PETALING JAYA, Nov 11, 2014: Dalam usaha mempercepatkan pembiayaan akses kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Affin Bank Berhad (AFFINBANK) telah bekerjasama untuk menawarkan jaminan portfolio bernilai RM50 juta.

Ini merupakan jaminan portfolio pertama CGC dengan perkongsian risiko mekanisme berciri khas. Di bawah perjanjian ini, AFFINBANK akan menyerap segala pinjaman terjejas semasa tahun pertama pembiayaan.

Dengan ketelitian kredit yang diwujudkan oleh AFFINBANK, kualiti pinjaman amat menyakinkan dan bank tersebut memilih untuk tidak melanggan jaminan perlindungan bagi tahun pertama tempahan pinjaman.

Oleh yang sedemikian, AFFINBANK mampu menawarkan kadar pembiayaan yang lebih rendah dan kompetitif kepada pelanggannya. Usaha ini bagi menggalakkan pembangunan PKS di negara ini melalui mekanisme jaminan CGC.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan CGC untuk menawarkan pembiayaan jaminan ini kepada PKS dan amat gembira kerana pelanggan akan menikmati kadar yang kompetitif. Di AFFINBANK, kami sentiasa berusaha dan membangunkan penyelesaian kewangan baru dan inovatif serta pakej bagi pelanggan kami.

“Jaminan portfolio ini ditambah pula dengan barisan produk yang pastinya akan membantu PKS dalam mengembangkan perniagaan mereka lebih jauh dan secara tidak langsung menyokong pembangunan industri PKS secara umumnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekuti fAFFINBANK, Dato’Zulkiflee Abbas Abdul Hamid di majlis menandatangani perjanjian itu hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata jaminan portfolio ini akan memberi kelebihan kepada PKS yang berhasrat untuk memenuhi keperluan modal kerja, pembelian aset serta perbelanjaan modal, dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 170 PKS untuk fasa pertama ini.

“Kami amat gembira kerana perkongsian jaminan portfolioini membolehkan PKS mendapat akses yang lebih pantas dalam membiayai dengan masa pusingan yang lebih singkat dari segi kelulusan.Kerjasama ini juga membolehkan pengeluaran pinjaman seperti aplikasi yang dinilai berdasarkan yang telah ditetapkan dan dipermudahkan mengikut kriteria kelayakan pinjaman,” tambah Datuk Wan Azhar.

Jaminan CGC adalah sehingga tempoh pinjaman maksimum tujuh tahun dari tarikh kelulusan CGC dan jumlah pembiayaan adalah di antara RM100,000 dan RM500,000.

Kadar pembiayaan adalah bergantung kepada penarafan kredit peminjam dan akan ditentukan oleh piawaian penilaian kredit AFFINBANK serta segmen pasaran yang disasarkan itu.

“Selain itu, jaminan portfolio yang unik ini dijangka sebahagian besarnya dinikmati oleh PKS dalam sektor pembinaan dan borong, yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi akses kepada pembiayaan yang penting untuk pertumbuhan berterusan,” kata Datuk Wan Azhar.

Ciri yang berbeza dari jaminan portfolio sebelum ini bagi PKS ialah kadar kelulusan jaminan hampir 100% berdasarkan pengalaman lalu, yuran jaminan yang rendah dan aplikasi mudah.

Datuk Wan Azhar berkata, bagi tahun ini, CGC telah mencapai sasaran pinjaman jaminan portfolio sebanyak RM900 juta dan jumlah ini telah memberi manfaat kepada 1,800 PKS.

“Secara keseluruhan dari tahun 2009, CGC telah menjamin lebih RM2 bilion pinjaman jaminan portfolio melalui kerjasama dengan pelbagai institusi kewangan,” katanya, sambil menambah bahawa perkongsian permbiayaan jaminan CGC telah memberi manfaat kepada 5,900 PKS.

Tambahnya, kerjasama perniagaan masa depan dengan AFFINBANK termasuk ‘1 Wholesale Guarantee’ yang akan disasarkan untuk membantu pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Dalam masa terdekat, CGC akan meneroka sector pertumbuhan baru seperti Bumiputera, Halal Traders, dan Harta Intelek.

Pinjaman PKS telah menjadi segmen perniagaan AFFINBANK yang berkembang dengan pesat setiap tahun, dan kini menyumbang hampir 20% daripada jumlah pinjaman kasar bank itu.

“Kami menyasarkan untuk mengembangkan portfolio ini lebih lanjut seperti yang kita lihat ia berpotensi besar dalam segmen PKS. Di samping itu, perjanjian jaminan portfolio baru dengan CGC, AFFINBANK sedang berusaha ke arah menyediakan pakej pembiayaan bagi menambahkan lagi pakej pembiayaanyang sedia ada.

“Namun, usaha ini bukan sekadar mengenai bilangan (produk) yang kami tawarkan. Di AFFINBANK, kami percaya dalam memberikan lebih daripada produk. Kami memberikan amanah dalam perkhidmatan kami sehingga pelanggan dan rakan kongsi kami akan terus berurusan bersama kami, ” tambah Dato’ Zulkiflee.