Untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang efektif dan berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berdaya saing dan dinamik.
Meningkatkan daya maju perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif dengan tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan yang tinggi.
*Efektif Disember 2025
CAKNA ialah skim yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil (G1-G4) yang telah memperoleh kontrak Kerajaan tetapi memerlukan pembiayaan daripada institusi kewangan bagi memperkukuh aliran tunai dan kedudukan kewangan mereka.
CGC memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Maybank melalui pelancaran Jaminan Pembiayaan baharu bernilai RM1 bilion bagi memperluas akses pembiayaan kepada PKS di Malaysia pada setiap peringkat pertumbuhan.
CGC telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa Januari 2026, bagi memperkukuh Lembaga Pengarah CGC melalui pengalaman kolektif dalam tadbir urus, pelaburan strategik dan transformasi digital untuk memacu pelan pertumbuhan CGC serta perkongsian yang inklusif.
Skim Jaminan BizJamin Dipertingkatkan diperkenalkan semula untuk meningkatkan pembiayaan PMKS yang lebih mampu milik, telus dan efisien. Wakil dan pasukan Institusi Kewangan Rakan Kongsi yang cemerlang turut diiktiraf melalui Anugerah CGC Circle of Champion 2025 Fasa 1.
CGC bersama Bank Muamalat telah melancarkan kad Muamalat CGC Visa Business Platinum-i patuh Shariah bagi menyokong aliran tunai PKS dan PMKS. Inisiatif ini meneruskan kerjasama Halal Portfolio Guarantee-i dan selaras dengan usaha nasional memperkukuh ekosistem PKS.