[print-me title="Cetak" target=".overviewt"]

Tinjauan

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) adalah sebuah syarikat berhad yang yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Julai 1972. Objektif utamanya adalah untuk memainkan peranan pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang marginal tetapi berpotensi untuk berdaya maju, terutamanya perusahaan tanpa cagaran atau tidak mempunyai cagaran dan rekod yang mencukupi, untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Melalui skim jaminannya, CGC telah memudahkan akses kepada pembiayaan buat PKS.

Dalam tahun-tahun pembentukannya, tujuan utama CGC adalah untuk membantu perusahaan kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor pertanian, komersial dan perindustrian. Seiring dengan perkembangan dan kepelbagaian ekonomi Malaysia, permintaan untuk perkhidmatan jaminan CGC juga meningkat dan CGC telah meluaskan rangkaian produk dan perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan bagi kemudahan kredit yang lebih besar seperti yang diperlukan oleh PKS yang bersaiz sederhana.

Kini, sokongan CGC untuk PKS bukan sahaja terhad pada penyediaan jaminan pinjaman dan kemudahan pembiayaan, tetapi juga perkhidmatan seperti pembangunan kewangan dan perniagaan, maklumat kredit, dan perkhidmatan penarafan kredit dengan kerjasama SME Corp dan Credit Bureau Malaysia Sdn.Bhd (CBM). Melalui CBM, CGC telah membantu PKS untuk meningkatkan keyakinan kredit dan keupayaan perbankan mereka bagi mendapatkan pembiayaan yang menggalakkan dan terma kredit daripada pihak bank dan pemberi kredit lain berdasarkan merit mereka sendiri.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, CGC telah membentuk pakatan strategik bersama institusi-institusi perbankan untuk menawarkan lebih banyak pilihan pembiayaan yang inovatif dari segi kos dengan menggunakan saluran yang telah terbukti keberkesanannya dalam membantu PKS untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan.

Sehingga kini, CGC telah memainkan peranan penting dalam penubuhan lebih daripada 445,217 PKS dengan jumlah jaminan melebihi RM63.7 bilion.

Pemegang saham semasa CGC adalah Bank Negara Malaysia (bank pusat Malaysia) dan bank-bank komersial berlesen di Malaysia yang beroperasi dengan lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara.

Pemegang Saham :

Institusi (%) Pegangan Saham
Bank Negara Malaysia 78.65%
Bank-bank Komersil 21.35%

 

Modal Saham Dibenarkan : RM3.0 bilion saham bernilai RM1 setiap satu

  • Saham Utama : RM500 milion saham bernilai RM1 setiap satu
  • Saham Biasa : RM2.5 bilion saham bernilai RM1 setiap satu

Diterbitkan dan Dibayar Penuh : RM1,785.6 milion saham bernilai RM1 setiap satu

  • Saham Utama : RM200 milion saham bernilai RM1 setiap satu
  • Saham Biasa : RM1,585.6 milion saham bernilai RM1 setiap satu

Warta Kerajaan Persekutuan :

Visi

Untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang berdedikasi dalam mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya saing dan dinamik.

Misi

Membantu perusahaan kecil dan sederhana dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif dengan tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan yang tinggi.

Saluran Penghantaran