CSR Hari Raya with Rumah Bakti Al-Kausar Bangi
Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba serta sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Rumah Bakti Al-Kausar Bangi, hari ini. Acara tahunan CGC ini telah meraikan seramai 31 kanak-kanak yatim piatu dan daripada komuniti B40 di kawasan Bangi Selangor. Kanak-kanak ini menyertai aktiviti membeli belah pakaian Hari Raya seperti baju melayu, baju kurung, songkok, tudung dan kasut di Mydin Wholesale Hypermarket, Semenyih Selangor. Ketua Pegawai Kewangan CGC, Shazmeer Mokhtar, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Mohana Arumugam dan Ketua Jabatan Perancangan Strategik, Mohd Faiz Ahmad Nazlan turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak serta para penjaga. Untuk melengkapkan acara CSR ini, CGC turut membuat sumbangan kepada Rumah Bakti untuk mengurangkan beban kewangan mereka. Ini adalah selaras dengan misi CGC untuk membantu komuniti yang terpinggir dan kurang diberi perhatian. Terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih dan para sukarelawan CGC yang turut memeriahkan inisiatif ini.