Karnival Kewangan

Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan untuk memaklumkan kepada dan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmatan sedia ada yang boleh membantu individu dan perniagaan menguruskan keadaan kewangan mereka dengan lebih berkesan.

Karnival Kewangan akan memberi orang ramai peluang yang unik untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, menjalankan transaksi kewangan, mengetahui inisiatif dan peluang baharu dalam pengurusan perniagaan dan kewangan serta membuat pertanyaan atau mendapatkan nasihat – semuanya di satu tempat bersama lebih 100 penyedia perkhidmatan kewangan, persatuan dan agensi akan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kewangan untuk keperluan yang berbeza.

Pengunjung Karnival juga akan dihiburkan dengan ragam dan persembahan selebriti popular, cenderamata dan hadiah yang menarik serta aktiviti interaktif untuk golongan tua dan muda yang bertujuan untuk berinteraksi dan memaklumkan kepada orang ramai. Acara kemuncak termasuk pertandingan pidato antara pelajar universiti dan kolej, pocket talk, permainan dan kuiz bersama selebriti.

Untuk keterangan lanjut:-  https://www.karnivalkewangan.com.my/


Event Type:

Public


Venue:

PWTC (Razak 1)


Submit