Skim Pembiayaan Teknologi Hijau/-i 5.0
Manfaat
- Tersedia untuk: Syarikat dan usahawan tempatan dalam kategori Pengeluar, Pengguna, Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO), Pemaju Perumahan dan Pengendali Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon yang terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau yang menyokong agenda teknologi hijau negara. Ditawarkan oleh semua Institusi Kewangan Peserta (IKP). Syarikat yang memegang Sijil Projek Hijau GTFS 5.0 yang sah (diluluskan oleh MGTC) layak memohon perlindungan jaminan untuk pembiayaan mereka melalui IKP.
- Liputan Komprehensif: Termasuk Pembiayaan Berjangka, Kemudahan Aliran Tunai, Kemudahan Perdagangan dan banyak lagi.
- Sektor Berkenaan: Sektor Tenaga, Pembuatan, Pengangkutan, Bangunan, Sisa dan Air.
Kelayakan
- Jenis Perniagaan: Terbuka kepada Perniagaan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam dan entiti perniagaan Profesional.
- Pemerbadanan Tempatan: Perniagaan mesti diperbadankan atau didaftarkan di Malaysia, dengan sekurang-kurangnya 60% pegangan saham oleh warganegara Malaysia
- Pematuhan Syariah: Untuk skim jaminan Islam, berdasarkan kontrak Kafalah, perniagaan mesti mengekalkan pematuhan Syariah sepanjang tempoh jaminan.