Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i)

Kriteria Kelayakan

  • Pemohon mestilah seorang usahawan Bumiputera atau syarikat Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
  • Pemohon mestilah mempunyai projek/kontrak terjamin daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan;
  • Projek/kontrak yang diperolehi daripada syarikat-syarikat swasta yang memenuhi kriteria berikut juga adalah layak: –
    a. Pemberi kontrak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan Dana Pemegang Saham Bersih sekurang-kurangnya RM20.0 juta;
    b. Telah beroperasi selama tidak kurang dari tiga (3) tahun;
    c. Tiada rekod kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir.
    Klik di sini untuk melihat senarai syarikat swasta yang layak.
  • Pemohon digalakkan untuk menjadi ahli kepada salah satu daripada pertubuhan perniagaan berikut: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), PERDASAMA, USAHANITA, Dewan Usahawan Muda Bumiputera dan lain-lain pertubuhan yang diperakui oleh CGC.
  • Untuk kontraktor, pemohon mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan tidak disenaraihitamkan oleh PKK;
  • Tiada kemudahan kredit lain yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk membiayai projek/kontrak yang sama.

Jumlah Pembiayaan Maksimum

  • Sehingga RM3.0 juta bagi permohonan kali pertama dan sehingga RM5.0 juta bagi permohonan berikutnya;
  • Bagi permohonan pembiayaan seterusnya yang lebih daripada RM3.0 juta dan sehingga RM5.0 juta, adalah layak bagi kriteria berikut:
    i. Dana Pemegang Saham Bersih tidak kurang dari RM1.0 juta;
    ii. Nisbah Penggearan tidak melebihi daripada lima (5) kali ;
    iii. Mempunyai rekod prestasi yang baik dengan CGC; dan
    iv. Pemberi kontrak mempunyai rekod prestasi yang baik.
  • Bagi perniagaan-perniagaan penyediaan makanan/ katering, pembiayaan maksimum dihadkan kepada RM750,000.00.
  • Bagi perkongsian dan persendirian, pembiayaan maksimum adalah dihadkan kepada RM500,000.00.

Jenis Kemudahan

Pembiayaan Berjangka; and
Pembiayaan Pusingan.

Yuran Jaminan

Tiada yuran jaminan dikenakan di bawah skim ini.

Kadar Pembiayaan

1. Pembiayaan kali pertama 5.0% setahun.
2. Pembiayaan berikutnya. KPA* Maybank Islamic + 1.0% setahun.

* KPA- Kadar Pembiayaan Asas

Tempoh

Maksimum lima (5) tahun atau tempoh masa kontrak atau jangkamasa pembiayaan, yang mana lebih awal.

Prosedur Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di: –
• Semua cawangan CGC; atau
• Laman web CGC.
Klik di sini untuk memuat turun Borang Permohonan.

Borang permohonan yang lengkap dan dilampirkan dengan semua dokumen sokongan boleh dikemukakan kepada mana-mana cawangan CGC.