KUALA LUMPUR, Julai 14 –  Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dianugerahi Sijil Merit dalam Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe, bagi tiga (3) tahun berturut-turut, baru-baru ini.

Penganugerahan Sijil Merit ini merupakan tanda pengiktirafan yang diberikan kepada CGC dalam membolehkan akses kepada pembiayaan untuk kontraktor Bumiputera yang terlibat di dalam pembangunan fasa kedua projek Aliran Transit Massa (MRT), di bawah Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i). Tabung ini juga menawarkan akses pembiayaan untuk pelbagai projek infrastruktur kebangsaan lain yang berprestij tinggi seperti pembinaan LRT, MRT, Lebuhraya Pan Borneo  serta Kompleks Pengerang Petroleum Johor Bersepadu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak menerima Sijil Merit tersebut bagi pihak CGC daripada Lord Mayor Dr. Frank Mentrup di Majlis Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe yang diadakan bersempena dengan Persidangan Kewangan Mampan Global yang berlangusung di Karlsruhe, Jerman.

Menurut Mohd Zamree, kemenangan Sijil Merit ini membuktikan komitmen dan pimpinan syarikat dalam mengendalikan urusan harian berteraskan pengamalan kesinambungan di dalam semua lapisan operasi syarikat.

“Kami berasa amat gembira untuk menerima Sijil Merit ini kerana ianya merupakan satu testimoni terhadap sokongan padu yang kami terima sepanjang tahun daripada para pelanggan, ditambah pula dengan usaha gigih kami yang seiring dengan Strategi 5 Tahun CGC dalam usaha mencapai aspirasi CGC untuk menjadi “Nama Utama untuk PKS menjelang 2020.”

Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe memberi penghormatan kepada institusi-institusi  kewangan dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang siginifikan dalam bidang kewangan mampan.

Karlsruhe merupakan sebuah kota hub sains dan teknologi di Jerman di mana penghuninya mengamalkan prinsip pemikiran yang terbuka. Kota ini turut menjadi tapak Makhamah Persekutuan Wilayah.

CGC memenangi Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe buat julung kalinya pada bulan Jun 2015, di bawah kategori “Inovasi Servis Kewangan Terbaik” untuk produk ‘BizMula-i’.

Pada tahun yang berikutnya, CGC memenangi sijil Merit “Inovasi Terbaik”, di bawah kategori Produk dan Perkhidmatan Kewangan Mampan untuk produk ‘BizWanita-i’ pada Majlis Anugerah Kelestarian Kewangan Karlsruhe 2016.

TPUB-i dilancarkan pada tahun 2009, untuk memberi akses bantuan kewangan yang mudah kepada PKS Bumiputera, sehingga RM 3 juta untuk pemohon yang baru dan RM 5 juta bagi pemohon yang lama. Sejak penubuhannya, sebanyak RM1.06 juta dana telah diluluskan dan dana ini telah membantu lebih daripada 1440 kontraktor Bumiputera.