Skim BizMaju

Kriteria Kelayakan

  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik di sini);
  • Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa/ pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional;
  • Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham) dan hendaklah menetap di Malaysia;
  • Perniagaan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Walau bagaimanapun, kakitangan utama hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman terdahulu dalam mengurus perniagaan yang serupa;
  • Kakitangan utama/ pengganti hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian pembiayaan.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal Kerja dan/atau
  • Perolehan Asset

Jumlah Pembiayaan

  • Minimum : RM50,000
  • Maksimum : RM500,000

Tempoh Pembiayaan

  • Sehinggga LIMA (5) tahun

Jenis Kemudahan Pembiayaan

  • Pinjaman Berjangka (TL)

Kadar Faedah

  • Kadar faedah ialah Kadar Pinjaman Asas (KPA) menurut RHB Bank Berhad + 0% setahun (KPA + 0%)

Yuran Jaminan

Serendah 0.5%, sehingga maksimum sebanyak 5.75%.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh yuran jaminan
  • Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG bersama-sama dengan yuran tahunan jaminan

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
  • Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/ ulang tahun LG sehingga bulan pembatalan/ pindaan oleh CGC.

Institusi Kewangan Peserta

  • RHB Bank Berhad

Prosedur Permohonan