Skim Jaminan Anjal (SJA)

Cetak

Objektif

Skim Jaminan Anjal (SJA) menyediakan jaminan bagi pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Tabung BNM untuk PKS – Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.

Tabung ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia yang berdaya maju.

Ciri-ciri Utama

Antara ciri-ciri utama SJA adalah:

  • Lindungan jaminan meliputi antara 30% – 80% seperti yang dikehendaki oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.
  • Yuran jaminan tahunan, dikira berdasarkan lindungan jaminan yang dikeluarkan dan dibayar terlebih dahulu. Yuran akan ditanggung oleh institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian.
  • Bercagar           :- Antara 0.50% hingga 1.85 % setahun.
  • Tidak Bercagar :- Antara 0.80% hingga 2.15% setahun.
  1. i) Bayaran Yuran Jaminan
  • Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI).
  • LG Ulang Tahun – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.
  1. ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan
  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
  • Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.

Prosedur Permohonan

Permohonan pinjaman dibuat melalui mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan keselamatan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Kemudahan Semua Sektor Ekonomi

Tujuan Pembiayaan

  • Perbelanjaan Modal; atau / dan
  • Modal kerja

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembelian saham;
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada;
  • Pembelian tanah / pelaburan hartanah;
  • Pembangunan hartanah;
  • Pelaburan oleh syarikat pegangan pelaburan;
  • Aktiviti yang melibatkan wang sebagai stok dagangan (termasuk kredit, pajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans);
  • Perjudian, alkohol, tembakau atau aktiviti dan produk jenis lain yang seumpamanya; dan
  • Aktiviti perniagaan yang tidak patuh Syariah (hanya berkenaan untuk Pembiayaan Islam).

Kriteria Kelayakan

  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini)
  • Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa / pejabat  daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk  penyedia perkhidmatan profesional.
  • Pegangan saham oleh Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak melebihi 20%
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memiliki minima 51% pegangan saham  dalam PKS


Kadar Pembiayaan Maksima : 5.00% hingga 7.00% setahun
Tempoh Maksima : Sehingga 5 tahun
Pembiayaan Minima : Tiada amaun minima
Pembiayaan Maksima : RM5 juta setiap PKS. PKS yang mempunyai pemegang saham yang sama adalah tertakluk kepada had pembiayaan  maksima yang berasingan di bawah naugan Tabung BNM untuk PKS, sekiranya PKS tersebut mempunyai tenaga kerja yang berbeza

Institusi Kewangan yang Mengambil Bahagian (PFI)

  • Semua bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA);
  • Semua bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA);
  • Semua institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA)

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Nama Anda:

E-mel:

Nombor Telefon:

Pertanyaan:

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my