BizBina-i

BizBina-i

Cetak FAQ

Objektif

BizBina-i merupakan skim pembiayaan terus yang disediakan khas untuk perniagaan yang terjejas akibat bencana alam.

Tujuan Pembiayaan

Modal Kerja dan/atau Perolehan Aset

Nota: Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan pembiayaan sedia ada

Syarat-syarat Kelayakan

  • Khas untuk pelanggan pembiayaan sedia ada CGC* yang terjejas akibat bencana alam;
  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini);
  • Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham).

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum: RM20,000
  • Maksimum: RM200,000

Jenis Kemudahan

Pembiayaan Berjangka

Kadar Pembiayaan

Kadar Keuntungan Efektif: 3.50% setahun

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 5 tahun dan 6 bulan (termasuk tempoh penangguhan pembayaran prinsipal dan keuntungan selama 6 bulan)

Prosedur Permohonan

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Nama Anda:

E-mel:

Nombor Telefon:

Pertanyaan:

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my