur mendapatkan pinjaman berdasarkan merit mereka sendiri. Ini dilakukan melalui Credit Bureau Malaysia yang mengumpul sejarah kredit dan rekod pencapaian untuk membantu meningkatkan kepercayaan kredit dan keupayaan perbankan mereka. Ini telah menyebabkan ramai daripada peminjam kami menjadi kurang bergantung kepada mekanisme jaminan untuk membiayai perniagaan mereka, sepertimana objektif utama CGC.

4. Sebagai sebahagian daripada agenda kemampanan kewangan, CGC akan terus memberikan lebih tumpuan terhadap jaminan sebagai perniagaan terasnya. Sebagaimana yang anda semua tahu, CGC telah mula meningkatkan usaha dalam mengajak lebih banyak bank untuk mengambil bahagian dan menawarkan jaminan pinjaman secara portfolio. Jaminan Portfolio ini telah terbukti sebagai satu sistem penghantaran yang berkesan dalam menangani kebimbangan PKS mengenai prosedur pemprosesan dan kelulusan yang mengambil masa yang lama. CGC juga telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam hal ini dan kami yakin lebih banyak institusi kewangan akan menerima model PG yang telah terbukti sebagai cara untuk menawarkan skim jaminan CGC kepada PKS yang berdaya maju. Sambutan daripada institusi kewangan adalah menggalakkan, dan kami mengalu-alukan penyertaan beberapa bank lagi dalam bulan Mac 2013.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Bagi Anugerah Penyokong PKS Terbaik 2012, kami ingin memberikan penghormatan kepada tiga institusi kewangan di bawah tiga kategori utama, iaitu, kategori Bank Komersial, Penyokong PKS Bumiputera Terbaik dan Rakan Kongsi Kewangan Terbaik. Penerima anugerah dipilih berdasarkan, ciri-ciri seperti jumlah dan nilai pinjaman yang dijamin, jumlah dan nilai pinjaman yang diberikan kepada peminjam Bumiputera, kutipan yuran jaminan serta pertumbuhan pendapatan bersih dan kadar kemungkiran. Kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa tiga penerima anugerah ini telah memberi sumbangan yang signifikan dalam prestasi CGC, iaitu sebanyak 25% atau RM268 juta daripada RM1.1 bilion pembiayaan yang dijamin oleh CGC pada tahun 2012. Dalam senario PKS yang dijangka berkembang kukuh dan menjadi lebih cergas dengan kemunculan sektor-sektor baharu yang dikenal pasti di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan sektor-sektor utama ekonomi, kami berharap untuk melihat lebih banyak penyertaan oleh semua institusi kewangan di dalam skim jaminan kami.

Tuan-tuan dan puan-puan,

6. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah. Bagi pihak Lembaga Pengarah, pihak Pengurusan dan kakitangan Perbadanan ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemenang di atas sokongan yang berterusan dan penyertaan mereka di dalam skim-skim jaminan kami. Adalah menjadi harapan kami bahawa Anugerah Penyokong PKS Terbaik ini akan menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada semua institusi kewangan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pembiayaan PKS di tahun-tahun yang akan datang.

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Terima kasih.

7 Mei 2013

[print-me title="Cetak" target="#speech17"]
Ucapan oleh
Datuk Wan Azhar Wan Ahmad Pengarah Urusan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Majlis Menandatangani Perjanjian Jaminan Portfolio di antara CGC dan Bank Alliance Berhad 13/3/2013

Encik Steve Miller

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Perniagaan, Alliance Bank

Hadirin yang dihormati

Wakil-wakil media

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi.

Saya berasa sangat berbesar hati kerana dapat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Majlis ini ialah majlis yang sangat istimewa bagi CGC dan Alliance Bank atas persetujuan kami untuk bergabung usaha dalam meningkatkan lagi akses kepada pembiayaan PKS, khususnya untuk perniagaan kecil.

Tuan-tuan dan puan-puan,
2. Seperti yang anda ketahui, CGC telah menjadi peneraju pembangunan PKS sejak tahun 1972. Kami telah menguruskan lebih daripada 40 skim yang memenuhi keperluan khusus PKS dalam setiap sektor ekonomi. Secara konsisten, kami telah berusaha merangka kaedah baharu untuk menambah baik bantuan kepada PKS dan ia telah berjalan lancar khususnya dalam pembiayaan perniagaan yang kecil. Setakat ini, kami telah meluluskan lebih daripada 420,000 permohonan pinjaman yang bernilai kira-kira RM51 bilion.

3. Jaminan Portfolio merupakan sebuah lagi sistem penghantaran yang dirangka untuk memenuhi keperluan-keperluan PKS. Saya berbesar hati memaklumkan bahawa bagi setiap perkiraan Jaminan Portfolio yang telah kami adakan hingga kini, dimajukan secara eksklusif untuk disesuaikan dengan keperluan pelanggan-pelanggan bank-bank rakan kami. Tambahan daripada itu, kami juga mengautomasikan beberapa proses tertentu di mana beberapa keperluan birokrasi telah dikeluarkan untuk membolehkan pemprosesan dan kelulusan pinjaman dengan lebih cepat. Dengan berbuat demikian, kami telah menangani dua daripada kebimbangan yang utama PKS, yakni, masa pemprosesan yang panjang dan pengeluaran dana.

4. Saya juga dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa permohonan pinjaman yang diterima di bawah jaminan portfolio telah diluluskan dalam tempoh tiga hari dengan kadar kelulusan hampir 90 peratus. Sejak perjanjian jaminan portfolio yang pertama pada tahun 2009, sehingga kini, kami telah menyediakan jaminan untuk jumlah pinjaman sebanyak kira-kira RM605 juta melalui sistem penghantaran ini yang telah memberi manfaat kepada lebih kurang 2,700 PKS. Saya yakin bahawa jaminan portfolio ini akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai PKS melalui kerjasama seperti perjanjian dengan Alliance Bank kerana risiko dapat diuruskan dengan lebih baik secara portfolio, seterusnya memastikan kualiti pinjaman yang lebih baik bagi kedua-dua pihak. Apabila kualiti pinjaman bertambah baik, peminjam yang telah membina rekod prestasi yang baik akan dapat “lulus” daripada mekanisme jaminan dan beralih kepada mendapatkan pinjaman secara lansung daripada institusi kewangan. Ini merupakan hasil strategik utama CGC sebagai memenuhi peranannya dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk PKS di negara ini.

5. Pada dasarnya, inisiatif Jaminan Portfolio mencerminkan kesungguhan kami untuk meluaskan lagi bantuan kepada PKS. Sejak beberapa tahun ini, ia telah terbukti sebagai satu kaedah yang inovatif dalam membantu PKS untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami telah membuat satu aturan khas dengan Alliance Bank untuk menyokong usaha pembangunan perusahaan kecil. Di bawah aturan khas ini, pelanggan PKS Alliance Bank akan memperoleh manfaat daripada ketersediaan pinjaman pada kos pinjaman yang berpatutan, struktur pinjaman yang mudah dan kebarangkalian kelulusan yang lebih tinggi. Julat pinjaman antara RM100,000 hingga RM300,000 yang ditawarkan di bawah aturan ini adalah dijangka dapat memberi manfaat kepada perniagaan kecil yang merupakan majoriti PKS di negara ini. Dengan saiz portfolio bernilai RM50 juta, kami mensasarkan bantuan kepada kira-kira 250 hingga 300 PKS dalam semua sektor. Pada ketika ini, saya ingin merakamkan setulus penghargaan kepada Alliance Bank kerana yakin dan percaya kepada manfaat jangka masa panjang daripada usaha ini untuk kedua-dua institusi.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan termeterinya perjanjian Jaminan Portfolio di antara CGC dan Bank Alliance, menandakan jumlah penyertaan sebanyak lima buah bank yang telah memberikan CGC keupayaan untuk membantu lebih ramai PKS, di samping memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan PKS di negara ini.

Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alliance Bank Berhad, khususnya kepada Encik Steve Miller dan pasukannya kerana mereliasasikan kerjasama ini. Saya yakin bahawa kami akan dapat bersama-sama meningkatkan sumbangan kami kepada pembangunan PKS serta menjana manfaat jangka masa panjang untuk kedua-dua institusi. Akhir kata, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua belah pihak yang telah bekerja keras di sebalik tabir untuk menjayakan kerjasama ini.

Terima kasih di atas perhatian anda.

Wassalam.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
13 Mac 2013

[print-me title="Cetak" target="#speech18"]
Ucapan oleh
Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad at Hari Keluarga CGC 2019 - FRIM Kepong 1/1/1970

Yang Berbahagia, Dato’ Agil Natt & Datin Sharifah Fatmah

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah CGC dan pasangan masing-masing

Rakan-Rakan PKS

Rakan-Rakan CGC dan seluruh keluarga

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Pagi. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini sempena sambutan Hari Keluarga CGC 2019.

Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Dato’ Agil Natt dan isteri, Datin Sharifah Fatmah, serta Ahli Lembaga Pengarah dan pasangan masing-masing yang sudi meluangkan masa untuk bersama warga kerja CGC dan keluarga bagi memeriahkan lagi acara ini.

Saya berharap agar kita dapat menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kita. Sambutan Hari Keluarga seperti ini memberi ruang dan peluang kepada semua warga kerja CGC dan keluarga untuk beriadah bersama.

Kali terakhir CGC menganjurkan sambutan Hari Keluarga ialah pada tahun 2009, iaitu 10 tahun yang lalu dan ianya juga dilangsungkan di sini. Kali ini kita berkumpul, Bersama dengan hampir 300 warga kerja CGC dan lebih 700 anggota keluarga semuanya. Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir untuk menyerikan lagi sambutan Hari Keluarga CGC 2019!

Para Hadirin Sekalian

Pelbagai program menarik telah diatur bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan di antara kita. Jalinan hubungan yang erat di kalangan warga CGC akan memberi impak positif ke arah mengukuhkan semangat kerjasama dalam CGC serta mencetuskan perasaan kasih sayang kekeluargaan yang lebih tinggi.

Penganjuran Hari Keluarga yang terlaksana hari ini adalah salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Antara objektif sambutan Hari Keluarga CGC 2019 adalah untuk memberi peluang kepada warga kerja CGC dan keluarga masing- masing untuk saling mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi. Saya percaya dengan mengenali ahli keluarga rakan sekerja, kita akan lebih memahami personality mereka dengan lebih baik dan membina keakraban yang lebih kukuh samada semasa waktu bekerja ataupun diluar waktu bekerja.

Para Hadirin Sekalian

Saya percaya keluarga yang bahagia melahirkan warga kerja yang produktif dan berkomitmen tinggi. Kepada semua ahli keuarga yang hadir pada pagi ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda kepada warga kerja CGC. Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga, maka warga kerja CGC mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh perhatian dan dedikasi. Sambutan Hari Keluarga CGC ialah tanda penghargaan pihak pengurusan diatas segala jasa baik dan pengorbanan anda sebagai warga CGC.

Pelbagai aktiviti riadah telah disusun untuk para hadirin pada pagi ini. Antaranya ialah Senamrobik, Plant a Tree, Nature Tracking, Sukaneka untuk kanak-kanak dan orang dewasa serta acara memanah dan mencanting batik. Pastikan anda turut serta dalam menyertai acara-acara ini.

Pelbagai juadah yang enak telah disediakan untuk semua dan ini termasuk sarapan pagi dan juga hidangan makanan tengahari. Ahli Jawatankuasa juga telah menyediakan 10 kambing golek khas. Hari ini, mengembeklah kita….

Selain daripada itu, sambutan Hari Keluarga tahun ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti Cabutan Bertuah. Pastikan anda telah mendaftar untuk cabutan bertuah yang akan diadakan bermula jam 10 pagi. Saya juga menjemput anda untuk membeli barangan keluaran 4 PKS di tapak sambutan Hari Keluarga ini. Mereka termasuk TSL Bestmas Manufacturing Sdn Bhd (frozen dimsum), Sticky Malaysia Candies, Calaqisya Sdn Bhd yang menjual Hijab and wangi-wangian, and Chatime Malaysia.

Para Hadirin Sekalian

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa sambutan Hari Keluarga CGC 2019 yang diketuai oleh Encik Rahim Raduan kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang meriah ini.

Sekian.

Wabillahitaufik wal hidayah wa salamualaikum wbt.

– Tamat –