Untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang efektif dan berdedikasi dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berdaya saing dan dinamik.
Meningkatkan daya maju perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif dengan tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan yang tinggi.
*Efektif Disember 2025
CGC telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa Januari 2026, bagi memperkukuh Lembaga Pengarah CGC melalui pengalaman kolektif dalam tadbir urus, pelaburan strategik dan transformasi digital untuk memacu pelan pertumbuhan CGC serta perkongsian yang inklusif.
Skim Jaminan BizJamin Dipertingkatkan diperkenalkan semula untuk meningkatkan pembiayaan PMKS yang lebih mampu milik, telus dan efisien. Wakil dan pasukan Institusi Kewangan Rakan Kongsi yang cemerlang turut diiktiraf melalui Anugerah CGC Circle of Champion 2025 Fasa 1.
CGC bersama Bank Muamalat telah melancarkan kad Muamalat CGC Visa Business Platinum-i patuh Shariah bagi menyokong aliran tunai PKS dan PMKS. Inisiatif ini meneruskan kerjasama Halal Portfolio Guarantee-i dan selaras dengan usaha nasional memperkukuh ekosistem PKS.
CGC dan Public Bank telah melancarkan Jaminan Portfolio bernilai RM700 juta untuk meningkatkan pembiayaan PMKS, menawarkan pembiayaan hartanah, kredit tanpa cagaran serta sokongan bagi pelaburan teknologi hijau. Kemudahan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,500 PMKS di seluruh negara.
Universiti Malaya dan CGC telah menandatangani MoU bagi mengukuhkan kemahiran PMKS melalui CGC Developmental Programme®, dengan UMCCed menyediakan modul latihan yang disesuaikan. Kerjasama ini akan membina kapasiti dan memacu pertumbuhan mampan bagi PMKS Malaysia.