Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) & Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Islam (SPTH – i) 4.0

Objektif

Teknologi Hijau dijangkakan akan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia. GTFS / GTFS-i 4.0 telah ditubuhkan oleh Kerajaan bertujuan untuk menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan supaya terlibat dalam projek berasaskan teknologi hijau bagi menyokong agenda teknologi hijau negara.

Tujuan Pembiayaan

  • Pengeluar Teknologi Hijau – Pelaburan dalam pengeluaran produk teknologi hijau (tidak termasuk projek solar berskala besar dan sistem solar fotovoltaik bumbung).
  • Pengguna Teknologi Hijau – Pelaburan dalam penggunaan produk berasaskan teknologi hijau [tidak termasuk projek di bawah inisiatif Net Energy Metering (NEM) dan Self-Consumption (SELCO)].
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) – Pelaburan atau aset berkaitan dengan projek kecekapan tenaga dan/ atau kontrak prestasi tenaga [Energy Performance Contract (EPC)].
  • Pemaju Perumahan – Pembinaan bangunan hijau bertumpu kepada pembangunan kediaman dengan kos jualan maksima RM350,000.
  • Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon – Operator infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik.

Skim ini boleh digunakan untuk pembiayaan:

  1. Perbelanjaan Modal
    Untuk pembelian peralatan, baharu dan peralatan yang dibaikpulih.
  2. Modal Kerja
    Jumlah kemudahan pinjaman / pembiayaan maksimum yang dibenarkan untuk modal kerja adalah sehingga RM5 juta

Pembiayaan untuk tujuan berikut adalah tidak layak di bawah Skim ini iaitu untuk:

  • Pembiayaan semula atau penstrukturan semula kemudahan pinjaman / pembiayaan sedia ada
  • Pembiayaan kos Penyelidikan dan Pembangunan
  • Projek-projek yang telah siap dan dibiayai

Kriteria Kelayakan

  • Skim ini terbuka kepada kategori berikut:
    i. Pengeluar Teknologi Hijau
    ii. Pengguna Teknologi Hijau
    iii. Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO)(mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga)
    iv. Pemaju Perumahan
    v. Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon
  • Syarikat mesti berdaftar secara sah di Malaysia dan dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan sekurang-kurangnya 60% pegangan saham
  • Sektor yang berkelayakan adalah:
    i. Tenaga
    ii. Pembuatan
    iii. Pengangkutan
    iv. Bangunan
    v. Pengurusan Sisa
    vi. Air
  • Syarikat dengan Sijil Projek Hijau yang sah dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)

Had Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum

  • Pengeluar Teknologi Hijau: RM100 juta
  • Pengguna Teknologi Hijau: RM50 juta
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): RM25 juta
  • Pemaju Perumahan: RM100 juta
  • Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon: RM50 juta

Tempoh Pinjaman/ Pembiayaan Maksimum

  • Pengeluar Teknologi Hijau: Sehingga 15 tahun
  • Pengguna Teknologi Hijau: Sehingga 10 tahun
  • Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO): Sehingga 10 tahun
  • Pemaju Perumahan: Sehingga 5 tahun
  • Infrastruktur Mobiliti Rendah Karbon: Sehingga 5 tahun

Jenis Kemudahan Kredit/ Pembiayaan

  • Semua jenis kemudahan untuk pinjaman konvensional dan pembiayaan Islam

Perlindungan Jaminan

    Kerajaan melalui CGC akan menyediakan perlindungan jaminan bagi kemudahan pinjaman/ pembiayaan yang diluluskan di bawah Skim ini, yang hanya terhad kepada nilai yang dinyatakan dalam Sijil Projek Hijau yang dikeluarkan oleh MGTC. Peratusan perlindungan jaminan, bergantung kepada sektor-sektor berikut:

  • Tenaga, Pembuatan, Pengangkutan, Bangunan atau Air: perlindungan jaminan 60%.
  • Pengurusan sisa: perlindungan jaminan 80%.

Institusi-institusi Kewangan yang mengambil bahagian

  • Semua institusi kewangan komersil, Islamik, dan institusi kewangan pembangunan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia
  • Institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan

Kadar Faedah/ Keuntungan

  • Akan ditentukan oleh institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian

Insentif Kerajaan

    • Pembayaran balik 1.5% setahun kadar faedah/ keuntungan untuk *tujuh (7)/ lima (5) tahun pertama pinjaman/ pembiayaan berdasarkan tarikh pengeluaran Surat Pengesahan

*Pengeluar, Pengguna dan ESCO: Tujuh (7) tahun pertama
Pemaju perumahan, Infrastruktur mobiliti rendah karbon: Lima (5) tahun pertama

Prosedur Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation di laman web www.gtfs.my untuk pensijilan projek hijau
  • Pemohon yang telah memperolehi pensijilan projek hijau kemudiannya mengemukakan permohonan untuk pinjaman/ pembiayaan di mana-mana institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian

Tempoh Permohonan

  • Skim ini akan dibuka sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga kelulusan pinjaman / pembiayaan sebanyak RM1 bilion, bergantung yang mana lebih awal atau sebarang lanjutan seterusnya dari tarikh luput permohonan