Skim BizJamin Bumi

Cetak

Kriteria Kelayakan

  • Peminjam yang baru dan sedia ada.
  • Perniagaan yang berdaftar di dalam Malaysia.
  • Layak untuk jenis hakmilik perniagaan seperti Sdn Bhd, Perkongsian dan Milik Persendirian.
  • Pemohon sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh bumiputera (pemegang saham) dan memenuhi definisi PKS.
  • Lindungan jaminan sehingga 90% bagi pembiayaan tanpa cagaran

Had Pinjaman Maksimum

Pinjaman sehingga RM10.0 juta.

Jenis Kemudahan Kredit Dilindungi

  • Pinjaman Berjangka
  • Bil-bil Dibeli
  • Overdraf
  • Penerimaan Jurubank
  • Surat Kredit
  • Jaminan Penghantaran / Prestasi / Bank
  • Resit Amanah
  • Sewa Beli
  • Pembiayaan Semula Kredit Eksport (ECR)
  • Pajakan

Kadar Faedah

Kadar faedah tahunan adalah tertakluk kepada Kadar Pinjaman Asas (KPA) + maksimum 2% di atas institusi-institusi kewangan.

*Institusi-institusi pinjaman bebas untuk menentukan kadar faedah sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang.

Lindungan Jaminan

Lindungan jaminan CGC adalah antara 30% hingga 90% tertakluk kepada yang berikut: –

  • Tidak Bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM3.0 juta)
  • Bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian bercagar)

Yuran Jaminan

  • Tidak bercagar: 0.75% hingga 4.00% setahun.
  • Bercagar: 0.50% hingga 3.20% setahun.

PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti peminjam dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan (FI).
  • LG Ulang Tahun -Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG.

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata pada setiap bulan. Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/Ulang Tahun LG sehingga bulan pembatalan/pindaan.
  • Pembayaran balik yuran jaminan secara purata adalah untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC bermula 2 Januari 2013 dan seterusnya.

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Nama Anda:

E-mel:

Nombor Telefon:

Pertanyaan:

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my