CGC Youth Entrepreneurship Programme (YEP)

Bersedia untuk meningkatkan perniagaan kecil anda menjadi lebih mampan tetapi tidak pasti bagaimana untuk bermula?

CGC Youth Entrepreneurship Programme (YEP) dirangka khas untuk melengkapkan usahawan muda dengan ilmu, kemahiran dan rangkaian strategik bagi memperkukuh serta meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

Apakah YEP?

YEP ialah program pembangunan berstruktur yang memperkasa usahawan belia dan perniagaan peringkat awal agar lebih bersedia mendapatkan pembiayaan, mengukuhkan asas perniagaan dan mengembangkan operasi secara strategik.

Melalui latihan praktikal, bimbingan pakar dan rangkaian industri, peserta memperoleh panduan serta sokongan yang diperlukan untuk menukar idea kepada perniagaan yang berdaya tahan dan berpotensi tinggi.


Manfaat Program

  1. Asas & Literasi Kewangan (Business 101)
  2. Strategi Pemasaran & Pertumbuhan
  3. Akses Pasaran & Kesediaan Pembiayaan
  4. Pemantauan & Sokongan Berterusan

Ringkasan Program

  • Tempoh: 3 Bulan
  • Mod: Sesi dalam talian dan fizikal (sekitar Lembah Klang)
  • Bahasa: Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
  • Pengambilan:
    • Kohort 1 (Mei – Julai)
    • Kohort 2 (Ogos – Oktober) 

Kriteria Kelayakan

  • Berumur 18 – 35 tahun
  • Alumni TVET, graduan universiti atau ahli aktif komuniti usahawan/start-up
  • Perniagaan beroperasi kurang daripada 2 tahun dan ingin memacu pertumbuhan dengan lebih pantas
  • Menguruskan produk atau perkhidmatan sendiri secara aktif

Hantar permohonan anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada generasi baharu peneraju perniagaan. Daftar di sini. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📧 [email protected]
📞 03-7880 0088

🔗Klik di sini untuk Soalan Lazim (FAQ) dan Terma & Syarat