BizMula-i

Objektif

BizMula-i adalah skim pembiayaan terus untuk memanfaatkan perniagaan yang beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) – Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.

Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PKS yang berdaya maju.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/ atau
  • Perolehan aset (iaitu: pembelian mesin dan peralatan)

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembelian saham;
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada;
  • Pembelian tanah/ pelaburan hartanah;
  • Pembangunan hartanah;
  • Pelaburan oleh syarikat pegangan pelaburan;
  • Aktiviti yang melibatkan wang sebagai stok dagangan (termasuk kredit, pajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans);
  • Perjudian, alkohol, tembakau atau aktiviti/produk lain yang seumpamanya; dan
  • Aktiviti perniagaan yang tidak patuh Shariah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Menepati definisi PKS oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia) (untuk maklumat lanjut,sila klik di sini);
  • Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham) dan hendaklah menetap di Malaysia;
  • Perniagaan telah didaftarkan dan/atau beroperasi kurang dari 4 tahun;
  • Kakitangan utama/ pengganti hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh penyelesaian pembiayaan;
  • Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau pihak berkuasa/ pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional;
  • Pegangan saham oleh Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak melebihi 20%.

Jumlah Pembiayaan

  • Minima : RM30,000
  • Maksima : RM300,000

Jenis Kemudahan

  • Pembiayaan Berjangka

Kadar Pembiayaan

Kadar keuntungan efektif: 7.00% setahun

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 5 tahun

Prosedur Permohonan