Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Islam (SPTH – i) untuk Pengguna
Statistik Skim
Bilangan Permohonan yang Diluluskan Jumlah yang Diluluskan (RM)
294 RM 3,159,342,027.00
Baki Dana:
RM 340,657,973.00
24 November 2017

Pengenalan

Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau, iaitu satu sektor yang dijangka menjadi salah satu pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negara kita.

Ini adalah inisiatif nasional yang bertujuan untuk mencapai persekitaran yang mampan. Institusi Kewangan yang mengambil bahagian (PFI) berperanan penting dalam memastikan kejayaan SPTH, yang melibatkan pembiayaan syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau.

Kriteria Pelaburan

Pelaburan dalam Teknologi Hijau merangkumi produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: –

  • Mengurangkan kemerosotan alam sekitar
  • Mempunyai pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang sifar atau rendah;
  • Selamat untuk digunakan dan menggalakkan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua bentuk kehidupan;
  • Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber asli; atau
  • Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Penerangan

Penerangan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Islam (SPTH – i) untuk Pennguna
Had Pembiayaan Bagi membiayai pelaburan di dalam pengeluaran teknologi hijau yang memenuhi matlamat skim
Kriteria Kelayakan Syarikat berdaftar yang dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 70%) dalam semua sektor ekonomi.
Had Pembiayaan Maksimum: RM10 juta (bagi setiap syarikat)
Tempoh Pembiayaan Sehingga 10 tahun

Kemudahan yang Layak

Semua jenis kemudahan pembiayaan di bawah pembiayaan Islam dan Konvensional

Yuran Pengurusan

  • 0.5% setahun ke atas lindungan jaminan

Kadar Faedah / Kadar Pembiayaan

  • Ditentukan oleh Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian

Lindungan Jaminan

  • 60% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Insentif Kerajaan

  • Kerajaan membayar 2% faedah atau subsidi keuntungan ke atas jumlah pembiayaan

Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian

  • Semua bank-bank komersil dan bank-bank Islam
  • Semua Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Pembangunan, SME Development Bank, Agrobank, Bank Rakyat, EXIM Bank dan Bank Simpanan Nasional)
  • Malaysia Debt Venture Berhad (MDV). MDV bagaimanapun terhad kepada jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM800 juta.

Agensi Pelaksana

Malaysian Green Technology Corporation dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad .

Prosedur Permohonan

  • Syarikat-syarikat mengemukakan permintaan untuk audit teknikal ke Green Technology Corporation Malaysia.
  • Setelah lulus audit teknikal, syarikat-syarikat boleh terus mengemukakan permohonan untuk pembiayaan kepada mana-mana PFI.
  • Setelah diluluskan, PFI boleh memohon jaminan kepada CGC secara langsung.

Tarikh Akhir Permohonan

Skim ini boleh didapati dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2017 atau semasa kelulusan pembiayaan sehingga RM3.5 bilion, yang mana lebih awal.

* Untuk maklumat teknikal mengenai SPTH, sila hubungi:

Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia)
No. 2, Jalan 9/10, Persiaran Usahawan, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Talian Bantuan: 1 800 88 4837
Faks: 03-8921 0801/0802
E-mel: feedback@gtfs.my
Laman web: www.gtfs.my