Skim Pembiayaan Francais (FFS)

Cetak

Kriteria Kelayakan

  • Semua syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia dengan aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM1.5 juta;
  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut,sila klik di sini);
  • Kemudahan jumlah kredit yang sedia ada oleh peminjam tidak boleh melebihi RM7.5 juta. Peminjam tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik berkenaan dengan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan lain atau agensi-agensi lain.

Had Pinjaman Maksimum

  • RM7.5 juta

Kemudahan Kredit Dilindungi

  • Pinjaman Berjangka;
  • Overdraf;
  • Pembiayaan Perdagangan;
  • Kemudahan kredit lain yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh CGC.

Kadar Faedah

  • Kadar faedah ditetapkan yang dikenakan oleh Institusi Kewangan tidak akan melebihi KPA +1.5%, manakala kos sebenar kepada peminjam akan dikurangkan melalui pembayaran faedah subsidi di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui CGC akan membayar perbezaan faedah pinjaman dengan cara seperti berikut:
Tempoh pinjaman Kadar Faedah Kadar Subsidi
Tahun 1 & 2 BLR + 1.5% 6%
Tahun 3 BLR + 1.5% 4%
Tahun 4 BLR + 1.5% 2%
Tahun 5 berikutnya BLR + 1.5%

Institusi-institusi yang Mengambil Bahagian

  • Maybank
  • CIMB Bank

Lindungan Jaminan

  • Bahagian tidak bercagar akan dilindungi 80% dan 90% pada bahagian yang dicagar.

Yuran Jaminan

Jumlah kemudahan kredit Tidak Bercagar Bercagar
Pinjaman sehingga RM1 juta 0.75% 0.50%
Pinjaman melebihi RM1 juta 1.00% 0.50%

Yuran Jaminan

    • Bayaran Yuran Jaminan
      • Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI) .
      • LG Ulang Tahun – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.
    • Bayaran Balik Yuran Jaminan
      • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
      • Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.

Prosedur Permohonan

  • Francaisor mesti berdaftar dengan KPDNHEP sebelum Francaisi boleh memohon melalui skim ini.
  • KPDNHEP akan memastikan kesahihan francaisor dan hubungan undang-undang antara francaisor dan francaisi.
  • KPDNHEP akan mengumpul permohonan pinjaman yang lengkap bersama-sama dengan kertas kerja dan mengemukakannya kepada institusi kewangan untuk tindakan seterusnya.
  • Apabila menerima permohonan jaminan daripada institusi kewangan, CGC akan memproses dan mengeluarkan surat jaminan yang sewajarnya.

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Nama Anda:

E-mel:

Nombor Telefon:

Pertanyaan:

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my