6. Bagaimanakah cara memohon kemudahan CGC?

  • Anda boleh mengunjungi cawangan CGC yang berhampiran untuk menyerahkan permohonan BizMaju, BizSME, Tabung Projek Usahawan Bumiputera Dana–i (TPUB-i), BizMula-i dan BizBina-i sahaja.
  • Bagi kemudahan kredit lain yang dilindungi oleh CGC, institusi yang memberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, dan kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan lindungan jaminan CGC yang diperlukan. Anda tidak perlu membuat permohonan yang berasingan.
  • Buat masa ini, CGC mempunyai 16 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, CGC diwakili oleh kesemua bank komersial melalui rangkaian lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara. Oleh itu, bantuan CGC sentiasa tersedia berhampiran anda.
  • CGC tidak melantik mana-mana pihak / ejen bagi pihaknya dalam membantu PKS untuk mendapatkan pembiayaan. Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di talian 03-7880 0088 atau cawangan kami yang berhampiran anda untuk bantuan dan maklumat lanjut.