Signing Ceremony between CIMB and CGC
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) serta Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) di Hotel St Regis, Kuala Lumpur pada 26 September 2022. Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah merasmikan majlis ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Dato' Abdul Rahman Ahmad, Pengerusi CGC, Dato’ Mohammed Hussein, dan Pegawai Utama SJPP, Chen Yin Heng. MoU ini adalah untuk menyokong dan merangsang pemulihan persekitaran perniagaan PKS melalui pembiayaan RM30 bilion bagi Program Pembiayaan Hibrid yang dijamin oleh CGC, Kemudahan Peralihan Rendah Karbon CIMB dan Skim Jaminan Kerajaan Pemulih (PGGS) SJJP. Pengerusi CGC, Dato’ Mohammed Hussein berkata, “PKS harus terus berdaya maju dan berkembang untuk kekal relevan bagi mengekalkan pemulihan ekonomi negara. Demi menyokong usaha ini serta kekal fokus pada objektif utama CGC untuk menyokong PKS dan memacu agenda rangkuman kewangan Malaysia, CGC komited untuk meningkatkan kesediaan organisasi untuk memenuhi peranan tersebut. Oleh itu, CGC berbesar hati untuk bekerjasama dengan CIMB melalui program jaminan CGC iaitu Program Pembiayaan Hibrid yang membolehkan PKS merealisasikan matlamat perniagaan mereka, merentasi pelbagai sektor dalam perniagaan dan perdagangan."