Anugerah Penyokong IKS Terbaik 2011 Gambar 1
Anugerah Penyokong IKS Terbaik Ke-17

Penyokong IKS Terbaik: (Kiri ke Kanan) Wakil-wakil daripada Standard Chartered, CIMB Bank, RHB Bank dan Public Bank bergambar bersama anugerah mereka dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Wan Azhar Wan Ahmad (ketiga dari kiri) dan Pengerusi, Dato' Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz (ketiga dari kanan).

Maklumat Lanjut

Anugerah Penyokong IKS Terbaik Ke-17

Perbadanan menganjurkan majlis penyampaian Anugerah Penyokong IKS Terbaik ke-17 sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 pada 30 Mei 2012.

Anugerah Penyokong IKS Terbaik telah diberi kepada institusi kewangan sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan aktif mereka dalam skim jaminan CGC yang telah menyumbang kepada pembiayaan yang besar untuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dan juga berdasarkan prestasi kewangannya secara keseluruhan. Penerima Anugerah Penyokong IKS Terbaik pada tahun 2012 adalah CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.

Anugerah Penyokong IKS Terbaik 2011 Gambar 2
CIMB Bank Diiktiraf sebagai Rakan Kewangan Terbaik 2012

Wakil CIMB menerima anugerah tersebut daripada Pengerusi CGC, Dato Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz (tengah) sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Wan Azhar Wan Ahmad.

Maklumat Lanjut

CIMB Bank Diiktiraf sebagai Rakan Kewangan Terbaik 2012

CIMB Bank telah dikurniakan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Rakan Kewangan Terbaik dan Anugerah Penyokong PKS Bumiputera Terbaik bagi mengiktiraf usaha terpuji mereka ke arah meningkatkan kualiti aset CGC dan dalam pembiayaan usahawan Bumiputera. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengerusi CGC, Y. Bhg Dato' Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz.

Anugerah Penyokong IKS Terbaik 2011 Gambar 3
Iklan tahniah diterbitkan dalam The Star & New Straits Times pada 31 Mei 2012