[print-me title="Cetak" target="#middle_content"]

Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Sektor Mikro Kecil Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan kurang daripada RM300,000
ATAU
bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta
ATAU
daripada 5 hingga kurang daripada 75 pekerja
Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta
ATAU
daripada 75 hingga tidak melebihi 200 pekerja
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan kurang daripada RM300,000
ATAU
bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta
ATAU
daripada 5 hingga kurang daripada 30 pekerja
Jualan tahunan daripada RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta
ATAU
daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja

Nota:

Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi saiz operasi yang berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan tahunan sesebuah firma berada di bawah kategori perusahaan mikro tetapi bilangan pekerja terletak di bawah kategori perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro.