KUALA LUMPUR, 24 Apr, 2015: AmBank (M) Berhad dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) pada hari ini menandatangani Perjanjian Usahasama Jaminan Portfolio dalam usaha meningkatkan pembiayaan bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, CGC dan AmBank komited dalam melaksanakan pembiayaan berjumlah RM300 juta kepada lima sektor utama iaitu Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Sektor Pembuatan, Sektor Pendidikan, Sektor Kesihatan dan juga Sektor Pembinaan serta Perkhidmatan.

Sektor-sektor ini adalah tertakluk di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020 yang mempunyai potensi dalam pertumbuhan di mana Malaysia mempunyai kelebihan komparatif dan berdaya saing dengan kesan penggandaan yang tinggi.

Lima sektor PKS yang dinyatakan boleh mendapatkan jumlah pembiayaan yang tinggi, sehingga RM3 juta dengan tempoh pinjaman sehingga lima tahun.

“Kami amat berbangga dalam menjalin kerjasama bersama CGC melalui Jaminan Portfolio ini dimana AmBank akan menyediakan pembiayaan modal kerja bagi PKS yang layak. Kami telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta sebagai dana pemulaan dalam usaha meningkatkan jangkauan kami terhadap PKS di Malaysia.

“Segmen PKS adalah salah satu daripada bidang pertumbuhan utama kami tahun ini, oleh yang demikian, pergandingan dengan CGC adalah tepat pada masanya bagi Kumpulan AmBank untuk meningkatkan bahagian pasaran kami dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kami,” kata Cik Pushpa Rajadurai, Pengarah Urusan Perbankan Borong, Kumpulan AmBank di majlis menandatangani perjanjian Jaminan Portfolio bersama CGC. Beliau menandatangani dokumen perjanjian bersama Encik Mohd Zamree Mohd Ishak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CGC sambil disaksikan oleh Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank dan Dato ‘ Agil Natt, Pengerusi CGC.

“CGC sentiasa komited dalam menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif bagi menangani kebimbangan utama di kalangan PKS, iaitu tempoh masa yang diperlukan bagi pinjaman yang diluluskan dan dikeluarkan. Oleh itu, kerjasama kami bersama AmBank terutamanya ditumpukan untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang diperlukan dalam masa yang singkat bagi PKS, dimana terbukti boleh dilaksanakan melalui Jaminan Portfolio,” kata Zamree.

“CGC mampu memberikan kelulusan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penerimaan permohonan daripada institusi-institusi kewangan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dipermudahkan bagi kelayakan pinjaman,” katanya.

“Dengan kerjasama bersama AmBank, kami optimis dalam memanfaatkan pengalaman dan rangkaian cawangan AmBank yang luas untuk meningkatkan lagi jangkauan kami terhadap PKS,” kata Zamree.

Antara ciri unik Jaminan Portfolio ini adalah kepastian dalam kelulusan yang hampir 100% diatas kecekapan aliran proses dan pengalaman sebelum ini, dimana tiada yuran jaminan dan aplikasi yang mudah dan cepat.

Zamree juga menambah bahawa usaha seterusnya dalam menjalin kerjasama bersama AmBank termasuk pembiayaan Jaminan Borong yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan perniagaan tidak bercagar, satu usaha baru bagi industri perbankan dalam mengurangkan risiko pada akaun kewangan dan membebaskan modal bagi pembiayaan PKS.

Pada majlis yang sama, AmBank turut melancarkan ‘AmBank BizSolutions’ untuk menawarkan produk dan penyelesaian pembiayaan dan bukan-pembiayaan yang disesuaikan bagi syarikat-syarikat komersial dan PKS.

Antara rangkaian produk dan penyelesaian di bawah BizSolutions AmBank adalah ‘BizSolutions’ Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) Portfolio Guarantee (PG) –Term Loan (TL) atau BizSolutions CGC PG-TL dan BizSolutions Fortune$, dengan produk yang lebih mengutamakan pelanggan dalam perancangan bagi menginovasikan perniagaan mereka .

“Dengan PKS sebagai daya penggerak ekonomi Malaysia, penyelesaian pembiayaan ini boleh disesuaikan melalui pembiayaan aset yang paling mudah sehingga modal kerja am dan juga termasuk membiayai projek-projek yang khusus. Ia bukan sekadar urusniaga harian, AmBank ‘BizSolutions’ mampu menyediakan penyelesaian untuk pengurusan aliran tunai anda dan juga untuk menguruskan urusan pemiutang dan penghutang anda,” kata Pushpa.