Skim BizJamin Bumi-i

Skim BizJamin Bumi-i

Cetak

Kriteria Kelayakan

  • Syarikat yang berdaftar di Malaysia, dikawal dan dimiliki oleh Bumiputera Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pemegang saham.
  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut, sila klik sini).
  • Semua perniagaan yang berdaya maju yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti ‘halal’.

Had Pembiayaan Maksimum

Pinjaman sehingga RM15.0 juta

Kemudahan Pembiayaan Yang Dilindungi

  • Pinjaman Berjangka-i
  • Kemudahan Aliran Tunai-i
  • Surat Kredit-i
  • Resit Amanah-i
  • Bil-Bil yang Dibeli-i
  • Jaminan Bank-i
  • Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i)
  • Sijil Penerimaan Jurubank-i
  • Jaminan Penghantaran-i
  • Sewa Beli-i
  • Pajakan-i
  • Kemudahan pembiayaan lain yang ditentukan oleh CGC dari semasa ke semasa

Kadar Pembiayaan

Kadar keuntungan tahunan adalah sehingga 2% di atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) institusi-institusi kewangan.
*Institusi kewangan bebas menentukan kadar keuntungan sekiranya lindungan jaminan adalah 50% atau kurang daripadanya.

Institusi Kewangan Peserta

Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dan Bank Islam yang mengambil bahagian

Lindungan Jaminan

Lindungan jaminan CGC adalah antara 30% sehingga 90% dengan gandaan 5% tertakluk kepada yang berikut:-

  • Bahagian yang tidak bercagar – Sehingga 90% (lindungan maksimum sebanyak RM5.0 juta)
  • Bahagian yang bercagar – Sehingga 90% (tiada had yang dikenakan ke atas bahagian yang bercagar)

Yuran Jaminan

  • Bahagian yang tidak bercagar – 0.75% sehingga 4.00% setahun
  • Bahagian yang bercagar – 0.50% sehingga 3.20% setahun

PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi akan dikenakan yuran jaminan yang lebih tinggi, manakala PKS yang mempunyai profil risiko yang lebih rendah akan dikenakan yuran jaminan yang lebih rendah. Julat adalah untuk memadankan kredibiliti pelanggan dari segi penarafan risiko dengan harga jaminan.

i) Bayaran Yuran Jaminan

  • Surat Jaminan Baharu (LG) – Dibayar atas permintaan untuk LG oleh Institusi Kewangan tertakluk kepada bayaran penuh yuran jaminan
  • Ulang Tahun LG – Dibayar pada atau sebelum tarikh ulang tahun LG, bersama-sama dengan yuran tahunan jaminan

ii) Bayaran Balik Yuran Jaminan

  • Pembayaran balik yuran jaminan akan dikira secara purata untuk LG yang dibatalkan atau dipinda oleh CGC berdasarkan tempoh yang tidak digunakan dari LG.
  • Tempoh yang digunakan akan dikira bermula dari bulan LG/ ulang tahun LG sehingga bulan pembatalan atau pindaan oleh CGC.

Sila tinggalkan maklumat anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Nama Anda:

E-mel:

Nombor Telefon:

Pertanyaan:

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di:

Pusat Perkhidmatan Pelanggan - https://www.cgc.com.my/client-service-centre/?lang=my
Cawangan - https://www.cgc.com.my/cgc-branches/?lang=my