KUALA LUMPUR, 7 Disember – CGC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nadzirah Abdul Rashid sebagai Pengarah bukan Eksekutif CGC baru-baru ini.

Nadzirah membawa bersama pengalaman profesional selama 25 tahun dalam bidang pasaran sekuriti dan industri perbankan. Beliau memulakan kerjaya di Bank Negara Malaysia sebagai pemeriksa bank dan kemudiannya mengetuai jabatan kewangan bagi sebuah institusi kewangan. Beliau menyertai Kumpulan Bursa Malaysia pada tahun 1999 dan telah menjawat pelbagai jawatan dalam bahagian Kewangan dan Pentadbiran di pelbagai syarikat dalam kumpulan tersebut. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Bursa Malaysia Berhad dari tahun 2006 sehingga awal 2014.

Terkini, Nadzirah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif di CIMB Investment Bank Bhd. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bahagian CPA Australia, Bahagian Malaysia. Beliau merupakan Felo CPA Australia dan Ahli Institut Akauntan Malaysia.

Nadzirah memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari University of South Australia, Australia.