Kota Kinabalu, 29 Mac – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan menganjurkan Klinik Usahawan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah pada 31 Mac 2015.

Klinik Usahawan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha penuh CGC untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi tentang kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC bagi membolehkan PKS yang berdaya maju di Sabah mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi kewangan. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada PKS untuk berjumpa warga kerja CGC bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga khidmat nasihat disamping memupuk hubungan perniagaan yang baik antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC , Mohd Zamree Mohd Ishak berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan wawasan CGC untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan PKS yang berdaya saing dan dinamik di Malaysia.

“Sebagai institusi yang berdedikasi dalam pembangunan PKS, kami memberi tumpuan dalam meningkatkan jangkauan PKS melalui kerjasama kami bersama dewan-dewan perniagaan di Sabah dan juga berkhidmat kepada sektor PKS yang memerlukan khidmat kewangan dan lain-lain khidmat sokongan dari CGC,” tambah Zamree.

Klinik Usahawan CGC terdiri daripada dua sesi. Pada sesi pagi, taklimat mengenai produk CGC dan prosedur penilaian pinjaman untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah akan diadakan. Bagi sesi petang, taklimat yang bertajuk Seminar Pembiayaan Perniagaan akan dianjurkan untuk ahli-ahli Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan Cina Sabah (SUCCC).

Kedua dua sesi Klinik Usahawan CGC akan diadakan di Dewan Bank Negara Malaysia yang bertempat di Jalan Lapan Belas, di Kota Kinabalu.

Kepada yang berminat untuk menyertai Klinik Usahawan CGC boleh menghubungi En. Rozlezam Akop, Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Puan Agnes Vivvy Toisin, Penolong Ketua Cawangan CGC di Kota Kinabalu di talian 088-486850 atau boleh melayari http://www.cgc.com.my/event-calendar/untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Pada tahun 2014, CGC telah memperuntukkan RM40 juta pembiayaan kepada kira-kira 140 PKS di Sabah yang sebahagian besarnya dalam sektor borong, pembinaan dan hartanah melalui dua (2) cawangan CGC di Kota Kinabalu dan Sandakan.

Melihat Sabah sebagai kawasan yang berpotensi bagi pertumbuhan untuk CGC, CGC menyasarkan untuk menyediakan kira-kira RM61 juta pembiayaan kepada PKS pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 52.5 % berbanding dengan tahun sebelumnya.

Setakat ini, CGC telah meluluskan lebih daripada 427.800 pinjaman, memberi jaminan sebanyak RM56 bilion. Bagi tahun 2015, CGC menyasarkan untuk menyediakan RM3 bilion pembiayaan yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 7,800 PKS di seluruh negara.

Kota Kinabalu, 29 Mac – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan menganjurkan Klinik Usahawan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah pada 31 Mac 2015.

Klinik Usahawan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha penuh CGC untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi tentang kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC bagi membolehkan PKS yang berdaya maju di Sabah mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi kewangan. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada PKS untuk berjumpa warga kerja CGC bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga khidmat nasihat disamping memupuk hubungan perniagaan yang baik antara kedua-dua pihak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC , Mohd Zamree Mohd Ishak berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan wawasan CGC untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan PKS yang berdaya saing dan dinamik di Malaysia.

"Sebagai institusi yang berdedikasi dalam pembangunan PKS, kami memberi tumpuan dalam meningkatkan jangkauan PKS melalui kerjasama kami bersama dewan-dewan perniagaan di Sabah dan juga berkhidmat kepada sektor PKS yang memerlukan khidmat kewangan dan lain-lain khidmat sokongan dari CGC," tambah Zamree.