Kunjungan Hormat Perwakilan dari International Finance Corporation (IFC) dan Bank Dunia
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak menerima kunjungan hormat perwakilan dari International Finance Corporation (IFC) dan Bank Dunia di Bangunan CGC, Kelana Jaya pada 24 Mei 2022. Pengurus Negara bagi Brunei, Malaysia dan Singapura, En Nicolas Marquier dan Pegawai Negara Kanan bagi Brunei, Malaysia dan Singapura, Pn Anna Ng Li San mewakili IFC. Sementara itu, Pakar Sektor Kewangan Kanan, En Mohamed Rozani Mohamed Osman dan Konsultan, En Ahmad Hafiz Abdul Aziz mewakili Bank Dunia. Lawatan ini tertumpu kepada perbincangan tentang produk-produk jaminan/kemudahan CGC dan peluang kedua-dua pihak meneroka potensi kerjasama untuk menyokong PKS Malaysia melalui penyediaan pembiayaan perdagangan dan kemudahan perkongsian risiko.