17. Sekiranya saya mempunyai satu pinjaman belum bayar di bawah skim CGC, adakah saya layak untuk memohon satu lagi jaminan dengan Institusi Kewangan lain?

  • Ya, selagi anda memenuhi kriteria kelayakan dan anda masih belum menggunakan sepenuhnya jumlah had pendedahan yang telah ditetapkan oleh CGC.
  • Peminjam memenuhi kriteria kelayakan sekiranya pinjaman belum bayar di bawah skim CGC adalah tidak melebihi 3 pinjaman belum bayar yang berasingan daripada institusi kewangan yang berbeza (tidak termasuk skim yang dijamin oleh kerajaan).