BizJamin-i RAKYAT2E

Objektif

  • BizJamin-i RAKYAT2E adalah inisiatif kerjasama antara CGC dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk keperluan perniagaan mereka.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/atau
  • Perbelanjaan modal

Kriteria Kelayakan

  • Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham;
  • Mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/pejabat di Sabah/Sarawak, termasuk:

i) Pemilikan Tunggal;

ii) Perkongsian;

iii) Perkongsian Liabiliti Terhad; atau

iv) Syarikat Sendirian Berhad.

  • Perniagaan mesti memenuhi definisi kategori Mikro yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia (untuk maklumat lanjut, sila klik sini);
  • Kakitangan utama/pengurusan hendaklah berumur sekurang-kurangya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian penuh bayaran ansuran;
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan menetap di premis perniagaan di bawah kakitangan utama dan jenis perniagaan yang sama;

i) Peserta iTEKAD; atau

ii) Perniagaan mikro tidak formal; atau

iii) Perniagaan dari rumah.

  • Kakitangan utama/pengurusan perniagaan telah menjalani program iTEKAD dan/ atau telah menghadiri salah satu dari  kursus yang berikut:

i) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; atau

ii) INSKEN (Institut Keusahawanan Negara); atau

iii) Kursus-kursus yang diterima dan disahkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (syarat mesti dipenuhi sebelum kelulusan permohonan pembiayaan).

Had Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga RM10,000.00

Tempoh Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga lima (5) tahun

Jenis Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Berjangka

Perlindungan Jaminan

  • 80%

*Yuran Jaminan ditanggung oleh Bank

Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Kadar Keuntungan

  • 7.5% setahun (kadar rata)

*tertakluk kepada semakan (jika ada) oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Prosedur Permohonan

  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada CGC Malaysia untuk kelulusan perlindungan jaminan.
  • Permohonan yang telah diluluskan akan dikemukakan oleh CGC Malaysia kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk pemprosesan permohonan pembiayaan.

Tempoh Permohonan

  • Skim ini disediakan sehingga kehabisan peruntukan, atau tertakluk kepada notis selanjutnya.