Signing Ceremony between AmBank (M) Berhad & CGC
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan AmBank (M) Berhad meneruskan kerjasama strategik dengan menandatangani perjanjian untuk membangunkan lagi potensi pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Runcit AmBank dengan tambahan pembiayaan RM400 juta di bawah Skim Jaminan Portfolio PKS di Bangunan AmBank, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023. Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam ucapannya berkata, “Sejak 2015, AmBank dan CGC telah melancarkan 31 tranche skim jaminan lebih RM4.5 bilion untuk PKS. CGC memainkan peranan penting dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk PKS dengan merapatkan jurang antara Bank dan PKS melalui Skim Jaminan kami. Sejak penubuhannya pada 1972, CGC telah memanfaatkan lebih 523,000 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih RM90 bilion (sehingga 31 Disember 2022). CGC menyambut Ulang Tahunnya yang ke-50 pada 5 Julai tahun lalu dan kekal sebagai pemain utama dalam ekosistem pembiayaan PMKS. Pada 2022 selepas pandemik, CGC terus menyediakan jaminan untuk menyokong PKS, terutamanya melalui Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF), Kemudahan Teknologi Tinggi (HTF) dan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF). Saya juga ingin mengulangi bahawa CGC komited dalam agenda rangkuman kewangan dan komitmennya untuk membantu PKS mendapat akses kepada pembiayaan.”