KELANA JAYA, 19 Ogos 2020 – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 pada hari ini. Sejak 2009, CGC telah diberikan mandat oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurus-selia skim TPUB-i bagi membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera.

TPUB-i adalah skim pembiayaan khas untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang telah mendapat kontrak atau projek dari Kerajaan, Agensi Milik Kerajaan, Syarikat Multi-Nasional atau Syarikat Swasta terpilih. Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia dan yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya, yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi melaksanakan projek yang telah diluluskan. TPUB-i menyediakan Pembiayaan Berjangka-i yang berjumlah sehingga RM5 juta untuk tempoh masa sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan serendah 5% setahun (Tertakluk pada terma dan syarat kelulusan skim TPUB-i 2.0).

Sehingga kini, TPUB-i telah membantu hampir 2,000 kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan sebanyak RM1.6 bilion. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan.

Bagi mengikuti perubahan dalam sektor ekonomi dan pembiayaan, CGC telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan penambahbaikan kepada skim TPUB-i yang dinamakan TPUB-i 2.0.

Secara umumnya, terdapat 30 ciri-ciri yang telah dipertingkatkan untuk skim TPUB-i yang mana tujuh (7) daripadanya adalah ciri-ciri utama baru skim tersebut.

Ciri-ciri baru TPUB-i 2.0 ini akan mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu dan kualiti skim ini untuk menjadi lebih mesra pasaran dan dapat memberi lebih banyak pilihan pembiayaan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera. Jika dahulu, kontraktor-kontraktor hanya boleh memohon pembiayaan berjangka, kini dengan penambahbaikan skim, mereka dapat memilih pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan projek, sektor ekonomi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Pelancaran TPUB-i 2.0 ini selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada  29 Mei 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula pada 10 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada Hari Kebangsaan Negara kita yang akan datang pada 31 Ogos 2020.

PKPP berteraskan tujuh (7) Strategi dan TPUB-i 2.0 memainkan peranan penting di dalam Strategi PKPP yang ke-4 iaitu Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi.”

Untuk bantuan dan maklumat lanjut mengenai TPUB-i 2.0, PKS boleh melayari www.imsme.com.my, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di 03-7880 0088 atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara.


From left to right: –
Pn Zainora – Pengarah, CIDB Wilayah, Datuk Azman Yusoff – Presiden, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Dato’ Ong Eng Bin – Pengarah, CGC, En. Mohd Farid Dato’ Abd Rahman – Yg.Dipertua, Pertubuhan Keusahawanan Telekomunikasi Bumiputera Malaysia, Datuk Mohd Zamree – PCEO, CGC, Datuk David Chua Kok Tee – Pengarah, CGC, Dato’ Hj. Syed Moheeb Syed Kamarulzaman – Pengarah, CGC, En Tukiman Radion – Presiden, Persatuan Kontraktor Kelas F, En Faisal Ismail – Pengarah, CGC, Pn Azrilah Abd Aziz – Pengarah, Bahagian Pembangunan Francais & Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), En Saiful Hisham – Pengurus Kewangan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Jabatan Komunikasi Korporat kami yang tertera seperti di bawah:

Mohana Arumugam
Naib Presiden
Komunikasi Korporat
Tel: +6017-237-6366
[email protected]

Patricia Liew
Pengurus
Perhubungan Awam & Media
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-286-9085
[email protected]