KUALA LUMPUR, 13 Okt 2014 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menceriakan 50 orang daripada keluarga miskin sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.

Usaha amal ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) CGC dalam menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga miskin – tidak berkemampuan, kelainan upaya dan yang memerlukan keperluan istimewa – dalam membantu mereka bagi penyediaan untuk menyambut hari perayaan.

Usaha ini adalah salah sebuah langkah permulaan dalam siri CSR CGC yang bertemakan usaha amal untuk menghulurkan bantuan sebagai penyediaan awal kepada masyarakat semasa musim perayaan.

Usaha murni ini adalah kerjasama dengan pihak Kechara Soup Kitchen Society, di mana keluarga ini telah diberikan bantuan kewangan serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan disamping mengurangkan beban kewangan mereka semasa musim perayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata Kechara Soup Kitchen Society dipilih menjadi rakan kongsi bersama CGC kerana pengalaman mereka yang tidak terhingga dalam meluangkan masa bersama golongan miskin dan gelandangan di sekitar Lembah Klang.

Dalam usahasama projek ini, 25 keluarga menerima wang tunai bernilai RM250.00 dalam bentuk baucar daripada CGC bagi membeli barang barang keperluan. Selain itu, sebahagian keluarga tersebut juga memenangi hadiah wang tunai tambahan dalam bentuk baucar dari pertandingan yang diadakan setelah acara membeli belah tamat. Secara keseluruhannya, CGC telah memperuntukkan RM10,500 untuk usaha CSR ini.

Datuk Wan Azhar juga berkata objektif utama projek ini adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan taraf hidup mereka semasa musim perayaan.

Timbalan Presiden Eksekutif Sokongan Korporat CGC, Nazleena Nordin berkata program ini adalah pengalaman yang bermakna, dalam bukan sahaja memberi cek kepada penerima, tetapi memberi peluang mereka membeli belah dalam suasana yang meriah.

T. Shamala, dari Sentul berkata dia sangat gembira dan bersyukur diatas penerimaan bantuan kewangan yang sedikit sebanyak dapat membantu empat ahli keluarganya dan juga meyatakan bahawa sudah lama tidak membeli belah seperti ini.

“Suami saya ialah orang kelainan upaya (OKU) dan saya mempunyai anak berumur 14 dan 17 tahun yang masih bersekolah. Barang keperluan yang dibeli menggunakan baucar pada hari ini dapat bertahan selama 2 minggu,” katanya, dengan menambah ini adalah pertama kali mereka mendapat bantuan kewangan.

Kontraktor bekerja sendiri, M Siva, 36, dari Setapak Jaya berkata dia gembira dalam menerima bantuan keperluan harian dimana ia dapat membantu kekangan keluarganya semasa musim perayaan

Presiden Kechara Soup Kitchen Society, Dato’ Ruby Khong berkata ini merupakan usahama kali pertama yang mengujakan diantara CGC, Kechara dan Pusat Membeli Belah Sogo, dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan.

‘Kami mempunyai data yang lengkap tentang kesemua keluarga berikut. Keluarga ini dipilih sempena sambutan perayaan Deepavali, seminggu dari sekarang. Secara biasanya, kami akan berikan apa yang diperlukan semasa membuat penghantaran kepada keluarga tertentu. Walau bagaimanapun, ia adalah satu usaha yang menarik dari pihak CGC, dimana mereka boleh membeli mengikut keperluan mereka,” kata beliau, dengan menambah ia adalah lebih efisyen.

Dato’ Ruby juga berkata dia sangat mengalu alukan bagi usahama sebegini bersama CGC di masa hadapan, terutamanya pada musim perayaan.  

Program ini dihadiri Timbalan Presiden Eksekutif Sokongan Korporat Nazleena Nordin, Pengawal Kewangan Gayah Haji Mohd Nordin, Timbalan Presiden Kanan Khidmat Korporat Komathi Lalitha  Veeriah, Ketua Pegawai Risiko Perbagaran Kuppusamy, warga kerja CGC, Presiden dan wakil dari Kechara Soup Kitchen, dan sukarelawan dari Kelab Rekreasi CGC (KRCGC).

Pada skala yang lebih besar, CGC sentiasa di hadapan dalam memberi bantuan akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang mampu berdaya saing. Melalui sistem jaminan, CGC telah membiayai lebih daripada 420,000 PKS setakat ini dan secara tidak langsung usaha ini telah berjaya menaikkan taraf hidup ribuan rakyat Malaysia kerana PKS adalah salah satu daripada majikan terbesar di negara ini.