Petaling Jaya, 30 Oktober – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ong Eng Bin sebagai pengarah bukan eksekutifnya bermula pada 14 Oktober 2014.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan korporat. Kerjaya beliau dalam bidang perbankan korporat menjangkau sehingga 26 tahun sejak beliau mula bekerja bersama OCBC Bank pada tahun 1988.

Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Ketua Perbankan Korporat, dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Perbankan Perniagaan pada tahun 2012, dengan tanggungjawab yang meliputi korporat dan komersial, perniagaan dan transaksi perbankan yang baru diperkenalkan.

Pada bulan Ogos 2014, Ong telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Berhad.

Selain dari peranan beliau bersama OCBC Bank, Ong juga merupakan ahli majlis Persatuan Bank-Bank di Malaysia.

Terkini, Ong berkhidmat sebagai Pengarah di e2 Power Sdn Bhd, Ban Hong Leong dan Company Sdn Bhd, Malaysia Nominees (Asing) Sendirian Berhad, Malaysia Nominees (Tempatan) Sendirian Berhad dan OCBC Nominees ( Malaysia) Sdn Bhd.

Ong memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom.

CGC mempunyai sembilan (9) ahli lembaga pengarah dengan Dato’ Agil Natt sebagai Pengerusi.