Anugerah Pendokong Utama PKS mula diperkenalkan pada tahun 1996. Anugerah tersebut diberikan kepada rakan-rakan perbankan kami diatas sumbangan dan usaha mereka yang berterusan dalam menyokong dan berkhidmat untuk PKS yang kecil tetapi berpotensi mempunyai keupayaan perbankan dalam semua sektor bagi mendapatkan lebih akses kepada pembiayaan. Penerima anugerah tersebut dipilih berdasarkan satu set kriteria yang ditentukan oleh CGC, termasuk antara lain, jumlah dan nilai pinjaman yang dijamin, pertumbuhan pinjaman serta pertumbuhan pendapatan bersih dan kadar kemungkiran. Sehingga kini, 23 buah bank komersil dan Bank Islam serta institusi kewangan pembangunan telah menerima Anugerah Pendokong Utama PKS CGC sejak ia mula diperkenalkan.