POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT MELIBATKAN SALAH LAKU KAKITANGAN CGC

Polisi ini digubal untuk kakitangan CGC atau orang awam bagi mendedahkan apa-apa kegiatan salah laku yang melibatkan kakitangan CGC mengikut prosedur-prosedur yang telah diperuntukkan di dalam dokumen ini.

Saluran Pemberian Maklumat

Pemberian maklumat boleh dibuat menerusi mana-mana saluran yang tertera di bawah, secara sulit:

Emel kepada salah seorang Pegawai yang ditetapkan seperti dibawah:
Pengerusi, Jawatankuasa Lembaga Tadbir Urus & Audit di whistleblowing1@cgc.com.my
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif di whistleblowing2@cgc.com.my
Ketua Juruaudit Dalaman di whistleblowing3@cgc.com.my
Secara atas talian melalui laman sesawang CGC di www.cgc.com.my
Secara bersemuka dengan mana-mana Pegawai yang ditetapkan dengan mengisi Borang Pemberian Maklumat yang boleh dimuat turun dari laman sesawang CGC.
Secara bertulis ke alamat berikut:
CGC Whistle-blowing Disclosure,
Bangunan CGC, Level 8,
97, Jalan SS 7/2, Kelana Business Centre,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Identiti Pemberi Maklumat

Untuk memastikan Pemberi Maklumat mendapat perlindungan yang sewajarnya di bawah Polisi ini dan untuk pihak CGC mengumpul maklumat lanjut berkaitan dengan maklumat yang dilaporkan, Pemberi Maklumat digalakkan untuk memberikan butiran-butiran maklumat mereka seperti yang tertera di bawah ini:

  1. Nama Pemberi Maklumat
  2. Nama Majikan (jika bukan kakitangan CGC)
  3. Jawatan Pemberi Maklumat
  4. No. Telefon dan/atau Alamat Emel untuk dihubungi

Butiran-butiran Pemberi Maklumat yang diberikan di atas akan diterima secara rahsia dan sulit.

Skop Pemberian Maklumat

Pemberian Maklumat haruslah melibatkan (tetapi tidak terhad kepada) salah laku yang tertera di bawah:

  1. Kecurian, penyelewengan, rasuah atau penipuan
  2. Kesalahan jenayah
  3. Penyalahgunaan dana atau aset Syarikat
  4. Penyalahurusan tadbir atau penyalahgunaan kuasa dalam Syarikat
  5. Tidak mematuhi dasar dan prosedur

Hanya maklumat sahih yang perlu dilaporkan oleh Pemberi Maklumat. Pemberi Maklumat bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pemberian maklumat telah dibuat secara jujur serta tanpa sebarang niat jahat. Selain daripada itu, sekiranya maklumat yang diberikan itu didapati remeh, tidak munasabah atau tidak lengkap, pemberian maklumat tersebut tidak akan dilayan.

Jika siasatan pihak CGC mendapati bahawa pemberian maklumat tersebut dibuat dengan niat jahat atau khianat, tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap Pemberi Maklumat.

Pemberi Maklumat yang ingin menarik balik laporan boleh berbuat demikian dengan menulis menerusi saluran permberian maklumat seperti di atas dengan menyatakan sebab-sebab penarikan balik laporan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak CGC berhak untuk meneruskan sebarang penyiasatan ke atas maklumat yang diberikan menurut budi bicara CGC.

Isi Kandungan Pemberian Maklumat

Sebarang pemberian maklumat hendaklah mengandungi butiran-butiran seperti berikut:

  1. Butiran Kakitangan CGC yang terlibat
  2. Butiran Salah Laku
    • Sebab-sebab Salah Laku
    • Tempat dan masa Salah Laku berlaku
  3. Maklumat lain (yang berkaitan dengan Salah Laku)
  4. Dokumen-dokumen Sokongan(jika ada)

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat

Pemberi Maklumat akan dilindungi di bawah Polisi ini sekiranya ianya dibuat dalam konteks yang sah. Perlindungan tersebut akan diberikan walaupun siasatan pihak kami kemudiannya mendapati bahawa Pemberi Maklumat telah melakukan kesilapan di dalam pemberian maklumat tersebut, setelah mengambil kira fakta-fakta dan peraturan serta prosedur yang terlibat.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat boleh dibatalkan berdasarkan tetapi (tidak terhad kepada) perkara-perkara yang berikut:

  1. Pemberi Maklumat terlibat di dalam Salah Laku yang dilaporkan
  2. Pemberi Maklumat dengan sengaja memberikan maklumat palsu
  3. Pemberian maklumat dibuat dengan unsur-unsur jahat atau khianat
  4. Maklumat yang dilaporkan didapati remeh, tidak munasabah atau tidak lengkap

Pemberitahuan Tindakan yang Diambil berkenaan Pemberian Maklumat

Pemberi Maklumat akan diberitahu mengenai tindakan yang diambil setelah maklumat diterima.

Proses Pemberian Maklumat

Whistle-blowing disclosure process

Nature of Complaint
Name of Alleged Person
Branch / Dept / Div
Alleged Details
Incident Date
Time
Location of Incident
Estimated Value Involved (if any)
Other Parties Involvement (if any)
Supporting Evidence or Document
(if any)

* Please provide supporting evidence or document if any.
Supported file types: JPG, PNG, GIF, PDF.

Complainant Details
Name (Optional)
Contact No.
Email
Submit to

* Please ensure the information provided is as accurate as possible.